hello Malaysia, Singapore dan Brunei. Saya Caca, jangan lupa Afundi saya. jeng jeng jeng. ok, step AF sikit, saja bikin perkenalan takut readers semua da tak kenal aku. maklomlah lama sudah menghilang. jadi hari ini, malam ini ceritanya akan bermula dengan pengembaraan gambar. kadang orang kata, tiada kata seindah bahasa. dan hanya gambaran dapat membuktikannya. tapi mesti kamu orang semua bosan pula bila tak ada cerita bukan?
baiklah, sebelum inikan sudah di drafkan perjalanan aku bagaimana. akhirnya semua terlaksana. penat jangan cerita. sakit badan dibuatnya. kalau perjalanan dekat sejengkal tak apa, ni jauh berbatu. menjelajah betul. dah macam nama Pasaraya Sakan. tehee. but me still nak drafkan juga again my journey. mana tahu ada yang lupa. HAHA. motif kan? takpa, kita boleh tulis apa sahaja selagi ia blog kita. kalian boleh membaca dan menyukainya, dan kalian juga boleh membenci sesuka rasa. hak masing masing. tiada kompromi.
perjalanan aku bermula seawal 11.30 pagi pada 22 Disember 2010, sehingga 24 Disember 2010 ke Melaka. A Famosa Resort. sewa bungalow sebab ada Family Day tuk keluarga abah dan dinamakan MR Famili Day sempena gabungan nama nenek dan arwah atuk aku.
dalam masa 3 hari yang sama, kami sekeluarga punya konflik bukan yang pernah juga diutarakan sebab pengambilan keputusan PMR Afiq, so umie dengan abah balik hari pergi ambil dan, alhamdulillah. Straight A's.
24.12 kami pun check out dan bergerak ke Bandar Melaka. Niat dihati ingin berjalan sekitar Bandar Melaka, ya la da bertahun tak jejak sana. dulu kalau abah tak bawak kami cuti ke luar negara, situ saja lah tempat nya. kan hari Jumaat jadi suntuk sikit la masanya. kami pergi isi perut dulu. Asam Pedas Selera Kampung memang superb. sedap, masuk tv kan. tapi sayang hujan lebat. kami semua duk luar. terbantut kami makan. HAHA.
balik ja dari Melaka, kami semua gerak balik Pontian, Johor. sebab esoknya 25.12 Paksu aku tunang. serius memang penat. malam baru sampai. sesampaikan diri, makan dan mandi. ingat nak tidur, tak boleh tidur. sebab ada sesi karaoke sampai jam 1.30 pagi. nahh jam 2.00 pagi baru boleh lelapkan mata dengan sempurna. sebab penat sangat jam 12 tengah hari baru aku bangun. sebab lepas zohor orang nak bergerak da.
lepas hantar rombongan tunang tu. kami sekeluarga pun menggerakkan diri ke Mersing. abah drive separuh jalan. mengantuk. ya la dari semalam abah ja drive seorang. kami mentidurkan diri saja. HAHA. sorry abah. so aku pun drive la. memandangkan aku pun da biasa jalan JB - KUA so aku rela. sumpah memang teringat, terflashback kenangan Kuantan bila lalu jalan ular ni. semua menjelma. susah senang, semua la. Umie bising, macam naik roller coaster. da memang macam tu jalannya, redha ja la ya. si Afiq pula duduk tegak ja. HAHA. akhirnya sampai juga di Pantai Penyabong. ada famili day tempat kerja abah. Alpine Scaffolding's Family Days. sampai malam, yang lain tengah BBQ. aku pun, datang bawa perut. memang superb, ayam dengan daging dia. terasa semua.
time ni, korang boleh pilih nak tidur dalam khemah tepi pantai atau chalet. aku tidur chalet la. kang aku bangun orang terkejut raksasa mana pula timbul. segan aku. da habis makan. aku lepak dulu dalam khemah semua. lepas tu abah panggil makan ubi bakar. memang asyhukkk gila. siap ada sambal cili padi ikan bilis. orang lain semua tak makan. family aku ja makan. maybe diaorang da biasa makan ubi kot. kita orang susah nak jumpa. plus diaorang da kekenyangan makan BBQ, ya la aku datang separuh masa kan. AHHAHA.
ni ubi bakar second round.
da kenyang baru boleh tidur dengan nyenyak, walauponnnnnnn. hanya aku dan mereka sahaja yang tahu waktu sebelum tidur itu. HAHA. esok pagi bangun, sarapan dan ada sedikit aktiviti sukaneka untuk anak anak kecil. masa tuk mandi pantai juga. maaf aku tidak mandi. takut terbakar. cukup sudahlah terbakar mandi private pool dekat banglo Melaka tu. adoii. check out jam 12 dan sesi bergambar lalu pulangkan diri ke JB. pehh lebih kurang seminggutak cium bau rumah. abah drive dari Mersing ke JB. sampai rumah, abah terus tidur. maghrib bangun, mandi semua tgk bola dan makan. wee. penat wei, hectic gila rasa. tapi enjoi la. plus, 24.12 birthday abah. Selamat Ulang tahun Abah. we love you.
ok, tamat cerita ini. entry entry selepas ini mungkin hanya gambar sahaja tuk tontonan. terima kasih kerna sudi membaca atau melihat sahaja. selamat jalan. daaa.
No comments:
Post a Comment