mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Saturday, July 16, 2011

jangan merancang kalau tahu akhirnya ada perubahan.

hoi hoi. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. eh? betul ke? motif? tiada apa. saja ja aku taip tu. pembuka kata sebagai permulaan bicara. chewaah! okay, lepas aku dah hadap hari hari aku dengan berbagai rintangan dan dugaan, badai yang melanda juga aku masih teguh berdiri sepi tanpa alunan hati kasih sesiapa.

cun! ini malam kita cerita pasal benda dah lepas 2 minggu lalu. walau 2 minggu dah berlalu rasanya masih bertamu. wah! macam beria kan ? ok aku dah bosan aka malas nak taip. tadi semangat, sekarang semangat yang hilang. pendekkan cerita.

1 - 4 Julai 2011, berjalan sakan. Jumaat sampai terus pergi AEON Jusco shopping sikit. pastu makan kat Danau Kota sebab nak p Uptown Danau Kota. balik tidur rumah Klulu pat Keramat. pagi Sabtu pergi Genting Highlands, drive. balik turun KL. mandi. pukul 11 p karok pat Redbox LowYatt. sampai pukul 4 pagi. balik tidur. Ahad pagi dah bangun sarapan. tak mandi taw pergi sarapan. HAHAHA. pastu balik mandi sebab nak menuju pergi Senawang. kenduri kahwin Bro Anip. aku first time pergi bumi N9 selain Seremban. pastu aku merengek nak pergi Port Dickson. okay pergi. tukar plan, nak mandi pula. kelam kabut beli baju semua. mandi sekejap ja sebab dah lambat. balik KL, p makan dekat Sekinchan. Isnin balik JB. singgah ofis time practical. semua dah berubah. saja jalan. gomol gomol Abg Bai. HAHA
penat jangan cakap memang penat. tak cukup aku shopping pat KL. aku membeli juga pat Genting. pasal sedang offer. wajib. sian suruh umie bank-in kan duit lagi. orang yang bekerja, nak berjalan susah. aku yang duduk rumah ja ni berjalan senang. siap dapat duit lagi. alhamdulillah. thank you umie, thank you abah. akak sayang korang.

thanks kat Klulu juga bagi menumpang, Kyan sebab mengepohkan diri, Ksara belanja belanja. semua semualah. yang pasti semua plan bertukar last minute. lain yang di plan. lain yang jadi. cool sgt. HAHAHAA. tp memang syok! *double thumbs up* gambar kalau nak upload semua berarah hidung nanti kalau korang nak tengok. jadi aku pilih ja lah yang mana aku sempat.

malam ni, buku lama tutup buku baru buka. aku nak minta maaf dekat semua orang salah aku. semua salah aku. terima kasih.

bai.

1 comment:

Siti Hajar said...

best nyer genting ngan sekinchan ikan bakar !!

:)