mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Wednesday, August 3, 2011

asal dari kampung juga.

Hai semua orang. apa khabar? sihat? okay, tak lambat nak ucapa Selamat Berpuasa tu semua umat Islam sekalian alam. puasa puasa juga, jangan awak semua puasa yang yang yok siang hari buka periuk. dosa, dosa, tak baik. hee.. tapi kita kan bukan nak cerita pasal puasa. kita nak cerita pasal 2 hari sebelum puasa. boleh tak ? boleh tak ?

2 hari sebelum puasa, aku balik kampung. kononnya nak ambil restu nenek aku lah semua bagai nak puasa ni kan. (nampak na menipunya). okay selama hidup sampai ke hari ini, aku ingat aku baru hari tu pergi kebun. dulu kecil kecil ada lah juga. tapi time tu belum mumma'iz orang kata. mana paham sangat. Ya Allah, sumpah teruja. sangat. macam lembu masuk bandar. (eh betul ke?)

tu ja nak cerita. (nampak na pemalas dia nak menaip) kita ada vidiyo best nak tunjuk. nanti kita upload heh. nak bagi ucapan sikit lah sempena hari raya ni. eh , salah. sempena puasa ni.

Pada yang membaca , dan pada kawan kawan yang kenal atau tidak kenal secara peribadinya. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku dengan rasa seikhlas hati dan serendah-rendahnya darjat ingin memohon maaf di atas setiap perlakuan, kata kata atau apa apa saja dari diri ini dengan secara tidak sengaja atau memang sengaja. Juga setiap perlakuan dalam diam atau bisingnya ia. Maafkan aku semua. =)

babai korang.

4 comments:

Unknown said...

Ca bestnyaaa ada buah mata kucing dengan duriannnn! fresh dari ladang. lama dah tak masuk kebun. sobs sobs

Caca RM said...

heee. mata kucing tu fresh kot. sakit tekak aku ni makan. bergayut gayut dia minta dipetik. HAHAAHAH. jakun wei masuk kebun mcm dpt masuk club. HAHAHAA

Aisyah Ahmad said...

hamboi umi dah macam kita2 je..hehehee.sporting abes umi..salam ramadhan caca :)

Caca RM said...

echaaa. tu awal kenal gitu ja. belum kenal bebetul. HAAHHAHAA. umie ni mmg line line kita ja :P salam ramadhan tuk echaa juga :)