mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Friday, February 25, 2011

aku mungkin bukan wanita besi.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan - bukannya lelaki yang sentiasa memberikan kita airmata kerna kesedihan dan kesakitan.

2)Lelaki yang sedia menerima segala TEGURAN - bukannya lelaki yang bila teguran dan rasa EGO nya tercabar lalu mencipta amarah.

3)Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun - bukannya terus menghukum dan membuang jika ada 'tahi' yang berkeliaran disekililingnya.

4)Lelaki yang tenang dan lapang dada - sentiasa bersujud dengan Allah swt terlihat nur nya.

5)Lelaki yang sentiasa berbaik sangka - sentiasa berfikir positif walau apa halangan atau masalah mendatang. bukannya berfikiran buruk lalu turut memburukkan lagi.

6)Lelaki yang tidak pernah putus asa - sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri dan berbalik kepada nombor 4 kerna sentiasa bersujud kepada-NYA.




Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad saw adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.




Dan dimana Kegagahan wanita?




Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan. tetapi pada kekuatan perasaan. perempuan yang gagah adalah :-

1)Perempuan yang menerima sebuah KEHILANGAN - kerna tak perlu diratapi atau ditangisi kehilangan yang terjadi. sebab pasti ada hikmah disebaliknya.

2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan - Allah swt sentiasa ada menolong kita.

3)Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan - walau dalam hati tak siapa yang tahu.

4)Perempuan yang tidak meminta minta agar dipenuhi segala keinginan - sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.





Kegagahan perempuan berdiri diatas teguh iman. seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.





sabda Rasulullah saw:

"sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat"

Surah Al Ahzab: Ayat 71

2 comments:

EZAN IDMA said...

thanks :)

Caca RM said...

ezan. welcome. but thanks for wat heh ? teheee ;p