mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Thursday, November 12, 2009

Baru Ku Sedar

Baru ku sedar xsemua menda yg kita idam, kejar, harap, tugu, akan dapat atau jatuh ke tangan kita. Walau camna sekaly pun kita usaha, tawakal atau buwat ia tetap da tertulis ia bukan milik kita. Jadi untuk apa lagy kita tugu menda yg xpasty atau bukan milik kita. Tapi kadang kala kita tetap juga mahu menanti dengan penuh harapan yg seribu..

Baru ku sedar sekarang aku sudah berusia 21 tahun, atau dengan umur inilah orang selalu ckp ia adalah lambang kepada "Kunci Kebebasan". Tp benarkah dengan apa yang diperkatakan orang? Mungkin iya dan mungkin juga tidak. Tp bagy aku, ia tidak membawa apa apa erti atau makna padaku. Asalkan aku bisa berfikiran waras, bisa menentukan yang terbaek dan bisa berdiri dengan lagak sombong aku adalah kebebasan bagi diriku.

Baru ku sedar yang aku mula merindu kenangan-kenangan lama ketika berada di bawah tempat praktikal aku walhalnya pada ketika ini atau keadaan sekarang ia ibarat neraka yang didiami oleh 2 kelompok makhluk yang berbeza iaitu makhluk yang berperikemanusiaan dan makhluk yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Selamat lah pada masa ini aku telah meninggalkannya untuk selama-lamanya dan tidak perlu berpaling semula pada dunia ithu. Semoga makhluk yang berhati mulia dimana masih bernaung dibawah neraka buatan itu akan bertahan dan bersabar dengan ujian didalam.

Baru ku sedar yang aku akan mula meninggalkan dunia Diploma tidak lama lagy, dan aku harus berusaha untuk terus maju dalam hidup aku. Kerana selepas ini aku akan terus mengejar cita-cita ku untuk menjadi seorang PENDIDIK walaupun pada awalnya aku ditertawakan oleh junior ketika aku memberitahu cita cita sebenarku pada mereka. Harap aku akan terus mencapai nya dengan semangat ditertawakan. Terima Kaseh semua!

Apa apa pun aku harus terus sedar dan bangkit untuk memajukan diri. Majulah Caca untuk Dirimu Sendiri ;)

No comments: