mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Thursday, June 23, 2011

untuk Adam dan Hawa yang masih tercari-cari jodoh?

selamat tengah hari Encik Khamis. Encik Khamis ni tuk hari Khamis dan tuk orang yang bernama Khamis ya. sekali dua aku bagi. hari ni aku nak cerita pasal apa ? pasal aku, kau dan dia. boleh? HAHA. takda lah. kalau korang sama macam aku, sama apa ? sama macam ni , samar samar lagi mencari jodoh katanya. sama lah tu kan. nak kata single tak single. nak kata couple tak couple. nak kata janda tak janda. nak kata duda tak duda. dah tu apa saja? jawapannya apa pon tak boleh lah. HAHAHAHAA.

okay aku gurau ja. aku nak share something ni. tu pun umie yang share dengan aku pat Facebook. Umie aku tahu aku sedang tercari-cari jalan yang benar agaknya. tu dia bagi semangat sikit. HAHA. jadi baik yang dah ada girlfriend ke boyfriend mahupun yang belum jom kita sama-sama selam tengok macam mana dalam nya makna tu.


bagi kaum Adam,

mahu mencari kaum Hawa ( kalau cari kaum Adam juga, aku tak boleh nak tolonglah )

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. lihatlah pada tapak tangannya. andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. fiirkanlah semasaknya untuk menyuntingnya.

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. lihatlah pada sebujur bibirnya. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. fikirlah semasaknya andai hati masih ingin menyuntingnya. khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. andai tidak redup menundukkan pandangan. fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


bagi kaum Hawa,

andai mahu menerima cinta Adam ( ya cinta Adam, bukan cinta Hawa juga )

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. lihatlah pada aktivit malamnya. andai liar hidupnya tika malam menjelma . fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. kerna maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. khuatir subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. lihatlah pada bahagian kakinya. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu menerima. kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. andai mudah menghamburkan carutan dan sumpah seranah. fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

aku dah sampaikan apa yang aku rasa kita sama sama perlu renung-renungkan. aku pun ada terasa juga. HAHAHA. tapi pendapat aku, setiap orang boleh berubah kan jika ada yang boleh merubahnya dan juga diri sendirilah sebenarnya pendorong utama.

aku doakan sesiapa yang membaca entry ni bertemu jodoh idaman dengan seseorang yang soleh dan solehah. doa tuk diriku juga. insya- Allah apa yang kita ikuti tu perkahwinan kita bahagia sampai ke syurga (Faizal Tahir sikit, hee :D ) kahwin jangan lupa jemput aku ok ? bai. Dan cinta Allah itu paling Agung *senyum*

2 comments:

Aty Fared said...

yang penting iman dan hatinya..:)Allah lebih bijak merencanakan segale untuk hambanya..

Caca RM said...

ya betul tu kak. saya hanya kogsi suku dari pelajaran yang saya dapat tuk semua org. mungkin tak sampai suku, kita berdoa dan berusaha juga. :)