firstly, aku nak ucap tahniah pada pasukan Harimau Malaya kita sebab menang Piala Suzuki semalam. korang semua memang hebat, power dan bertenaga. tabik dada, tabik spring, tabik hormat lah semua bagi kat korang. rakyat juga haruslah berbangga sebab punya mereka mereka ni. bukan time menang ja julang melangit tinggi menggunung, bila kalah sebakul maki hamun tak cukup lagi up pakai lori balak makian semua. no no no. itu bukan cara rakyat Malaysia yang 1 Malaysia. susah senang bersama la gamaknya ya. dan dan tu juga la, ada yang mengaku saudara, ada yang mengaku kawan baik, mengaku adik beradik. tak pa janji kalian dan aku juga bahagia.
cuti semester aku nak habis da, kalau tiap kali cuti semester masalah aku tetap sama. sampai aku jadi fed up da kata orang putih nak fikir masalah ni. ya la kadang orang cakap kita kena bertolak ansur, bertimbang rasa sesama kita. tapi kalau tiap kali benda yang sama hanya kita sahaja yang buat, apa cerita? come on la, malas lah buat, hadap, rasa benda yang sama saja. aku memang tak suka nak menyusahkan orang lain. melainkan aku memang betul betul rasa terdesak.
pantang aku, bila keluarga sendiri besarkan orang luar atau orang lain. keluarga sendiri kau buang jauh. yang orang luar pula tergedik gedik, mengada ngada rasa kesenangan orang lain. tapi dalam masa yang sama orang lain rasa seksa, menyampah, meluat dengan kau. jangan fikir kau buat baik orang suka, jangan fikir kau ambil hati orang teruja. maaflah kadang kalau kita berbuat baik sekali mana pun jika kau cuba hanya mengambil kesempatan Allah maha mengetahui.
ok, terkeluar tajuk. nampak sangat itu seperti melepas geram. jika kau terasa maaflah. sengaja buat biar kau sedar. kedua, jika kau mahu orang hormat kau. kau perlu hormat diri kau sendiri dan hormat orang disekeliling kau. jika kau bersikap kurang ajar, tidak menghormati orang lain. macam mana orang nak hormat kau. jadi lu fikirlah sendiri.
walau apa pun terjadi, kau harus utama kan keluarga kau dahulu. walau sesusah mana pun kau, berbalik lah pada keluarga, agama dan kitabmu. let's say lah, mungkin dalam keluargamu itu, ada yang bersikap annoying, mementingkan diri sendiri atau bermuka muka. tidak mengapa, jangan dilayan rasa itu. biarkan dia dengan dunianya. dan kau cuba jangan mengambil sebarang atau apa apa bahagian dengan kehidupan mereka. kau teruskan sahaja kehidupan kau sendirian. biarlah orang nak kata kau tak campur masyarakat, tak mengenang budi atau sebagai nya. janji kau tahu apa sebenarnya. dan jangan mengeluh, sentiasalah bermohon kepada-NYA untuk kehidupan yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment