mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Sunday, January 30, 2011

jagalah sikit kain kau tu, nak terlucut dah!


'perempuan mengandung'
aku malas tuk menceritakan keburukkan orang dalam ruangan aku, jadi biar aku cerita keburukkan,kehodohan, kepalsuan, semuanya ke ke kepada aku.

kurus aku tiada sakiti sesiapa, gemuk aku tiada masalahnya dengan kamu.
jadi diriku adalah yang terbaik tuk kamu dan kamu.
jangan kau ucapkan kata yang menyakitkan hati kerna tersinggungnya hati ini,
ditelan saja tanpa balas dan berdosalah kamu.
apa hinakah orang yang berada didepanmu ini?
pernahkah dia menutup periuk nasimu, atau pernahkan ia menganggu ketenteramanmu?

mungkin dia dalam kebahagiaan jika ucapkan sesuatu yang menyakitkan hatiku?
mungkinkah ia rasa bangga bila lihat aku terduga?
puas tuk aku telan cakap dan rasa ini,
"eh mcm perempuan mengandunglah, eh kenapa badan mcm di pam pam ni?, eh sihatnya kau sekarang, eh gemuk siot, eh kenapa kau macam ni?, eh dan dan dan lain."
ingat aku minta? adil lah tuk aku dulu pernah rasa kurus, pernah juga rasa gemuk.
jadi mahu apa lagi?

bersyukur sajalah ada lagi orang yang kurang upaya dari kita,
ikut aku, aku da cukup sempurna ni tuk mereka yang tidak dapat melihat dunia,
tuk mereka yang tidak dapat berjalan menghirup udara.

tuk mereka yang sama seperti aku, atau mungkin lebih teruk dari aku, atau aku lebih teruk dari mereka, kita mulakan saja hidup dengan sederhana dan bahagia. biarkan mereka bahagia dengan ayat dan kata mereka. jangan doakan yang sama. tunggu saja masa berganti masa.
dan kita berani tuk teruskan hidup didunia. dan rasakan seperti ambil sahaja cabaran kata orang tu kita lebih bertahan.

No comments: