hai readers apa khabar semua. ok sebenarnya cerita kali ini tidaklah havoc mana sebab saja untuk berkongsi dengan anda semua. kala bosan melanda. haha. ok sila teka apa Caca RM buat semalam? Ahaaa.. aku memasak ok. *silatutupmuka,malu* nak kata hebat masak sangat pun takda la kan. baca saja entry lepas yang dapur hampir terbakar tu. ok apa yang aku masak semalam adalah ....
begedil bedegil Caca RM.
jom kongsi apa yang aku da buat. mungkin dengan gambar saja, kamu orang semua faham mungkin. aku tahu aku bukan tukang masak yang sejati atau sebenar. tapi entahlah sejak akhir akhir ini fikiran melayang tuk memasak saja. ya ya ya. jom tengok.
click to enlarge picture k.
aku tak plan pun nak masak benda alah ni. sekali bangun pagi terus bersuara dengan umie ckp nak masak begedil la. lalu pergi pasar, memandangkan umie pun nk beli lauk lain. so sambil menyelam minum air. lauk yang umie masak tuk hari yang sama adalah: Asam Pedas kepala ikan, kangkung goreng belacan dan ayam goreng campur begedil bedegil aku. mmg sedap perut aku.
ok mesti korang tertanya tanya mana hasilnya begedil aku kan. ok aku malu. sebenarnya tak jadi sangat. rupa buruk, rasa pun kurang enak. HAHAA. orang kadang kata, rupa buruk rasa sedap. tapi kali ini, kata tu tak boleh pakai. tapi kau tetap bedal ja. pasal tak mahu membazir, amalan syaitan. takpa first time try bukan. tak semua yang pertama kali kita cuba sempurna. tu pasal ada pepatah, gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya. jangan risau aku tetap akan cuba juga masak lagi makanan kegemaran aku ini. daeeebbbaaaaakk !!
okaylah supaya korang tak kempunan aku upload la juga gambarnya. tutup mulut ok.
gambar ikhsan google. HAHA.
korang juga boleh dapatkan resepi Begedil Daging ni dengan klik ini. yang semalam aku buat tu aku dengan umie punya resepi sendiri. main tabur ja. yang macam tepung dekat gambar atas tu bukan tepung ya, serbuk perasa. HAHAHA. enjoi. daa
No comments:
Post a Comment