mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Thursday, July 7, 2011

soalan matematik ada jawapannya, soalnya hati mana nak cari?

perasaan malam ni sangat bercampur baur. tak tahu kenapa. sangat merundum jiwa. aku tabahkan jua untuk tidak terus terluka. kononnya hati ini sudah terbiasa. tapi apa kan daya aku tetap berduka akhirnya.

apa aku merepek sebenarnya ? aku pun tiada jawapannya. gila ! malam ni mood aku baik. sangat baik. aku approve semua orang yang add aku dekat FB. kenal ke tak kenal ke aku approved. tunggu esok hari aku remove lah. lepas tu. aku unblock orang yang aku block dari FB aku. baik kan mood aku? aku pun tak tahu kenapa. dengan harapan tiada apa apa perasaan sebenarnya.

tiba tiba, aku dapat panggilan dari dia. Dia yang aku sudah lama aku lupakan, abaikan kerna kami sudah tidak punya apa apa. sumpah aku terkejut, terkedu malah juga ter rindu. siapa dia ? dia kekasih lama yang bertakhta dihati, Dean.

masa dia telefon tu,aku tahan nada suara aku untuk menangis dan dari kedengaran dia. aku tidak mahu dia tahu apa yang sedang aku rasakan. apa aku masih sayangkan dia? apa aku masih mahukannya? apa aku masih perlukannya? Dean kol aku dia pat airport, nak gerak pergi Korea. ada game katanya. tiba tiba malam meruntun, dpt panggilan telefon dan dia pergi.

aku doakan yang terbaik tuk kau Dean, moga kau selamat pergi dan pulang. dan andai kau jumpa cinta hati yang baru. aku tahu aku tidak patut rasa cemburu mahupun duka. mungkin kau layak dapatkannya.

jaga diri kau.

2 comments:

Aisyah Ahmad said...

kuatkan semangat caca..hehehe

Caca RM said...

thank you ecah ! :)