mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Wednesday, June 30, 2010

kau tuju tuk aku kan Moi ?

kirimkan khabar ini wahai angin.

sampai sekarang ni, bulan baru sedar, die rindu kat pungguk. oh pungguk. nape la kau tinggalkan bulan sorang sorang pungguk oi. bulan tu nk menyinari bumi pown tak semangat. apetah lagi musim ujan ni. dihimpit awan awan yang gemok tu. lagi la segan bulan nk keluar menyimbah cahaye. selalu ada bintang bintang jadik kawan. ni bintang pown takde. lagi la malu bulan nk keluar. balek la pungguk. bulan merindu ni :(

si pungguk

- entry terbaek oleh Momoii Mohamad. mmg memahami perasaan. kau saja ja an , tujukan wat aku. i love you la moi. adoi pungguk , bulan mmg benar benar merindui pungguk. sapai kapan deyh mahu menunggu ni. pulang la cepat. penat bulan tunggu macam tunggul ! HAHAHAHA. nasib boleh kol awak, pasal awak pakai number China, terubat rindu ini. muah muah. tapi aku wondering macam mana orang China blh hafal number telefon mereka, sini tengok +8615222473182. nahh panjang kan ? fuhhhh ! seminit 50 sen, tapi sayang punya pasal aku kol ja la. HAHAHAHAHAAH. janji dengar suara kau yang gemersik. nonnnn adooo.

Tuesday, June 29, 2010

kemalangan jiwa

adoi bukan mahu membuka pekong didada tapi masyaallah memang cannot go la ya. maaf. belum bersedia walau telah mencuba. cehh cam saspen ja an mukadimahnya. AHAHAAHAH . bukan apa semalam aku keluar pergi makan malam dengan umie dgn fyna, ya la da tinggal bertiga ja dirumah untuk apa memasak , membazir. cehh ! kami pergi la makan bubur nasi istimewa No 1 punya la, tekak aku nak makan bubur kang, dua mangkuk aku telan ;p macam tak makan tengah hari pula kau ca. HAAHAHA . pastu umie bilang nak beli ayam dengan lada, bawang plus plus plus la. aku pun okayh ja la. sekali kami pergilah pasar borong pandan.

aku selalu pergi pasar yang belakang dia ada Mart mart la kan. selesa sikit. tu pun ikot umie tolak troli o angkat brang ja. beli beli belum mahir. tapi semalam memang menggugat keimanan aku betul. aku memang tak pernah la masuk pasar borong pandan bahagiaan pasar pasar tu. nahhh kauuuu ..
mangsa mangsa tsunami
motif ? gatal. HAAHA
terbaring semua mangsa mangsa tu. HAHAAHHAAHA. aku bukan cakap besar atau mengada ngada plus menggedik. Aku terus pening kepala , plus kembang kempis hidung aku weyh. tak boleh aku pergi pure nya pasar. kalau aku seorang ja yang merasakan camthu mungkin korang boleh la nk labelkan aku dengan apa saja nama samaran aku, tapi adik aku si Fyna juga turut merasakannya. aku memang da tak boleh blah, lalu terus suruh umie dengan cepat la membeli dan balik. nak pitam ja aku rasa. duhhhhbahagian sayur. nampak lemon tu ? bikin honey lemon mantap thu :B
bahagian ikan ikan. roarrr !
nasib aku bersabar dan tenang ja kan ! kalau aku meroyan, mati la ! HAAHAHHAAH . dan pengajarannya aku memang tak mahu pergi pasar pasar yang pure punya la. cukup la KipMart ke, BestMart ke dan Kedai Runcit Abg Mat. menunjukkan bukti yang aku memang da pening tengok nie...
semua pun gambar aku snap , bergegar macam pala otak aku yang bergegar pening gila. HAAHAHAHAHAHAHA.

Sunday, June 27, 2010

KENA TINGGAL LAGI !

ditinggalkan, meninggalkan, ala tak semestinya ia bermaksud negatif kan ? menangis bagai nak rak, tak perlu kot. pasal masing masing pergi tuk mencari rezeki dan juga tuntutan kehidupan. apa yang aku nak ceritakan sekarang ialah kehidupan ditinggalkan sang kekasih. HAHAAHAHAHAHA.
*geli bunyinya*


sebenarnya aku baru balik td ni antar abah pat bandar, pasal abah nak pergi Changi Airport, esok pepagi subuh flight ke Myammar. ada urusan kerja aka outstation la kan. hantar abah pat station taxi Singapore pastu balik. Aku pun bilang kat umie
"bersabar ya umie, kita sama sama ditinggalkan" .
aku gelak , umie pun gelak. HAHAAHAHAHAHA. bukan apa, abang sayang aku pun takda juga nie ke China then ke Korea. separuh mati nieyh aku rindu kan kau dean oii. da dekat seminggu da nieyh.


tapi nasib zaman da moden , pasal ada internet an, Skype dan YM penghubung segalanya. ary ary YM, nk tunggu kau balik 16 August terberanak da kucing Maklong aku. HAAHAHAHAAHA. paper pun. kepada Puan Aina aka Umie, bersabarlah dan sama sama kita harungi hari bersama ya. lagipun abah pergi kejap ja kan, abah da balik, dean pun tak balik lagi. Adoiiii.

plus lagu kat blog aku nie memang motif pasal ia sedang memahami. Cinta Antara Kita - Baizura Kahar ft Duta. lagu ni pun kau yang bagi kat aku kan dean, kau ingat tak ? Sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu, mungkin ku harap jua kau merinduiku sebagaimana ku merinduimu..
*skype pic*
Sukanya muka kau, aku kt sini rindu kau, gila !

menghibur hati

Happy Birthday Gemok !!!!!! :D

Puteri Quraisya
26 June 2010
2 tahun.
kami satu family pergi rumah ibu pat Pasir Gudang, saja ja jejalan plus birthday dak gemok ni. memang panggil gemok pun pasal dia gemuk, montel, comel dan sewaktu dengannya. memula enjin tak panas so tak aktif la pergaulan bila engine da panas terserlah lah kegedikkannya. pastu semalam aku pergi Bukit Layang Layang la kan pasal ada Festival Layang Layang Antarabangsa, tak pernah pergilah katakan. Makk aikk lautan orang der, sangat ramai. penat ja dapat. pasal xda paper pun kat sana yang menarek perhatian aku, mungkin sebab malam kot. kalau aku pergi petang ada la layang layangnya ;p
aku shayunk betol dak gemok nieyh !
pasal aku pun gemok !
HAHAHA
*adajapictpmalashupload*

Friday, June 25, 2010

tagged dari Misz Aren

mari kita layannnnnnnn :D

Nama Miss:
Nur .....a Binti Rosli

3 Nama samaran:
Caca RM
Faz
Kak Intan
cik ca

5 tarikh paling penting:
4 Sept 1988 - tarikh birthday aku
birthday umie ngn abah
arijadi adek adek aku .
9 Nov 2007 - tarikh kau
tarikh aku kahwin nanti. HAAHAHA

5 perkara yang anda buat semalam:
Online dan ber-skyping dengan abg dean mushyuk
ambil fyna balik sekolah
tengok tv
pergi kipmart beli air bubble tea
tidur

5 perkara yang buat anda gembira:
shopping shopping shopping till dropping
online
holiday with family
story mory yang funny
kamera and pose ;B

5 hobi anda:
travelling , melancong la kan
reading
tengok wayang
swimming
shopping. HAHAHAA

5 tempat percutian:
Satu Malaysia aku nak jelajah.
Pulau Pulau because im a diverrrrrr . jyeaah !
China
Korea
mana yang termampu ja la.

5 sebab jawap tag ini:
sebab tengah bosan.
sebab layankan aja.
sebab tag ini dari aren. muah muah
sebab nak dengar music dari blog dia
sebab nak tidur

7 things about you:
imma left handed
i love kids
gembeng, kememe, kuat nanges. sikit2 nk nanges
suka learn something new and adventure maybe.
kuat berpikir dan berangan daknya
suka ketawa, ketawa cam pontianak
campak mana pun boleh hidup

ini tag. tag. tag. paling:
okayh la :)

orang yang paling sayang:
family aku , arwah kucing aku *orang ke?* , kawan2 , bf aku *wink*, bobob aku .
tak keruan tanpa mereka .

benda yang paling suka buat:
tidur *manyak tidur jd bodoh ya kawan kawan*

benda yang paling anda bosan:
kemas rumah.

if g KFC or Mc'D benda pa paling suka makan dan sebab:
KFC - ayam goreng , coleslaw plus kentang putar halimmmmmm.
Mc'D - burger spicy chicken Mc Deluxe , or Double Cheese Burger dan air ribena :D
sebab dia besttttt.

5 perkara yang diimpikan dalam hidup:
pergi rumah anak anak yatim dan orang tua
naik 4 wheels drive
berkahwin dan punya anak kembar
jaga keperluan keluarga aku semua , baik umie abah dan adik adik
jadi cikgu ya

Bagi 1 teka teki dan jawapan sekali . pastu jawapan mesti lucu dan misteri:
aku tak suka bagi teka teki , kalau jawap yes . aku la Ratu teka teki kata dak dak kelas aku ;p

sila tag:
kawan kawan yang selalu aku tag . ambil la ya . pada orang lain juga . silakan .

Thursday, June 24, 2010

benda baru

ini sangat cool . suka plak aku .
* sila fokus yg aku kotakkan ya *

menghitung hari bak lagu Kris Dayanti

Aku bilang korang heh, sekarang hidup aku penuh dengan menghitung hari pakej dengan jantung dup dap dup dap. Aku tak suka keadaan macam ini pasal dia boleh buat aku gila meroyan tak tentu pasal. contohnya jiwa akan memang merana bagai la. makan ? memang tak makan, tak terurus makan aku. minum ? tidak juga sehingga bibir kering sekali. lemah badan tak bermaya. aku hanya tahu duduk berkurung didalam bilik dan menangis. ya bukan sesuatu yang sihat tapi apa aku boleh buat ? menghitung, mengira, menunggu, mengharap, merayu, membatu ? aku sendiri tak tahu dan aku benci tuk menghitung. untuk keputusan itu aku masih berharap sehingga Sabtu ini, berharap pada keajaiban berlaku Ya Allah. dan untuk dia, menghitung sehingga 23 hari sangat perit masa itu. bersabar dan Insyaallah pada pengakhirannya ada sesuatu yang positive *sedapkan hati*

Wednesday, June 23, 2010

China - Korea ia berlepas


saya tunggu awak pulang 16 August ini .
hari hari saya akan pangkah kalendar tugu awak .
*tengs fer de roxy bag*

