kali ini aku benar benar mahu membuang kau. memang aku tak patut pun langsung ambil tahu lagi pasal kau. sebab kau pun da bahagia dengan kehidupan kau yang dikelilingi orang orang cantik la konon. dan kau boleh hidup tanpa aku mungkin. jadi ada aku kisah? tak perlu lah raih simpati lagi dengan aku. mulut kau memang manis macam ABC yang kau buat tu kan? jadi tuk apa lagi? bersama dengan orang yang benar benar sudah mula tidak menghargai aku.
memang lah aku kepoh, stalk page kau pakai umie aku punya account. nak tengok macam mana kehidupan kau la, mungkin kau bersedih atau apa seperti aku. tapi HARAM! langsung tidak. konon nak tunjuk professional ke? tak payah la. semua orang add kau sekarang kau approve. ya la kau da bebas kan. kau punya hak. padahal dulu, aku tak pernah pun nak halang kau nak confirm ke apa. ikut kau. konon nak menjaga hati aku lah konon. siap kutuk lagi la perempuan perempuan yang add kau. tup tup sekarang, meriah approve.
konon ingin membela diri tuk sangat tidak relevan dgn jawapan kau. kau tahu kan yang umie, abah aku malah famili aku da anggap kau macam anak sendiri. tapi kau buang umie aku macam tu ja. langsung tiada perasaan hormat atau sayang. at least hormatlah mereka yang menganggap kau seperti anak mereka. betapa tergurisnya hati umie aku, bila kau buat dia macam tu sekali. sombong, ego kau tu dgn aku, aku tak terkilan pun. tapi dengan keluarga aku sekali kau buang. sama ja seperti yang lepas. tiada beza antara kau dan dia.
meriah wall post kau perempuan "cantik" la yang dambakan kasih sayang kau tu. ya la orang da single. orang hensem la kan. gagah pekasa, sikit pun tak terkilan da dengan putusnya kita. aku boleh bangun dan jatuh kemudian bangun dengan diri aku sendiri. tak perlukan lagi kaki atau tangan dari huluran kau. terima kasih.
aku tak semegah? aku tak bisa cari ganti dengan konon keadaan aku sebegini? takpa aku pun takda menggelupur sangat nak cari pengganti. aku boleh hidup dan aku tahu ada yang lebih baik akan datang pada aku. cuma perlu masa dan kesabaran. kau pun apa kurangnya kan. jadi aku pergi.
dan kau juga ada kawan kawan yang betul "memahami" kau seumur hidup. kawan dunia akhirat lah tu yang boleh bahagiakan kau. jadi buat apa bersedih. bunga bukan sekuntum. kawan kawan pun boleh tolong carikan yang lebih baik dari aku kan? selamat berjaya.
aku sekarang cuma perlu masa untuk baiki kehidupan aku dengan bahagia. takpa, apa yang jadi sebelum sebelum ini aku bahagia, terima dan redha. tapi lepas ni aku harap kita seperti biasa. tiada dusta. terima kasih atas cinta dan pengorbanan yang kau berikan.
period = fullstop.
2 comments:
sabar ye wakk :)
terima kasih heh awak :))
Post a Comment