"awak, awak sandar dekat saya ni" berderai hilai gelak tawa satu lif. bergembira, perbualan disambung dengan gurauan. nada bergurau, bergelak lagi. kali ini dengan tawa yang besar. bahagia nampak nya. seperti tiada apa apa yang berlaku. perkenalan diketahui dan kedengaran dengan satu nama. oh nama dia A****. gelak lagi.
ok, itu situasi dalam lif, mencuba tuk menghiburkan hati, menenangkan jiwa mungkin juga terapi untuk aku. tapi korang semua tahu ke apa yang aku rasa sekarang? apa yang aku lalui sekarang? perit, pedih, sakit, terkilan,hancur, luluh, hiba dan macam macam lagi. oh orang tak nampak sebab aku pandai sembunyikannya. sebab aku benar benar tidak mahu kelihatan lemah, sakit dan sadis sangat dengan kehidupan aku sekarang. aku gagahkan diri walaupun jatuh bangun aku ini berdiri aku sendiri.
menangis aku sendirian. bersedih aku sendirian. berdukanya aku sendirian. aku rasa sendiri. tiada siapa tahu rasa sakit itu. ya mungkin ada yang mengambil berat dengan memberi berbagai kata kata perangsang tuk aku terus berdiri dan bangun. yamemang aku berlakon, berdiri dengan gagah, membangunkan diri dengan super nya tapi?
aku cuba tidak membenci kerna aku bukan pembenci yang sejati, tapi aku cuma mahukan kata akhir dan rasa akhir biar diri ini pergi dengan sempurna. sekurang-kurangnya tiada perasaan berduka dan terkilan. buatlah apa yang kau mahu. lakukan dengan sesungguhnya agar kau bahagia. tapi aku ingin ucapkan yang suatu hari nanti pasti kau akan menyesal.
selamat tinggal nukilan rasa.
No comments:
Post a Comment