Tuesday, June 22, 2010

award kedua yawww



Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
si manis yang bertudung , sgt baik hati , senyuman yang sentiasa ada di bibir

Sila beri award kepada 10 blogger yang lain
10 ? apa adahal . tarahal la . jadi sila ambil ya :
Eliana Elle
Sarah Hussin
Fyna Rosli
Ieka Mok
Fazliana
Misz Aren
Cik Mimie
Cik Momoi
Enchek Afiq
Cik Amoi

Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ini
nanti aku bagitau la jangan risau

Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great ?
enta la erk si peah nieyh , nak sedapkan hati kca ja an ? HAAHAHAH . bkn best mana pun blog kca , tp chumeyl ada . teheee . anyway terima kaseh la cik peah ya ! shayunk awak la . muah muah .

memang benar benar

Kau memang benar benar menguji aku .
kau telah membuatkan ramai hati terluka .
kau memang benar benar menggelapkanku .kau benar benar membuatkan aku menangis .kau memang benar benar menghancurkan hatiku .kau memang benar benar memusnahkan segalanya .

aku malu dengan diri ku sendiri ,
aku hampa , mereka juga hampa ,
aku nampak air wajah kehampaan itu ,
aku kosong bila mendapat keputusannya ,
doakan yang terbaik untuk masa depan ku ,
maaf kerana tidak dapat memenuhi nya ,
kalian banyak berjasa tapi aku menambah dosa .

aku tidak akan berhenti berharap ,
aku teruskan menghambakan diri tuk ini ,
aku mengharapkan keajaiban berlaku didepan mata,
untuk kebahagiaan dan masa depan aku dan mereka. aku tidak harus berputus asa walau badai sekarang bergelora ,
aku bingung saat dan ketika ini ,
aku lemah , aku gagal , aku tidak mampu bersuara tuk itu .
terima kasih kepada mereka yang memahami dan mendoakannya yang terbaik .
kepada lecturer kesayangan Miss Mueizah , mungkin awak tahu saya sedang bersedih dan sebab itu la awak merindu saya . terima kasih untuk segala semangat dan kata kata rangsangan . saya sayang awak miss . terima kasih semua . mengharapkan dan mendoakan yang terbaik . Amin Amin Amin ya rabbal alamin .

*maaf jika penggunaan kosa kata yg memeningkan kepala,hati berlara, & Bkn kerna cinta*

Monday, June 21, 2010

mic telah kt kepala

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

bekas tupperware :P

Adakah awak mempunyai ex boyfie ?
ada ada . *gedik & bangganya*

Berapa kesemua jumlah ex boyfie awak ?
yang betol betol de only one la , laen wat plessing . so xpayah citha :)

Listkan name ex boyfie awak , number 1 , 3 dan 5 .
Tengku Afnan Mahmood Tengku Zahri

Antara 1 hingga 5 , awak paling rapat dengan number berape ?
dengan yang sekarang :)

Number berapa yang paling banyak kenangan bersama awak ?
satu number ja , apa lagi .

Name die siape ?
Ulang suara , testing testing 1 , 2 , 3 . Tengku Afnan Mahmood Tengku Zahri

Rumah die kat mane ?
Sungai Petani , Kedah tapi dia ada ja pat kl xsilap aku duk MSN

Ingat lagi berapa haribulan awak dgn die couple ?
17 July 2006 i guess

Berapa lama hubungan awak dengan die ?
ngam ngam 1 years . kami putus on our anniversary . tq

Kalau tak keberatan , apa sebab putus ?
keadaan kot . masing masing busy dan rasa terabai . erti kata lain , tiada jodoh la tu .

Andai masa boleh diputar balik , apa yang awak ingin lakukan ?
masa tak boleh putar ya . sila paham . xda andai andai . abah cakap , barang yang lepas jangan dikenang. HAHAAHAH

Apa salah satu barang atau hadiah yang die pernah bagi ?
lupa la . hee . Tapi aku igt satu menda , dia ilangkan ic aku ! HAHAAHAHHA ;p


Awak pulangkan semula ke hadiah2 atau barang2 yang die pernah bagi ?
untuk apa . xkan la . dia pun tak meminta la .

Selalu dating kat mana ?
bowling alley , soping mall yang ada bowling alley la . pasal dye player bowling fer kedah dan adik aku sekolah sukan . bila ada circuit baru kami berjumpa . auwwwww !

Tempat selalu dating ?
soping mall ja la . mana nk pergi lagi . memang situ la .

Ape yang awak selalu buat bila keluar dengan die ?
Senyum senyum , gelak tawa , makan mcd suap suap . tgk wayang , jalan jalan.

Banyak persamaan atau perbezaan ? Awak ke die yang banyak ego ?
no komen ;p

Mengongkong ?
nope. sangat universal . HAHAHAH

Meminta balik duit yang pernah die bagi awak ?
tidak .

Kalau awak merajuk , die buat apa ?
pujuk tu perkara biasa . nyanyi sikit . HAHAHAA

Ada lagu tema tak ?
Mariah Carey ft 98 degrees - Thank God I Found You

Rasa rasa die akan baca tak entry awak kali ini ?
Tidak . mungkin . if terbaca n say HELLO !

Apa pesanan untuk die ?
:)

Nak tahu pasal ex boyfie siapa ?
kau la ! sapa lagi .

tuan besar !

woot woot . lewat satu hari penghargaannya kerna terlalu sibuk sangat dengan kehidupan sebagai artis nieyh *tiba tiba perasaan* abaikannya , aku nak bagi penghargaan kepada bapa bapa sedunia la kan . sibuk sikit tu lambat wish , mana balik spore cousin kawin , berdua duaan lagi . HAHAHAHAAHAHAH . baiklah mari kita mulaka sesi luahan perasaan bersama Caca RM.
thu dia Mr Sahab !! HAHAHAA . tak tak tak , ini abah aku aka boyfriend plus scandal plus dot dot dot aku Dato' Rosli b Hj Momen . oh juga Tok Daddy wannabe. *wink* abah aku ni la orang lelaki yang pertama aku cinta . tanpa dia tak kenal erti cinta juga aku kan . so mari kita cerita perjuangan beliau sedikit sebanyak sehalus dan semulus nya .

bekerja sebagai *rahsia kerajaan, shhhhh* di Singapura dilanggar todak . hari hari ulang alik JB - Spore . muka garang tapi dalam hati ada taman der . asal aku bersuara tup terus dapat . asal aku bercakap ikut terus . contoh , kalau nak keluar umie da sedia kan seluar tp abah tak mahu tukar . aku pun menggunakan suara dan aura anak manja aku , tanpa bantahan tukar terus . hikhikhik . shayunk abah . lahir pada 25 Dec 1960 , part birthday abah ja aku klimaks pasal holiday time !! jyeaaaahhhh . so cuti terus la kami ke New York City , London , Paris :)

kenangan ? banyak jangan cerita sampai mati pun tak mampu tuk bercerita . masa kecil , kalau kami adik beradik demam selsema , abah dengan laju sedut hingus kami menggunakan mulut tau kawan kawan . HAHAHAAHAHAH . korang ada ? takda kan ? nak kejut kami bangun pergi sekolah ? geletek peha kitaorang . masa umie bersalin , abah ikat rambut aku pergi sekolah memang terbaik la , macam kuda mengawan jadi nya . hodoh sungguh !! nasib aku ni manja ngn cikgu cikgu lalu cikgu pun tolong ikatkan rambut aku . HAHAHAHAHA .

apa saja cerita , corak coret semua terpatri dalam ingatan . segala jasa , baik budi memang tak berbayar dan tak ternilai wahai abah . jadi penghujungnya .
SELAMAT HARI BAPA .

shayunk awak sangat sangat . tanpa awak siapa lah kami , tanpa awak kami tiada apa yang kami ada sekarang wahai abah . pesanan penaja ini dibawakan khas dari No 15 , Jalan Belibis . eh lupa juga kepada bapa mentua aku . cehh pada bakal bakal bapa mentua la. *siapakah?*
HAHAHAHAAHHAAHA

Friday, June 18, 2010

1st award from Sufea shayunk .

Adakah anda rasa anda hot ?
semestinya, hot hot heat .

Update wallpaper yang anda guna sekarang ?
famili saya , pat changi airport

Kali terakhir makan pizza ?
2 hari lepas . yum yum

Lagu terakhir yang anda dengar ?
siren alarm . tu dikira lagu tak ? teheee

Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
baring sambil makan epal .

Selain nama sendiri , anda di panggil dengan nama apa ?
akak , kca , gemok , shakila , along , kak intan , Caca RM , faz .

Tag orang siapa yang nak kene tag ?

Siapa orang number satu pada anda ?

Kata sesuatu pada orang number lima ?

Number tiga ada hubungan dengan siapa ?

Bagaimana dengan teman number dua ?

Kata kata cinta kepada orang number empat ?

Berikan lima fakta tentang orang yang anda tag ?

sorry aku tak tag orang , pasal before this aku da tag my friends with this question tapi takda award . but guys you all boleh ambil if you all nak . i relakan nya . awwwww awww. tengs pea lagi sekali :)

ulangtahun .

Your hari lahir bila ?
september hari empat tahun lapan puluh lapan

Tahun ni hari apa your birthday ?
sabtu . bagos blh enjoi ;p

Zodiak anda ?
virgoooooo oooooo

Sila copy n paste http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/rahsia-bulan-kelahiran/ dan cari bulan kelahiran anda dan publish kan .
kejap ya . ok nie dia .

SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
Apa pendapat anda tentang huraian bulan kelahiran anda ?
benaran ?

Empat huraian yang ada pada diri anda ?
Pendiam tapi pandai bercakap
Terlalu memilih pasangan.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Seorang yang banyak berfikir.

Tiga huraian yang orang lain pernah kata pada anda ?
Sangat cermat, teliti & teratur.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.

Ada apa apa komen ?
aku rasa macam semua pun ada dalam diri aku , macam mana ? boleh tak nak senaraikan semua ? wink wink

Pernah dapat hadiah birthday ? Simpan lagi hadiah hadiah yang orang bagi ?
pernah . simpan memang akan simpan . kenangan der :B

Apa 3 hadiah yang masih simpan and siapa yang bagi ?
okayh xmaw ada dikriminasi , pada kawan kawan yang pernah bagi aku hadiah birthday , semua masih aku simpan :)

Apa kenangan yang tidak boleh lupa masa birthday ?
tahun 2009 , sebahagian warga TMJ sambot birthday kt opis dengan cicak nya la , video masuk uetube , bg spender chumeyl . trimas :D

Tahun ni ada mengharapkan birthday party / present ?
tiap tiap tahun mengharap ucapan dari dia . pada yang lain aku nk present . wajib bagi .

Teringin nak hadiah apa ?
semua pun aku nak . xda teringin sangat pasal aku nak semua yg aku harap dapat

Apa reaksi anda bila orang memberikan kejutan hadiah yang anda inginkan sempena your birthday ?
teruja dan menangis la apa lagi . suka sangat dak nie . HAHAAHHA

Tag kan kpd sepuluh link yang anda mahu ?

proud to be a silent reader

Aku tak suka kau datang diam diam , senyap senyap pastu 'sibuk' tuk komen rutin hidup aku . berlagak macam kau tahu siapa aku . bangga huraikan ayat tentang aku . kenapa ? dari mana kau tahu tentang aku ? dari mana kau kenal aku ? aku tak pernah kenal siapa kau kerna kau muncul dengan bayangan . so aku dengan bangganya nak berikan kau ini wahai kau . kau memang terbaik . aku tak suka cara kau berdiam diri dengan sembunyikan kau punya identiti . kalau aku boleh delete , aku delete da kau . sebab aku memang tak suka cara kau . orang lain mesti kata aku tak bersyukur kerna ada pembaca yang sentiasa baca lalu menghargai . ya memang aku tak bersyukur sebab dengan cara kau . Nahhhhh untuk awakThank You So Much .

if i can ..... in my mind

*motifsgtsemuapungambar,inisajacaratukmengekspresikannya*

Thursday, June 17, 2010

tahniah mania

entry ini khas untuk wira saya . cehh wira saya tau . geli pula aku . okayh lari sedikit . sebenarnya aku nak ucap TAHNIAH pada Enchek Dean aku pasal menang emas dan perak for SUKMA baru baru nie . sangat teruja . dan aku pula yang gelabah bila tiba hari dia berlawan . mari bercerita . Enchek Dean adalah penggarang jantung hati aku . bergiat dengan gigih dalam sukan lawan pedang and in english is Fencing . sejak dari zaman sekolah lagi , ya la asalnya pun dari Sekolah Sukan Bukit Jalil kan .

Baru baru ini , Enchek Dean telah pergi ke Melaka untuk acara SUKMA . Dalam game individual menang tempat kedua , perak ja la pasal kaki cramp . kalau tak da boleh pergi da CHAMPion . risau gak aku dibuatnya , seawal jam 7 pagi pergi jam 6.30 petang baru dia hubungi aku . punya lah aku ni gelabah tunggu dia , dengan aku tak boleh tidur malam sebelum dia lawan . tuhan ja tahu . sebab saya tahu awak nak sangat kan tuk SUKMA terakhir tuk awak ni . tapi takpa , walau menang tempat kedua pun , Enchek Dean bangga sebab dia dapat kalahkan musuh dia :) janji awak bahagia . kaki cramp teruk ujarnya , terpaksa diusung ke bilik . haih . namun dendam terbalas juga dalam acara team , kalian buktikan dengan EMAS !
*gambar ni xblh besar besar , bahaya*

Congratulations guys . you all maybe tak baca blog aku , tapi aku tetap nak cakap korang Super Duper Hebat . Puas hati Enchek Dean saya . Tapi sekejap ja masa berlalu , this Tuesday Enchek Dean kena pergi China for training . takpa la untuk diri sendiri lakukan lah yang terbaik ya . Sekali lagi tahniah dari aku wahai Enchek Dean ! I love you la . HAHAHAHAAHHAAHAHAHAHHAHA .
*gambarehsandarihusnulariq*
kenapa mesti nak emosi ? sampai bila nak berdiam diri ? sampai hati terluka dengan parahnya ? bangkitlah wahai saudara jangan ada dusta antara kita .
aku suka bila bersama dengan kau . aku gembira bila kau berbicara dengan ku . walau dengan hanya sebelah mata kerna aku menghargai nya sepenuh hatiku
jangan disimpan didalam hati . jika belum pasti .
jangan diungkit janji . jika tidak bisa menuruti .
jangan disamakan hati . jika tidak mengerti isinya .

tersentap kejap

ole !

makan pat Dayangku ja la . nahh sampai ja mereka meluru terus memasukkan diri betol betol duduk di depan tv . aku ngn umie bilang duk luar sudah la . xnampak kata mereka . memang la semangat mangat adek kembar aku nieyh . bola punya pasal kan memang semangat la korang . pasthu nk tunggukan ke half time , ya ampun macam nak tercabut nyawa aku . punya aku memujuk nak balik , kejap la kejapla kata mereka . at de end , nahhh kau kalah SPAIN mereka . HAHAHAHAHAHAHAHA . padan muka ! naseb si Fyna tak da . pasal dia balik Spore ikot mak , kalau tak melayan juga adik gedik aku sorang tu . dussssh

Wednesday, June 16, 2010

perasaan tidak boleh dipaksa . makin menjauh makin datang tuk mencinta tapi apa kau tahu pasal ini ? ala budak budak ja kau ni Ca , tak paham lagi dan tak layak untuk bercinta .
terima kasih .

Tuesday, June 15, 2010

telan saja

makan bola , tidur bola , mandi bola , main bola , telanlah bola tu senang . sibuk sangat semua nak bercerita pasal bola . emosi ? bukan cuma sesi luahan perasaan . terima kasih lah sebab aku bukan peminat setia bola sepak ini . kalau permainan dalam Malaysia mungkin aku boleh masuk lagi tapi kalau pasal World Cup memang aku lingkup . bukan apa , lain orang lain caranya mungkin . aku tak minat bola , aku juga tak minat pemain pemainnya walaupun hensem bagai la menjadi kegilaan para para perempuan semua . bak kata nenek aku , aku ini berpendapat seperti arwah moyang aku , katanya

" buang masa ja tengok bola tu , bola nya satu yang mengejarnya ramai . ntah apa apa ja "

tapi kalau orang da minat kan halang macam mana pun tak boleh . Abah , afiq , fyna tak terkecuali juga adik aku si Cici sanggup berjaga malam ni , nak tengok bola . terjerit jerit macam orang gila . riuh serumah . masa tidur orang lain terganggu sedikit . Gooooooooooaaaaaaaaaaaaaaaalllllllll ! jeritnya . lepas tu , jangan harap dapat tengok cerita lain kalau mereka da mula menonton bola . aku cuba juga nak mencari tempat dalam dunia bola ni , hancur tiada tempat untuk aku . pasal aku memang tak paham . dan aku berharap tak dapat teman lelaki yang gilakan bola . juga bakal suami yang setiakan bola . tapi ada ke lelaki tak suka tengok bola ?

biar bersawang kaki kau tetap juga aku tak kejar

Monday, June 14, 2010

jangan kau buka pekong sendiri wahai saudara

maaflah entry kali ini bukan berniat untuk memburuk burukkan ciptaan tuhan atau menaikkan aib manusia sesama manusia . tapi macam lama sangat lah bersabar kan , tetap tiada perubahan langsung dalam diri mereka . ya la bukan nak cakap aku baik seperti malaikat , aku juga manusia hina . tapi yang pasti aku sedar dan aku tak mahu kalian terus mendabik dada dengan perangai kalian semua . sebab tu la aku tidak pernah mempercayai kalian walau sekelumit kuman sekali pun kerna bagi aku kalian hanya pandai berbual kosong seperti manusia yang tidak punya pegangan dan pedoman hidup .

apa kalian tiada kerja lain ke selain daripada memburuk burukkan orang lain dengan busuk sekali ? apa kalian sudah habis pikir tentang kehidupan kalian yang kononnya sempurna itu ? cermin diri la wahai saudara , kau seperti menterbalikkan situasi itu dengan cermin yang setiap hari yang kau gunakan untuk bersolek. aku memang sedikit emosi bila membicarakan tentang hal ini mana tidaknya , dengan aku kau beria bercerita tentang busuk si dia . kalau boleh ada ayat yang paling bangsat sebangsat bangsat itulah mahu kau gunakan . si dia pun bukan main juga ingin mengorek cerita tentang si buruk dengan aku . apa kalian ingat aku ini seperti kalian yang suka mengapi apikan , memporak perandakan kehidupan orang . Ohh tidak sama sekali itu bukan Caca RM la yaww !!

mana aku tidak emosi bercerita buruk orang sana sini , sekali tengok tengok , phewwwwww ! bahagia bersama , ciom molot lagy . konon benci .. hish aku geli la orang macam kalian ini . memang kena la dengan title kalian yang selama ini tersimpan . harap kalian semua berubah lah dan jadi seperti aku yang tidak pernah tuk masuk campur urusan orang tanpa arah tuju yang benar . jangan pandai bercakap saja tapi otak kosong . bunyi ja bising , dalam kosong juga seperti tin kosong . andai kata sesiapa yang membaca dan terasa bermakna mungkin kalian juga punya perasaan seperti ini ya . maaf untuk akhir kata , jadi sama sama lah kita memperbaiki kehidupan kita semua .

nak terbang kat kau boleh ?

kalau aku punya kuasa ajaib seperti ini , pastinya aku tidak akan melengah lengahkan masa nya . terus saja aku genggamkan tangan dan apungkan diri dengan Terbangkan diri aku . aku disini da hampir separuh mati menunggu keputusan kau bagaimana . tak kesian kat aku ke menunggu wahai teman . pagi tadi buka tb , ada berita berderau sekejap darah aku . ingatkan kau . tapi bukan . dari jam 9 pagi sapai sekarang apa kau belum habis berjuangkah ? tolongla hubungi aku dengan kadar segera . tidak sabar menanti detik dan masa itu . abaikan gambar yang tertera diatas ia hanya selingan waktu petang . yang aku tahu , boleh kau bawa aku ke Melaka tak sekarang ?
aku mahu berjumpa dia . wink wink .


Diploma ? tiada lagi masalah .

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerna melimpahkan rezeki . keluarga bahagia kepada aku. sesungguhnya engkau telah memakbulkan doa doa insan yang kau sayangi ya allah . aku sangat bersyukur . baiklah post kali ini nak cerita pasal , tamatlah zaman bujang aku akhirnya . Oppppps . zaman bujang apakah ? chet chet chet . sebenarnya aku nk cakap yang aku sudah tamatkan zaman bujang aku di Pahang dengan erti kata lain yang aku sudah tamatkan zaman DIPLOMA aku akhirnya . Alhamdullilah . setelah susah payah , pahit manis , suka duka , semua tempuh bersama dan penghabisannya kami berjaya .

perasaan aku ? jangan kalian tanya , pasti jawapan gembira bahagia sampai ke syurga . bukan aku nak cakap yang aku bencikan sangat kehidupan di sana tapi bagai telur dihujung tanduk . tempat orang manakan sama dengan tempat sendiri kan ? tapi tanpa itu semua tiada lah sesuatu yang dinamakan dengan Pengalaman . Tak gitu Cik Gayah ? AHAHHAAHA . Walaupun keputusan aku tidaklah begitu membanggakan seperti keputusan mereka yang sentiasa memberangsangkan , tapi aku tetap bersyukur kerna setiap apa yang berlaku adalah kehendaknya .

jadi setelah tamatnya zamn diploma , insyaallah kalau tiada aral melintang dan apa apa masalah pada permohonan degree aku . Aku akan terus sambung belajar tuk terus mencari pengalaman baru demi aku dan keluargaku . apa yang aku belajar dari pengalaman zaman diploma adalah aku tidaklah sebodoh mana cuma malas menguasai diri dengan begitu bermaharajalela . tidak mengapa jadikan ia sempadan dan juga pedoman ya Caca.

dan kepada Caca RM , tahniah kerna awak berjaya menghabiskan zaman diploma dengan gemilang . Tahniah dari kami . dan benda yang paling aku nantikan adalah konvokesyen . tak sabar nak membawa abah dan umie tuk melihat hari bahagia aku itu . sebab kita ada hari paling bahagia dimana bila mendapat segulung ijazah , hari perkahwinan dan menerima cahayamata . hikhihkhik . bagai dunia kita yang punya . Alhamdulillah .

akhir sekali pada rakan rakan seperjuangan *hee* yang bermain tuk SUKMA di Melaka , Selamat berjaya . cari yang terbaik tuk diri kalian semua . aku tak mahu ada perbezaan negeri sebab kawan aku semua ada dari seluruh pelusuk negeri kot . Gudluck babe . dan esok hari isnin jam 9 pagi , awak juga ada game individual an fencing . Aramaitttttiiiiiiiiiiiiiiiii !!!


Aminnnnnn
*tak lupa , terima kasih pada cikgu cikgu dari tadika sapai zaman diploma ya *

Saturday, June 12, 2010

nota-tangan

satu hari nanti aku akan buat juga .
maaf la pada kalian semua .


Friday, June 11, 2010

result punya pasal adik aku yang sebuk .

aku takda la excited sangat nak tengok result , pasal aku taw mesty server sangat down . jadi aku cam wat tak tahu ja la tapi ada satu benda ni aku tak tahu la kenapa makhluk tuhan yang paling aku sayang ni excited sangat nak tahu result aku .
ni hah dak nya ,
adek aku si Fyna ,
*ok motif sangat gambar lama ni* HAHAAHHA . bayangkan she keep asking me "kakak da check result ke belum ?" sampai aku naik pening sudah . pastu aku tanya yang adik gelojoh sangat kenapa , relax la . dia diam pula . pastu tak sapai bapa minit tanya lagi . tiap kali aku buka , ia akan keluarkan macam ni .
pastu nanti dia yang tolong cakapkan tiap kali aku tekan refresh "hah mesti tak boleh" HAHAHAHAAHAHHAA . adik adik . sabar ya adik . akak sendiri tak gelojoh , jady akak mahu adik sabar sama seperti kakak :) esok kita makan pizza ya . dan esok juga la kita tengok heh , akak da tak larat dan nak menunggu juga . pening sudah ni . oh ya akak taw kenap adik excited pasal result ni result terakhir tuk zaman bujang , eh salah salah . Zaman Diploma kakak kan ? hikhikhik . insyaallah .pada yang dah tengok result selamat ya , pada yang belujm seperti aku usaha keras sikit :) . jyeahhhhhh .

*harapsemuanyaberbaloi*

Thursday, June 10, 2010

please go away .

kalau aku bilang aku tak suka , aku tak suka la . berapa kali aku nk kena ingatkan tentangnya . jangan kau naikkan perasaan amarah dan gelisah ku bersama . aku tak suka . tak suka , tak suka , tak suka *tumbuktumbukbantal* lagi satu aku rimaslah wei , tolonglah faham kalau aku sudah membiarkan kau berlalu begitu saja . apa lagi aku kena bikin supaya kau paham dan mengerti ya ? takkan pula aku nak menggunakan kekasaran ? tidak sama sekali kerna itu bukan aku . harap kau mengerti la . aku mahukan terus ruang tuk ku berdomba sendiri .

dapor tebakar dek air tangan

Birthday umie tiada hadiah pun dari aku , mana ada duit der nak beli hadiah :) tapi aku telah mengambil inisiatif lain untuk meraikannya . memandangkan abah pula takda outstations ke India , jadi tiada makan besar la . So apa yang telah aku lakukan dengan atas bantuan adik gedik aku si Fyna . marilah sama sama kita saksikannyauntuk pertama kalinya :
pukul pukul tepung

masukkan dalam cup nya .

acara menghias

taraaaaaa , Cupcake Kaseh Shayunk :)

Si Fyna juga telah berusaha gigih dan kerasnya dengan mencipta kad untuk Umie . Kelakar ja aku tengok punya la dia nak berahsia dengan Umie ni , sembunyi sembunyi bikin kad tu . siap mintak tandatangan aku dengan Afiq . Dan seperti biasa , Si Cici takda pasal kelas da start jadi dia tidak dapat pulangkan diri . hikhikhik . * rugi kau ci , tak rasa cupcake akak bikin :) * Si Afiq plak beli an umie hadiah . dia keluar dengan kawan dia pergy tengok wayang . betol la umie cakap , minta umie duit ntah ntah nak beli an umie hadiah . HAHAHAHAHAAHHA . takpa la janji ikhlas , xgitu ? ;p
front page

inside

back

btw , abah da balik da pagi tadi . sekejap ja abah pergi . tapi dis 19th pergi lama kot Myammar pula . apa yang aku suka bila abah outstation ialah abah tak lupa tuk membelikan aku perfume . jyeahh ! okayh bukan untuk aku seorang semua pun dapat . kalau dapat sebotol takpa , 2 botol kot . Perfume kat airport kan murah . hikhikhik . tenkiu abah . abah masih mahukan aku jadi seperti Mariah Carey pasal aku minta yang itu . Fresh and sweet just like me *blushing*
jadi kesimpulannya , semua is under control .
wink wink wink .
and we are ONE HAPPY FAMILY BEBEH !!

part ini aku boleh lupa plak , semalam birthday umie kan tapi umie masak satu daripada masakan kegemaran aku . Sayur Asam Keladi , dengan favourite Fyna ayam masak merah . birthday umie tapi masak makanan kegemaran kami . wahh bertuah nya kami . terima kasih umie . dirimu begitu berharga . sedap memang sedap . best part is aku dengan Fyna makan nasi 4 kali kot . berlumba lumba kami . Umie cakap , birthday umie masak lauk korang , korang juga menghabiskan . pehh memang terbaik la . mungkin berkat air tangan birthday girl . HAHAAHAHAHAHAHA . Fyna pun menggila makan lauk sayur asam aku . sibuk ja . dia cakap masam masam tapi tak tahu la kenapa adik suka . hikhihkhik . terbaik dari dapur la weyh . apa lagi . lauk hari ni , Ketam Black Pepper , Stimboat , Asam Pedas . memang , memang membina lemak ya kawan kawan . ya la bukan senang nak dapat sebelum ni , sibuk dengan study kan . pasni kalau dapat sambung degree bila lagy nak makan macam ni . tunggu cuti semester la gamaknya .

*akuxcheckresultlagi,serverlambat*

Wednesday, June 9, 2010

Puan Aina Binti Abdullah

Aku tahu aku tak kreatif , tapi dengan cara ini aku mengekspresikannya .
gambar diatas ucapan ringkas sahaja kepada
Puan Umie Ketom , opsss salah .
Puan Aina Abdullah , ya umie saya .
pada 9 June 2010 .
* poom poom pooom pooom *
Happy Birthday Umie ,
dimurahkan rezeki , dikurniakan kesihatan sihat sejahtera dan
bahagia bersama kami keluarga tercinta .
moga kita sentiasa bersama sehingga ke syurga kelak .
awak bayang bayang masa depan saya ,
seperti selalu yang awak katakan .
hikhihik
Aku Rindu Sayang Kamu .
muah muah .

*wishwishjugalapartetapada*

kencing manes && adek manes


Bila kaki sudah mula mahu berjalan saja ., sah memang ia tidak mahu berhenti . duduk dirumah saja kena marah pasal tak reti reti berjalan tapi bila sudah mula berjalan pun kena marah . HAHAAAHA . bayangkan saja la 3 hari berturut turut keluar siang hari dan pulang malam hari . yang pasti memang meriah saja kehidupan aku , makan tak tinggal kerana motif utama :) Mari bersamaku dalam ruangan mari bercerita . jyeaaaahhh .

Sabtu - 5 June 2010
Sepatutnya ke rumah Tasya Walala , pasal dia kahwin tapi sebab musabab yang tak dapat dielakkan tak dapat hadirkan diri . walhal persiapan semua sudah dibuat *kalau tasya baca, sorry ya tak dapat datang btw SELAMAT PENGANTIN BARU * Jadi tak pergi rumah tasya rancangan seterusnya di lancarkan . bayangkan since final exam di PAHANG ya kami merancang , dengan penuh tekun dan semangat nya . Lagenda Budak Setan menjadi hiburan dengan Danga Bay . gelak tawa, makan makan && saksikan gambarannya

Ahad - 6 June 2010
Hari yang paling memenatkan sekali tetapi aku happy pasal kawan aku da kawen . kawan sekolah rendah aku . HAHAHAHAHA . aku ? jangan ditanya calon pun belum nak ada . hikhikhik. kitaorang berkumpul depan sekolah rendah lama kami dan ke rumah pertama Syarifah Zahidah . beza memang berbeza . pastu kami ke rumah Hafiza Hussin dan bayangkan aku dari Taman Perling ke Skudai tidak membawa IC atau lesen . terlupa ambil . HAAHHAAHAHA , nasib umie hantarkan pasal umie pun ada jemputan di Skudai . pastu kami merehatkan minda dirumah aku pasal nak menjelajah ke Istana Garden sesaja ja nak ambil gambar , penat ya ampun memang penat tapi kami enjoi . pas penat bergambar makan lolo di dataran . sedapppppp .

Isnin - 7 June 2010
Ini merupakan acara biasa ja tapi kalau keluar dari rumah tu berjalan la namanya kan ? aku balik Spore bukan balik kampung tapi hantar abah pat Changi Airport pasal abah kena outstation . padahal sebelum keluar da makan , tapi sampai airport perut aku meronta rinta minta makanan jadi apa lagi , Abah Mcd plss ! lalu makan Mcd di Airport :) HAHAAHAHAHA . kenyanggg ..