mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Sunday, March 6, 2011

stay awake.

'mungkin bila kita sudah tiada di dunia ini, orang akan pandang dan hargai kita'. secara general nya mmg itu adalah kenyataan nya. baik dari segi kehidupan bekerja, berkeluarga mahupun bercinta. so sebab mood aku dalam mood putus harapan. aku nak cerita atau more to luahan perasaan tentang cinta lah. ok, memang lah tak perlu nak bersedih konon merintih menangis membabi buta. tapi kau apa tahu perasaan ini. memang lah aku kecoh baru 3 tahun lebih kawan dan putus, ada yang lebih hebat 6,7 tahun kawan dan putus. ok ja! kau tahu ke dia ok? kau rasa ke perasaan dia? tak kan? jadi lebih baik jangan bersuara tentang apa yang kau tak tahu dan rasa.

ok, tak sampai masa 24 jam aku cakap nak lupakan lah semua. nak buang semahunya. tapi tiba tiba nak ingat balik. memang pun aku cakap tak serupa bikin. cuba kalau kena dekat kau. merana tak merana korang 2 3 minggu. silap silap berbulan bulan atau bertahun tahun. so kalau tak suka nak baca sila pangkah.




situasi 1

wei, ali kau ada dengar cerita tak? si imah nak kahwin da. dengan cerita lagi bapa bulan ja nak kahwin.

- terus kau pun sentap tak tentu pasal. sedih merundum jiwa. duk gila bayangkan si imah. meracau racau cari dia. kacau hubungan orang tu. masa dia duk setia dengan kau, kau duk main kayu tiga. mainkan hati dan perasaan dia. langsung tak hargai dia. sekarang baru nak sentap konon cakap si Imah cinta sejati la, sehidup semati. chettt boh layan.




situasi 2

maya tolonglah maya balik semula kat aku. aku menyesal dulu tinggalkan kau. aku tahu aku jahat buat kau macam tu. tapi aku janji aku da berubah. aku mmg betul betul tak boleh lupakan kau. kau ja yang aku ada. tolonglah maya.

- oh jadi bila kekasih baru kau tinggalkan kau, kau pun nak berpatah balik semula la dekat kekasih lama kau? yang kau tinggalkan sebab da dapat awek baru yang lagi mantap dari awek aku dulu. senang ja kan kau ? kau kena percaya yang karma tu wujud. sekali kau buat orang. mesti satu hari orang akan buat kau semula. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.




situasi 3

*kebahagiaan dalam perpisahan muzik berbunyi* hello, hafiz ke? aku ni izam. piz aku nak bagitahu kau ni, kau jangan terkejut pula. pahal weh zam? nurul, nurul da meninggal. dia accident td ni. hafiz pun terkejut beruk, kau biar betul zam? betul piz, dia sebenarnya nak pergi jumpa kau tadi sebelum kau memang betul betul nak buang dia. dia nak sangat jumpa kau. tapi tak sempat, dia kena rempuh dengan lori dari belakang masa nak buat call kat kau. tapi semalam piz, dia sempat beritahu aku. walau apa pun jadi, dia tetap cintakan kau. walau kau sendiri takda jawapan atas sebab perpisahan korang. sabar ya fiz. yang da pergi tu, biarlah pergi. kita yang hidup mesti kena teruskan hidup. kalau nak jumpa dia wat kali terakhir, kau pergi la rumah dia. jenazah kejap lagi mungkin nak kebumikan.

- masa tu kau menyesal dengan penuh seribu penyesalan, menangis semahunya, meraung tuk diminta kembalikan semula si dia yang telah pergi. lalu kau ratapi mukanya sebelum tertutup rapat kain kapan yang membalut tubuh dan mukanya. menangis kau. meminta maaf berkali kali tapi langsung tiada jawapan yang didengari. kau usungnya ke tanah perkuburan dengan linangan airmata, walau kau tahu si dia tetap tidak akan berdiri disebelah mu tuk mengusap linangan airmata mu.

seribu sesalan tidak mungkin dapat dihapuskan setelah mata yang tertutup rapat yang tidak mungkin kang terbuka kembali. jadi jika mata tertutup rapat dan tidak bernyawa, adakah baru kita mahu menghargai kekasih hati? semuanya terpulang pada individu itu sendiri. bagaimana caranya tuk mencorak rasa cinta dan sayang.




bagaimana jika kejadian ini, benar benar terjadi pada kita sendiri? hancur luluh hati. sesungguhnya cintai lah pasangan kita dengan setulus hati dan hargai nya selagi ia masih bernyawa.

dan akhir sekali tuk aku dan kau, tuk lupakan kau terus menerus bukan sesuatu benda yang mudah. aku akan cuba mengambil masa tuk melupakan kau. walau apa pun terjadi. aku tetap dihati. jaga diri kau sebaik baiknya. jangan biar orang menyakiti kau. terima kasih.

No comments: