mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Saturday, December 18, 2010

tak baik biar orang mengandung mengidam kempunan

malam malam macam ni kalau orang mengandung minta yang bukan bukan kalau tak diberi kempunan pula. takut bila baby dilahirkan air liur baby meleleh ja sebab masa dalam perut mengidam nak makan sabun buku tak dapat. nak salahkan siapa? salahkan ibu mengandung. tu pasal la orang tua tua pesan masa muda ke sebelum mengandung jangan cakap atau fikir bukan bukan nak makan. nanti masa mengandung buat susah ja. ini kes orang mengandung.

macam mana pula dengan orang yang tak mengandung macam aku ni? sapa nak tolong jawabkan? masalah yang dihadapi sekarang adalah, tiap malam mesti mengidam nak makan itulah, nak makan inilah. tapi bila tiba siang hari, semua lupa. langsung tak ingat. memanglah tak ingat, jam berapa kau bangun Caca RM? jadi masa kau juga singkat, itu salah satu daripada puncanya.

motif karya malam ini, cuma ingin menyampaikan hajat dihati. kelaparan sudah menjadi tajuk utama la tuk entry malam ini. cuma diselang dengan pemikiran bahagian makanan yang perlu diambil dan dimasukkan ke dalam perut ini. rasa seperti dicarik carik perut meminta mintanya. ada duit semua pun jalan. tiada duit tutup mata buka telinga telan air liur sudah.

cuti semester kali ini, hidup atau perut sangat mewah dengan Pizza Hut. Extreme Cheesy tu, fuhh. terangkat habis. bagi penggemar cheese macam aku. kata Umie masin, bagi aku masuk tekak nyaman sekali. Mcdonalds juga menjadi peneman cuti. tapi apa yang aku mahu? aku mahukan Big Apple Donut dari bulan bulan yang lepas. aku bermasalah atau apa? sedangkan rumah aku dekat saja dengan Jusco Bukit Indah, dan aku selalu saja ulang alik pergi sana. lalu depan kedai sekali siap. tapi tak beli. lepas tu balik rumah terkenang. adoi.

dan malam ini, tiba tiba perut seperti ingin mendapatkan sushi. marilah wahai makanan jepun ku sayang. aku merinduimu. mari kemari. walau apa pun jadi. semua ini harus didapati sebelum pulang ke kawasan belajar. nak beli pakai duit umie dengan abah. bila da balik nak beli pakai duit sendiri atau duit poket rasa sayang sangat. boleh pakia beli benda lain. otak pintar.

baiklah, sama samalah kita jayakan usaha murni aku ni. yang aku tahu malam Sabtu ni, aku ada BBQ dekat rumah Tok Hayat aku. makan time. i liokeeee. makan perut kenyang hati senang. timbang pun sekarung la oi.

tehee.

No comments: