mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Friday, October 29, 2010

gembira hati.

riang hatiku badan bertuah..
terima kasih abah utk itu..
dan umie juga sebab mengalah dengan saya.
wee ;))

shuka shuka shuka
do pm me fer my bb pin heh

Thursday, October 28, 2010

tunggu luar tingkap.

aku rasa otak aku sekarang tak secergas dulu la. apa ilmu masuk keluar semua seperti air yang mengalir dengan derasnya. puas dah aku berbuat dengan jayanya tapi lupa akhirnya. haih! aku harap kalau dalam kepala otak ni ada butang refresh dan ctrl + S pasti aku tidak sia siakan tuk menggunakannya. tensi aku weyh!! rasa otak sangat kosong.

1st paper aku, sangat disappointed tuk aku. menyesal tertidur. kalau da tertidur mmg ke laut la aku kan. soalan senang aku akui itu tapi aku tak boleh jawab. apa punya turrr la Caca RM ni. aku cuba la perah otak habis habisan nak menjawap tapi tetap tak boleh tepu gila. yang aku igt last word aku b4 de pengawas said stop and put down all ure pen are thirdly, fin ...... tu la last words aku. apa benda tu pun aku tak tahu.

dengan rasa hampa, aku pun pulang dan balik JB terus. ambik kau. 2nd paper aku dis saturday. killer gak la tuk aku. ya la psal history. Culinary History and Gastronomical Literature. phewww *lap lap peluh* aku sokmo pergi kelas semua tapi tuk sign attendant ja kot. haih. menyesal pun tak guna semua benda pun da lepas. hadapai dengan senyuman ya adik adik.

ok topic lain plak sekarang, hubungan yang semakin mencecah 3 tahun ini semakin terumbang ambing atas rasa ego yang tinggi masing masing. entah la. sayang tetap sayang. cinta tetap cinta tapi susah tuk melafazkannya. kenapa heh? apa sudah jemukah masing masing atau? tiada jawapan tuk itu. hanya menunggu saja jangan sampai kata pepatah retak menunggu belah kerna aku tidak mahu itu. aku mahu cinta abadi kekal sampai mati. kata kau !!!! HAHAHAHA

selamat malam chenta. kau aku yang punya.

Sunday, October 24, 2010

untung jadi anak AMAN !

Salam, ada blackberry zoom ke dom ke? tak tahu lagi fully touch screen, check function dia ok tak? check harga kat Malaysia berapa. kalau ok hari rabu abah nak beli.

wah hati aku bunga bunga dapat message tu. terasa terbang kat awan awan jap. hahahaha. abah suruh aku tgk either Malaysia o Singapore jual harga murah.. so aku pun bukan pandai sangat bab bab mencari dan menyelongkar & ambil tahu pasal pone. tapi pasal ada peluang ni aku pun apa lagi. HAHAHAA. dan tiba tiba ternampak Cik Hanis Zalikha update blog dia tentang berry berry nie. *click ini untuk bacaan*

terus aku berminat dengan blackberry torch ni. tehee. abah nak yang ini boleh tak? pasal macam menarik ja. LALALALALA. so aku pun msg abah cakap, abah suruh survey harga Malaysia berapa. ya la abah aku ni jenis suka beli barang kat Singapore lebih berbaloi katanya. ok abah t akak survey ini harga dan hantar proposal kat abah dan abah approve ya. jeng jeng jeng.
oh lupa, baby Vaio aka lappy Vaio aku da recover dari sakit tenat nya yang amat lama tak diubati. dan sekarang jyeaah ! cant wait to balik JB nak jumpa dia. heee.
hoi, Isnin first paper. killer gak. tp tak stadi pun takpa la pelan pelan kayuh ya Caca RM janji sampai ke destinasi dengan selamat. HAHAHAHA. memang melampau bunyi kau tu ca. haish !

Tuesday, October 19, 2010

kenyataan ini

tiba tiba kau confess kat aku benda itu, kau tahu tak hancur hati aku. ranap musnah berderai. kau yang aku banggakan. kau yang aku puja. kau yang aku agungkan. ini balasan nya. aku tak mahu tahu cerita akhirnya. cukuplah dengan ucapan kata awalan itu. sampai hati kau melakukannya. sekurang kurang aku perlukan kejujuran bukan penipuan. apa lagi masalahnya. aku tak dapat cari. aku buntu hilang rasa itu. oh patutlah asyik mencari salahku. walau tiada apa pun sekuman salah tetap menegak yang basah. aku dambakan keikhlasan bukannya kepahitan. aku perlukan kebahagiaan bukannya kesakitan. kau boleh hidup dengan dunia kau sendiri. dan aku akan PERGI.

Monday, October 18, 2010

putar hati

Ya tak perlu membuang masa demi aku,
sebab aku bukan apa apa.
pentingkan kemahuan mu dahulu,
dan aku bukan tugu !

oh ya, kenapa begitu ?
tahukan aku tak suka cara itu.
hati sakit,
jadi itu perangai boleh buang dalam laut tak ?

akhir sekali,
jangan emosi dengan tanah ;))

Sunday, October 17, 2010

se-kopi se-tea

hey dunia ! cerah dunia pagi ini. sejuk dengan keadaan yang nyaman. ahhhh, ashyuk sekali. ok, pakai aircond. teheee. eh tak juga, cuaca diluar agak mendung ja. aku da puas tidur, jadi tak boleh nak tidur sangat la. cerita dunia pagi ini dikejutkan dengan sedikit pertelingkahan antara dia dan dia. *maaf terpaksa dirahsiakan* ahhh, mungkin da kena mandrem plus puja la tu si dia. tu psl beria sangat. tapi takpa la,apa blh buat.

dunia, awak tahu tak sekarang saya di JB. cuti untuk study leave. weee, sekejap ja tapi lepas ni memang cuti lama. cuti semester yaww. senyum panjang panjang sampai telinga ya.kisah semester ini tidak berakhir disitu aja, sebab ada sambungannya nanti. jadi tengok saja la apa bakal terjadi. saya tidak mahu berharap terlalu tinggi pada duniawi ini takut tidak tercapai dek akalmu
.cinta? maaf sebab mengabaikannya kamu. mungkin badan ini terlalu penat dan kerap tidur awal tanpa meninggalkan jejak kesan. nasib cinta memahami. walaupun baru terjadi perang besar antara kami, tapi kami bersikap professional dengan mengadilinya tanpa sangsi. tiada penggunaan hakim, tiada simpulan kata peguam dan tiada mata mata saksi. keputusan sepakatnya kata MAAF. itu lebih penting dalam hubungan aku. MAAF itu sangat berharga. walau sejahat dan sekejam mana perlakuan mu itu, ucapkan saja MAAF dan semuanya akan mencair. woot woot.
oh sepanjang menghabiskan waktu bersama sang cinta banyak benda yang berlaku. antaranya tragedi 10.10.10 ketika kejadian aku berada disitu. hanya mampu ucapkan, takziah kepada keluarga mangsa dan AL- Fatihah. masa balik JB on friday haritu, tempat tu da bersih. kerjaraya highway sedang memasang semula divider tu la. haih. sangat ngeri kejadian tu. bersyukur la kepada yang terselamat. ok, seram naik bas !

Wednesday, October 13, 2010

entry kosong

lama tidak bicara, lama tak bersua. hati makin tak keruan bila dia menghampiri dengan sengaja. ok melalut. saja ja melewati pagi hari ini dengan entry kosong, pendek dan ringkas. banyak benda berlaku cuma tidak sempat untuk dicoretkan dan cukuplah jika ia disimpan dalam kotak memori dan kekal abadi dalam hati. jadi sampai mati ia terpalit dengan ukiran bahagia dan gembira.
jadi kepada student HMBT3E,

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun,
Semoga Berjaya Dengan Cemerlang dan Gemilang,
Sama Sama Kita Harungi Badai Walaupun Sepayah Mana.
Daeeeebbbbbbaaaaaakkkk !


p/s: rasa mcm da lama na, xjawap final


Monday, October 4, 2010

kefepefenafatafan.

cerita akan datang sila tunggu dengan perasaan yang berdebar debar ok. dan tolong mainkan dengan drum roller pls. *drrrrrr, dddrrrrr, drrrrrrr, gechengggggg!* nantikan. terlalu banyak sangat kerja, event, test, assignment dan yang sewaktu dengannya. exhausted ! ;(( tag kat bawah ni untuk event baru lepas ni. penat sungguh. tuhan saja tahu. tak cukup tidur dan rehat sekarang sedang membuat assignment ok, mahu sambung. bai. *tak sampai sebulan tag da ada 2, event sokmo. phewww*

lambat dan awal ucapan

Adik sorry for the late wishes. for this space la kayh. others space da banyak wish kan. wink. wink. so let me introduce you all my LiL Sis yang nakal plus i love to dengki and kacau-ing her. HAHA
tu dia terselah kegedikkannya. so adik kakak :
HAPPY 11th BIRTHDAY
1st Oct 2010
i you baby.



nota kaki pd adik Afiq,
GOod luck in your PMR.
akak wish u all de best and
insyaallah u can do it, i know you.
amin amin amin