mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Monday, August 29, 2011

Monday, August 22, 2011

kincir hati berpusing.

semenjak dua menjak ini, emosi aku beralih berpusing seperti kincir angin yang bertiup laju tanpa henti. keliru dengan perasaan sendiri. keliru dengan kehidupan sendiri. keliru dengan perjuangan sendiri. keliru siapa diri ini. ahhhhh semua itu mainan diri. perasaan cuba kaburi. bangkit kau dari mimpi. kau perlu sedar diri.

aku mengaku diri aku ini kadang kala ia sukar diramal. emosi aku boleh berubah setiap saat tanpa ada semboyan yang akan memberi amaran awalnya. booooommmm. aku tidak pandai ekspresikannya. tapi kenapa? jika memberi nasihat tuk orang lain, petah saja tutur bahasa aku mengalunkannya. tapi bila sesuatu terjadi pada diri sendiri, aku lemah, kaku, bisu tidak bermaya.


jika kerna cinta, pasti sudah aku alunkan perasaan ini dengan bait bait lirik cinta yang ada. cuma sekarang tiada apa melainkan Allah. hanya dia yang mampu aku panjatkan doa, mohon dan pohon apa yang aku mahukan dengan jujur dan ikhlas. sesuci hati sesuci diri belum tentu lagi ianya benar benar suci.

entry ini kosong maknanya. rasa ingin menconteng alunan jari lalu aku luahkannya tanpa paksaan hati. aku tahu siapa orang orang yang aku sayang walaupun aku tidak pandai tunjukkannya tapi percaya, korang tetap dalam jiwa abadi sampai mati.
kehidupan ini aku pelajari sedari aku mula memahaminya. dan terlihat dengan mata hakiki.

Tuesday, August 16, 2011

kalau tak gaduh kang tak meriah pula hidup kan.


Couple gaduh. Tak couple pun gaduh. Haih! Ini jauh berlainan dunia. Sorang pat Msia, sorang pat China pun tetap sama juga.

Jauh gaduh. Dekat gaduh. Contact gaduh. Tak contact pun gaduh. Kawan gaduh. Tak kawan pun gaduh.

Lalu mahu apa lagi? Aku keliru.

*Janganlah diturutkan mainan perasaanmu , Caca RM.

Tuesday, August 9, 2011

Monday, August 8, 2011


and how many times this guy said i know , count it bebeh.
(Y)

Sunday, August 7, 2011

seratus aku. part II

hey before this aku ada entry ni ---> Seratus aku. Ya ampun yang aku tahu, dah dekat setahun da entry tu.. AHAHAHA. nari baru aku nak update. terus sambung lah. kalau korang nak tahu sebelumnya, klik ja pat Seratus aku tu. okay ?

24. Aku bukan perempuan make-up. maksud aku, aku takda alat make-up melainkan yang basic. compact powder, lipstick, eyeliner dgn mascara. tu pun aku boleh pakai benda ni berbulan-bulan tau. punya lambat habis. (kalau ada event, apa apa mulalah aku menggelupur nk cari eye shadow lah apa.)

25. pendendam hatinya tetapi senang tuk memaafkan dengan syarat orang tu datang minta maaf dengan ikhlas.

26. pengumpul segala jenis bag, tak kira lah handbag, paper bag, plastic bag yang bisa mencairkan hati dengan rupanya.

27. monolog sendirian salah satu daripada waktu senggangnya. (berbual sesorang pun aku jadi)

28. berharap punya kekasih hati yang pandai main alat musik. paling tak pun gitar tong pun ok.

29. punya rencana sendiri pada hari perkhawinannya. klue nya 'Anuar Zain'.

30. kalau suka satu satu lagu tu, aku boleh ulang lagu tu sampai berminggu minggu. tapi hafalnya non hadooo..

31. pakai barang aku? sila jaga baik baik. jangan sampai hulk betina menjelma.

32. seorang diver. penyelam dasar laut. cehhh. aku juga bisa menjadi penyelam dasar hati tuk bercinta. HAHAHHA

33. suka tonton cooking show, tapi aku akan suruh umie yang try masak. kalau aku masak? habis terbakar rumah :(

34. tak boleh dikejut secara mengejut dari tidurnya, boleh merencatkan tumbesaran hari nya. efek dia memang berat sikit, sukar menerima keadaan sekeliling dengan cepat. erti kata lain "Emosi"

35. mengumpul notebook. buku nota ya, bukan notebook yang canggih lagi mahal tu.

36. punya rantai emas yang dipakai sejak dari kecil lagi sehingga sekarang. purata membukanya rendah.

37. kalau lihat, dengar perempuan main gitar, fuyohhh memang aku bangga. kalau dia kawan aku, lagi aku extra horny. macam Bya Al-Safar tu.

