mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Tuesday, July 19, 2011

suara hati kosong

lihat bulan. cantik mengambang penuh.
tapi hati kau ? masih kosong.

mana sinar bintang itu pergi.
kalau tidak ke matahari, ataupun menyendiri.

aku punya hati, aku punya kaki.
tapi aku tidak tahu mahu kemana berlari dan pergi.

kenapa tidak dituju pada pandu arah, kan senang.
kadang yang dituju itu pun tiada akhirnya.

bahasa tubuh kaku.
bahasa minda tertutup.

alunan suara terkatup.
alunan muzik terhenti.

jadi tebarkan saja kata sunyi.
jadikan semua hanya mimpi.

lihat bulan. cantik mengambang penuh.
tapi hati kau ? masih kosong.

mana sinar bintang itu pergi.
kalau tidak ke matahari, ataupun menyendiri.
1.36am

2 comments:

Aisyah Ahmad said...

hebat kek ca..
i like (*_^)

Caca RM said...

HAHAHAHA. hanya ilusi biasa. terima kasih :))