firstly aku nak cakap apa yang aku nak cerita or update entry kali ini, sungguh tiada kena mengena atau ada kaitan dengan sesiapa. tapi untuk jadikan pengalaman sesama kita yang bernama manusia. jadi kalau nak terasa or apa, sorry ya la sebab #SoMalaysian kan. tak boleh buat apa la. redha.
sebenarnya nak cerita benda lama. ya memang aku cukup benci dengan kau. apa yang kau buat aku sangat kejam sebab aku rasa aku tak patut diperlakukan macam tu. tapi kau langsung tidak memberi sebarang impak pada aku. tidak hairan sangatlah kehilangan kau walaupun aku rasa kau lah 'jantan' paling kejam masa tu. sumpah seranah, mak hamun menjadi doa sejahtera tuk kau la setiap hari. tapi aku abaikan saja perasaan tu. aku buang kau terus dalam fikiran, buang kalau langsung dalam senarai kawan aku dalam mukabuku, langsung blocked, terus buang kau dalam ingatan, terus buang nombor kau dalam senarai telefon bimbit aku. memang tidak layak langsung tuk dikenali atau diingati. betul !
tapi akhirnya kau juga mencari aku semula, aku bangga? tidak sama sekali. cuma aku agak terkejut tuk apa cari aku kembali? aku sudah punya kehidupan aku sendiri. cinta aku lebih agung tuk kekasih hati aku selama ini. oh ingin berkawan semula. ya aku memang tidak sejahat dan sekejam yang disangkakan. kan aku da bilang yang aku mmg tidak reti untuk membenci orang selama hidup aku. cukup lah dijadikan semua itu kenangan yamg mematangkan hidup aku sebagai dewasa mendatang.
menyesal? oh ingat kau tiada perasaan. terkejut aku bila kau bilang macam tu. rasa bersalah? oh murninya rasa salah kau tu. sangat ikhlas kelihatan. malu dengan diri sendiri sebab buat aku mcm tu? oh bagusnya kau penuh penyesalan dalam diri. tahu malu dengan parents aku? pergilah minta maaf dengan mereka. mereka ok saja. cuma mereka memang menjaga aku dengan baik dan tiada rahsia antara aku dengan mereka. semuanya aku ceritakan. tu yang buat kau malu kan? tak pa la, benda da lepas. jangan dikenang. semua telah aku beri penjelasan, jangan kau pikir aku pula terhegeh hegeh dengan kau. memang tak kuasa aku.
tapi aku sambut dan terima ikhlas perkenalan semula ini. aku malas nak pikir benda lepas. cukup lah. kau pun bahagia dengan kehidupan kau, aku dengan kehidupan kita. anggap macam tiada apa pernah berlaku antara kita. dan kita hanya kawan baik sewaktu zaman anak kecil kita di tadika itu. tak lebih dari itu ok. dan maaf aku tetap akan blocked kau dari FB aku sebab aku tak mahu kau ada dalam hidupan aku disitu. cukuplah hubungan kita disitu.
tapi terus terangkan aku cakap dengan kau, what you gives you get back dengan what comes around, go's around. kau boleh terima kau pun malu dengan itu. terima kasih.
lagu langsung tiada kena mengena. aku suka mereka berdua. dari zaman AF (eh AF la.) HAHA. go baby go.
No comments:
Post a Comment