Hari raya semua bagai nak gila, bila puasa buat tak tahu saja :)) cehhh ! biasa la tu, hari raya semua orang menggila. shopping shopping till dropping. aku ? tak raya pun shopping. tapi pasal sale hari raya lebih menggila so dengan aku aku sekali gila. persiapan aku? semua sudah tersedia. baju raya tadi baru beli, padahal da pergi KL fer shooping tetap balik juga beli kt JB. kami la sang perempuan. shopping lain pula kat KL tu. HAHA. jom ikuti rentetan hari dan perjalan kami ;))
hari Jumaat malam selepas bertungkus lumus pada siang hari nya menjawap test, aku dengan gigih menunggu family aku datang menjemput aku. sepatutnya perjalanan yang mengambil masa 3 jam menjadi berejam rejam pasal abah ego. HAHA. konon jalan betul ja baginya. da la aku buka makan maggie ja, punya la nak berbuka bersama. hmmmmf. akhirnya sampai. terus aku yang merelakan hati membawa kereta sebab tidak mahu membuang masa dan menuju ke kepong tuk ambil si Cici pula. da sampai g makan dekat Gombak. lapar wok ! lepas tu terus menuju ke Pusat Bandaraya dan check in hotel. booooommmmmm, tidur terus sebab jam menunjukkan jam 1 lebih pagi sudah. oh ya pada masa yang sama, hari nya hari jadi aku. menggelupur sekejap. HAHA.
*nak lari topik jap* aku nya birthday aku dapat free call la bagai, aku rasa kalau orang lain mesty da menggelupur dok call orang sana sini. tapi aku ? HAHAHA. tak tahu nak call siapa. dan paling lama aku call seminit ja. scandal mandal? oh malas la membuang masa. bf? puas da bercakap sampai tak tercakap. HAHA. lastly, habis gitu ja free call aku. ok back to de real stori.
keesokkan hari, yes harinya menjelma. pada siang hari berpuasa kami mengagahkan diri ke Jalan TAR. uii na kau, memang tak tertahan lalu kami pun berpatah balik dan ke SOGO. oh, lautan manusia. ramainya macam semut da aku tengok. pening kepala aku. Shopping barang adik adik aku dan kami pun menuju ke Bukit Bintang. ya jangan lupa ya kami mengunakan pengangkutan awam. jimat masa, tenaga dan bahagia. HAHAHA.
ya mencari berhenti di tengah jalan dan pose ya bebeh! HAHAA. pada awalnya aku mengenakan long pants untuk berjalan jalan. tapi setelah sampai di Berjaya Times Square aku tewas. kepanasan dan ketidaktahanan. menggelupur cari short pants. terus masuk dalam Giordano dan mencari, nasib ada. ambil. RM 98 takpa la demi kesejahteraan hidup didunia sementara. HAHA. kita kena lah berada dalam keadaan selesa. ;p
oh ya gambar diatas setelah selesai pembelian short pants dan menukar terus ;) kira umie kira duit tu. HAHAHAH. dan tawaf satu TS tu, abah pun mengajak pulang tuk berbuka takut tak sempat so kami pun balik semula ke Pusat Bandaraya memandangkan hotel pun kt sana kan. so naik lagi pengangkutan awam yang laju itu dan pose lagi ;)
buka puasa ? harus lah kekasih turut serta bersama baru bermakna upacara iftar itu. malah turut membawa adik ipar sekali. lain benor rupa adik dengan si abang. HEE. lepas makan semua berjuanglah kami ke Jalan TAR. phewwww *lap peluh di dahi* memang menguji. dah la hujan, redah saja la. Umie suka lah berjalan kat situ pasal barang dia semua ada. da siap semua menunggu masa untuk pulang ke bilik hotel dengan gigih.
balik lah balik setelah semua barang umie da dibeli, baju melayu sang lelaki sudah dibelik juga di butik Aniz. lalu beransur lah kami pulang, sang kekasih mana? lama sudah pulang. HAHA. hadiah birthday dari sang kekasih i liookeee so chumeyl. balik mandi dan tidurkan diri. esoknya bangun kami ke Maju Junction pula saja berjalan, dan balik. dalam perjalanan balik singgah sebentar di Nilai 3, Negeri Sembilan. saja berjalan. tak pernah pergi. okayh okayh ja lah.
kami tak tawaf semua pun. tetiba malas menyelubungi diri lalu balik ke JB terus. jyeaah ! Hello Jb, im back for Hari Raya :)) sampai sampai terus masa berbuka ngam ngam. kami pun pergi berbuka puasa bersama. penat. balik mandi dan lepak terus ketiduran. dan hari ini, pun kami seharian berjalan. asyhuuukkkkk !!
oh ya tema tahun ini ialah, MERAH mak ngah dan PURPLE. wee ;))
pesanan Penaja: kuiH raya umie da siap bikin, dan siap dimakan oleh anak anak kesayangan semua. jadi aku ditugaskan tuk menolong tuk membuat kuih lagi. TQ
No comments:
Post a Comment