okay, mulai saat ini terus buang. jangan simpan lagi dalam hati. semua orang ada dengan aku. sayangkan aku. jadi jangan nak drama melayu sangatlah. benda dah lepas jangan dikenang. aku pun malas da nak mengharap. redha dan terima dengan apa yang jadi selama ini. mungkin ada yang lebih baik, atau mungkin ada silapnya yang Allah swt nak tunjukkan. menyesal? sangat. sangat. tapi mungkin juga Allah swt mahukan kita berubah tuk menjadi yang terbaik.
rindu. sayang. sedih. pilu. sakit. hiba. sayang. kenangan. semua simpan dalam kotak memori yang mungkin satu hari nanti akan hilang dan tidak akan berupaya tuk kembali. jangan paksa diri tuk terus mengingati sesuatu yang tidak pernah menghargai diri. jangan alpa dengan-NYA. itu sahaja.
tidak mengapa jika ini buat kau rasa bebas dengan semahu mahunya, aku terima. dan terima kasih atas segala kenangan yang kita cipta selama perkenalan, zaman percintaan dan akhirnya perpisahan. terima kasih tuk semuanya. harap segala yang diambil dan diberi, dihalalkan dunia dan akhirat. walau setitis atau sekuman benda itu. dan juga disusun 10 jari mohon kemaafan bagi setiap kesalahan dan kesilapan yang dicipta selama perkenalan kita bersama.
jangan ada benci walau kita tidak bersama. biarkan semua kenangan didalam foto album selama mana kita bersama. terima kasih tuk segalanya Dean. kau lah lelaki yang benar benar memahami hati dan perasaan ini. lelaki yang begitu baik mencintai aku sepenuh hati mu tanpa jemu. tapi apa ntah salahnya kita terpaksa berpisah selamanya. aku tahu kau akan baca ini.
aku hargai setiap perkenalan, perjumpaan, kenangan, rasa kita semua. moga kau bahagia dengan dunia baru kau. salam sayang dari aku.
No comments:
Post a Comment