38. beli baju , shopping bagai nak rak. tapi aku akan pakai baju tu sekali ja. lepas tu aku akan balik pada baju lama juga. balik balik nanti baju sama juga ja.

39. jiwa aku jiwa Sinar FM juga selalunya. (lagu lagu lama ni kadang tenangkan jiwa)

40. time ambil diploma in Tourism, mati mati aku ingat tak belajar pun. tapi berjalan ja kerjanya. rupanya aku tertipi. (keadaan aku yang sangat naif)

41. punya selimut kesayangan dan bobob yang sentiasa menjadi peneman setia dari dulu lagi dan mungkin ke akhirnya.

42. mengumpul key-chain. tak kira lah mcm mana rupanya kalau menambat hati. grab it !

43. lelaki bersukan? fuhhh (major turn on wei) mostly EXample aku before this semuanya bersukan. kalau atlet tu bonus lah macam Dean ;p . bila diaorang berpeluh tu, seksi ya kawan kawan. HAHAHAAH

44. kurang gemar betul dengan kaler pink ni. tapi kehidupan aku penuh dengan pink. dulu time abah beli an lappy sony vaio ni, ia nya kaler pink. lepas tu abah beli an hp baru, kaler pink. aku tukar casing dia biru buruk pun sanggup. ahhhhh ! apa abah mengharap anak nya menjadi keperempuan ayu sangat ? woah!

okay aku dah malas pikir. nanti aku sambung lagi. mungkin minggu depan. mungkin bulan depan. atau tahun depan. HAHAHA. tunggu ja lah. plus semua ni randomly. takda lah nak ikut kategori ke apa. bai.

Friday, August 5, 2011

kuasa henjut yang veto

ok since aku dah janji dengan korang nak upload vidiyo baik punya kan, ala sambungan dari cerita lepas. tak ingat ? inilah ----> asal dari kampung juga ! , tu pun lupa. hish! now aku nak upload. bukan upload pun sebenarnya. (ada cara lagi best!) .


sebelum korang tengok, aku nak minta maaf lah dengan keadaan sebenar aku. kemainnn keluar true color aku dalam vidiyo ni. HAHAHAHAHA. habislah kalau bakal mak mak mentua tengok ni, mahu dia reject aku jadi menantu. rupa dah macam hantu. (malu). tapi apa boleh buat, HAAHHA. aku tak pandai berpura-pura.

kejadian tu juga berlaku atas sebab kali pertama berjumpa dengan keadaan seperti itu. itu pasal ia kelihatan sedikit (sedikit kau kata, sebillion boleh?) teruja. layan lah heh.

pesanan akhir aku, walau jauh mana pun kita pergi ingat lah asal usul kita semua. asal dari kampung juga. cewaah! okay, bai !

Thursday, August 4, 2011

tanpa dibuat buat cantik itu.

Ada orang cantik tapi tak menawan. Ada orang tak cantik tapi menawan. Bila dipandang sejuk mata memandang, dengan senyuman ikhlasnya. jadi pilih yang mana satukah golongan anda semua. :)

Wednesday, August 3, 2011

asal dari kampung juga.

Hai semua orang. apa khabar? sihat? okay, tak lambat nak ucapa Selamat Berpuasa tu semua umat Islam sekalian alam. puasa puasa juga, jangan awak semua puasa yang yang yok siang hari buka periuk. dosa, dosa, tak baik. hee.. tapi kita kan bukan nak cerita pasal puasa. kita nak cerita pasal 2 hari sebelum puasa. boleh tak ? boleh tak ?

2 hari sebelum puasa, aku balik kampung. kononnya nak ambil restu nenek aku lah semua bagai nak puasa ni kan. (nampak na menipunya). okay selama hidup sampai ke hari ini, aku ingat aku baru hari tu pergi kebun. dulu kecil kecil ada lah juga. tapi time tu belum mumma'iz orang kata. mana paham sangat. Ya Allah, sumpah teruja. sangat. macam lembu masuk bandar. (eh betul ke?)

tu ja nak cerita. (nampak na pemalas dia nak menaip) kita ada vidiyo best nak tunjuk. nanti kita upload heh. nak bagi ucapan sikit lah sempena hari raya ni. eh , salah. sempena puasa ni.

Pada yang membaca , dan pada kawan kawan yang kenal atau tidak kenal secara peribadinya. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku dengan rasa seikhlas hati dan serendah-rendahnya darjat ingin memohon maaf di atas setiap perlakuan, kata kata atau apa apa saja dari diri ini dengan secara tidak sengaja atau memang sengaja. Juga setiap perlakuan dalam diam atau bisingnya ia. Maafkan aku semua. =)

babai korang.