mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Wednesday, July 28, 2010

tercari.

kadang bila kita pejam mata, bukan bererti kita mengantuk.
kadang bila kita senyum, bukan bererti kita suka.
kadang bila kita menangis, bukan bererti kita bersedih.
kadang itu semua tidak wujud.

tahukah kalian apa yang aku rasakan sekarang?
setelah berhujan, berpanas, bermalam, bersiang,
perasaan itu masih lagi belum tiba dengan rasminya.
dimana? puas mencari tiada konklusi.

aku tidak punya mata keempat untuk melihat keseluruhannya,
aku tidak punya nyawa ketiga untuk dibahagikan rasa itu,
aku juga tidak punya telinga kelima untuk mendengar semua,
jadi sila beri kerjasama untuk hati dan perasaan bahagia.

tiada pengakhiran mungkin.
maaf jika mengelirukan.
terima kasih.

No comments: