hei, aku malas nak update since aku punya modem streamyx rosak, then broadband yang semakin dihujung nyawa. aku hold ja lah dulu. malas nak fikir. entry lepas cakap banyak benda yang tak dibuat. bosanlah apalah bagai. bohong ja tu. entah. malas nak taip *sedapkan hati*
ada ja aktiviti yang aku buat, cuma tak sempatlah nak bagitahu korang. aku pergi Desaru, melawat adik aku. hilang sudah aku. aku pergi makan makan dengan umie, shopping cuci mata. aku main badminton. aku tengok wayang dengan abah, umie dan adik perempuan aku fyna. bla bla bla..
tapi ini cerita latest, cerita baru. 2 hari lepas punya cerita. masih panas. mesti korang rasa teruja *konon* HAHA. takda lah. sabtu malam keluar dinner dengan ex-officemate time intern dulu. makan makan, pastu karaoke lepas jalan Bazaar JB. itu sahaja. dari jam 6 ptg dan pulang ke sarang jam 1 pagi. itu cerita sabtu. ahad pula bagaimana ?
ahad tu semalam lah kan ? aku ada refreshment tuk diving skills aku. al-maklumlah sejak busy dengan dunia hiburan, aku lupa semuanya. aku kan pelupa. memandangkan nak pergi Pulau Tioman this Saturday, terpaksalah belajar. belajar kat pool larkin seperti biasa. pada mulanya aku takut. macam 1st time lah konon. dalam pool tu ada 2 stage la, 4 meter lah yang paling dalam tu. sumpah aku takut. gelap nak mampos *maaf bahasa kasar* konfiden aku hilang. 2 3 kali juga aku timbul ke atas. takut punya pasal. sebab pool tu dasar dia kaler hijau gelap. tu nampak seram ja ! lepas di konfidenkan beberapa kali oleh kakak aku si Sarah Hussin, dan dgn pimpim tangan aku berani. HAHAHA.
dari jam 10 pagi ke 4 petang,kalau hasil si adik aku macam dibawah:
hitam ! hitam macam tu sekali. adik aku saja ja mengikut. sedut oksigen macam hisap gam pula. HAHA. yang korang tengok tu bukan bahagian pool yg aku cerita sebelum tu. aku punya badan belang betul ! muka jadi kemerah-merahan. tak hitam, jadi merah. pedih. sakit. belum baik muka time pergi Desaru tambah lagi kekeringan. da rupa ikan kering da woi.
apa apa pun, jangan lupa ML SEPAH. #maharajalawak . HAHA. *tiba tiba* doakan aku pergi selamat dan pulang juga dengan selamat. insyaallah. amin amin. adios!
p/s: ramai kawan aku kahwin, tapi aku tak 'sempat' pergi. baik yang jemput, baik tidaklah kan. HAHA. aku takut time aku kahwin takda pula siapa nak datang T________T. maaf ya korang!