mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Thursday, December 30, 2010

Rasa aku tanpa deria

firstly, aku nak ucap tahniah pada pasukan Harimau Malaya kita sebab menang Piala Suzuki semalam. korang semua memang hebat, power dan bertenaga. tabik dada, tabik spring, tabik hormat lah semua bagi kat korang. rakyat juga haruslah berbangga sebab punya mereka mereka ni. bukan time menang ja julang melangit tinggi menggunung, bila kalah sebakul maki hamun tak cukup lagi up pakai lori balak makian semua. no no no. itu bukan cara rakyat Malaysia yang 1 Malaysia. susah senang bersama la gamaknya ya. dan dan tu juga la, ada yang mengaku saudara, ada yang mengaku kawan baik, mengaku adik beradik. tak pa janji kalian dan aku juga bahagia.

cuti semester aku nak habis da, kalau tiap kali cuti semester masalah aku tetap sama. sampai aku jadi fed up da kata orang putih nak fikir masalah ni. ya la kadang orang cakap kita kena bertolak ansur, bertimbang rasa sesama kita. tapi kalau tiap kali benda yang sama hanya kita sahaja yang buat, apa cerita? come on la, malas lah buat, hadap, rasa benda yang sama saja. aku memang tak suka nak menyusahkan orang lain. melainkan aku memang betul betul rasa terdesak.

pantang aku, bila keluarga sendiri besarkan orang luar atau orang lain. keluarga sendiri kau buang jauh. yang orang luar pula tergedik gedik, mengada ngada rasa kesenangan orang lain. tapi dalam masa yang sama orang lain rasa seksa, menyampah, meluat dengan kau. jangan fikir kau buat baik orang suka, jangan fikir kau ambil hati orang teruja. maaflah kadang kalau kita berbuat baik sekali mana pun jika kau cuba hanya mengambil kesempatan Allah maha mengetahui.

ok, terkeluar tajuk. nampak sangat itu seperti melepas geram. jika kau terasa maaflah. sengaja buat biar kau sedar. kedua, jika kau mahu orang hormat kau. kau perlu hormat diri kau sendiri dan hormat orang disekeliling kau. jika kau bersikap kurang ajar, tidak menghormati orang lain. macam mana orang nak hormat kau. jadi lu fikirlah sendiri.

walau apa pun terjadi, kau harus utama kan keluarga kau dahulu. walau sesusah mana pun kau, berbalik lah pada keluarga, agama dan kitabmu. let's say lah, mungkin dalam keluargamu itu, ada yang bersikap annoying, mementingkan diri sendiri atau bermuka muka. tidak mengapa, jangan dilayan rasa itu. biarkan dia dengan dunianya. dan kau cuba jangan mengambil sebarang atau apa apa bahagian dengan kehidupan mereka. kau teruskan sahaja kehidupan kau sendirian. biarlah orang nak kata kau tak campur masyarakat, tak mengenang budi atau sebagai nya. janji kau tahu apa sebenarnya. dan jangan mengeluh, sentiasalah bermohon kepada-NYA untuk kehidupan yang sejahtera.

Satu Kata..

Wednesday, December 29, 2010

Malay Village Restaurant berpatutan.

last entry aku cakap nak continue kan. aku memang sengaja bikin 2 entry tuk cerita yang sama sebenarnya. tap cuma waktu yang berbeza. entry lepas tuk siang hari. entry ini tuk waktu malamnya pula. HAHA. siang hari aku da bikin School Attack, lunch pun lewat. tapi tang malam perut minta untuk dinner pula. memang mengaum. so tunggu abah sampai rumah, mandi siap siap semua lepas maghrib kami keluar. mari kita mulakan.

tempat yang kita orang choose for our dinner this time di Malay Village Restaurant. i told you friends, memang worth it la pergi sini. nanti boleh pergi lagi, and you guys boleh ajak family, friends korang datang sini. Malay Village yang aku pergi ni dekat Taman Nusa Bestari, sebab dia dekat dengan area Taman Perling kan. malas nak ke bandar jadi pergi sini. actually dia ada lagi satu, dia punya main branch dekat bandar. area Nong Chik ke depan lagi sikit. aku tak ingat. nanti update later ok.

so, kali ini aku nak treat followers aku yang follow aku. insyaallah aku follow korang semula. sebab most of you aku da follow semula. jangan risau. jom makan, aku belanja korang. ni semua hadiah tuk korang. HAHA. pilih lah makanan dalam menu ni heh.

picture bawah ni semua masa tuk menunggu. diaorang punya waiter & waitress pun friendly. siap tolong snap picture aku satu famili semua. baiklah. keep it up guys.

apa yang ada tuk hidangan dan santapan perut kami sekeluarga malam itu?
ni dia, act nak order Siakap Steam Nyonya. tapi da habis. so ambil Siakap Masak Tiga Rasa. costly RM 36.OO

Taugeh Ikan Masin costly RM 6.00 . Telur Dadar Tomyam Seafood, costly RM 10.00

Ayam masak Lemon, costly RM 9.00

adik aku Si Afiq makan, Grilled Chicken Chop with Black Pepper. just nice. and costly RM 15.90

abah add on ambil deep fried Wan Tan. memang sedap lah makanan dia. korang should try it. air pun macam macam ada. aku, umie, abah minum Honey Lemon. guess wat total up semua, tuk kami anak beranak. Just RM 99.10 sahaja. murah la juga kan. tiada kompromi. cuma telur dadar tu ja la kurang berpuas hati. telur dadar perisa tomyam seafood, habuk pun tarak. tak rasa paper pun. rasa telur biasa.

apa apa pun:
LICINNNNNNNN !!

oh ya kalau korang nak tengok lebih lagi mcm man tempat dia yang cantik ni. boleh view sini --> Hentak Berlipat: MalayVillageTmnNusaBestari. selamat mencuba. kenyang tak wahai follower-follower i? HAHAHA.

ini malam Insyaallah Malaysia menang. #MalaysiaBoleh

Kembali Ke Sekolah, School Attack

hai guys. hari ni baru nak update blog. semalam penat. penat berjalan dan makan. yummy for tummy as usual. so, memandangkan cuti pun nak habis. sekolah pun nak buka semula, pelajar uni macam aku pun da nak start semester baru. jadi haruslah semua nak baru bukan? semalam aku temankan Umie beli barang sekolah adik-adik aku. 3 tempat kita orang pergi. saja ja nak berjalan. jom layan.

kalau korang budak budak Tun, mesti kenal tempat ni. Fav place la beli barang sekolah. harga boleh runding. aku masa sekolah pun beli sini ja. da besar sikit, naik sekolah menengah baru nak up Converse bagai semua lah. HAHA. da pindah Perling pun, Umie aku still nak datang kedai ni juga. Umie cakap, kedai dia kadang ada jual baju pelik pelik. ya la adik aku kan pelik pelik ja semuanya. HAHA.
pilih pilih. ramai orang kan, i told you already. ni baru sebahagian kedai dia ja. siap sedia bakul dengan number sekali. ok, da beli senyummmmm.

ok, sesudah dengan itu kami menuju ke Plaza Angsana. tempat ni syurga membeli belah untuk orang melayu. sebab ramai melayu datang sini time raya atau sewaktu dengannya. nak tengok cina jarangjarang ada la. nak tengok ramai cina kat JB ni pergi City Square tak pun Holiday Plaza. sana boleh tgk amoi cantik. adik aku si Afiq tu kan da besar sikit. so haruslah up sikit pembelian barang dia. nak converse la, everlast bagai la. layankan saja. masa teman umie tu rasa macam nak sekolah semua ja. best. rindu nak beli barang sekolah semua. tehee.

siap semua, menuju pula ke Tesco. Umie nak beli barang dapur pula. Tesco murahlah. serius wei. beli sampul buku adik aku dapat satu bundle dengan harga RM 1.29 sahaja. dia nya pekerja counter pun terkejut. HAHA.

ok, saja selingan gambar atas ni. bosan. HAHA. balik saja rumah, aku pun merajinkan diri menolong adik aku tulis nama dekat buku sekolah dia semua. kakak yang baik, saya tahu. dan perut perlu rasa makan LAGI. dan nanti kan nya ya.
ya aku left handed. ala kumpulan rock terkenal suatu ketika dulu tu. HAHA. pernah dulu adik kecil aku bilang aku ni cacat sebab left handed. aku cakap aku istimewa ciptaan tuhan. wee.