kahwin? kalau sebut kahwin siapa yang tak mahu. aku yakinlah semua orang impikan yang terbaik tuk perkahwinan masing masing. aku? jangan kau tanya, semua sudah bersedia. fizikal? haruslah terlebih lebih sedia. mental? tiada jawapan tuk tu, sampai bila kita nak cakap yang kononnya mental kita belum bersedia. gamaknya, tak kahwin la kita. HAHA. so baby boo aka babylove, bila kita nak kahwin?
jadi, cerita entry kali ini mengisahkan tentang hal hal berkaitan ini lah, tapi tidaklah terlalu terperinci hanya pendahuluan sahaja dulu. wow! aku ada satu penyakit, yang aku akan menjadi excited atau lebih klimaks jika dengar perkataan nasi orang kahwin. confirm aku akan siap punya lah. sebab apa aku suka pergi rumah orang kahwin: firstly sebab aku dapat makan nasi orang kahwin. me likey. secondly, aku nak tengok pelamin orang. ushar ja dulu macam mana pelamin orang pastu ambil gambar. thirdly, aku nak tengok bilik pengantin tapi kadang malas juga aku nak masuk dalam bilik pergi tengok so terkecuali la juga kadang kadang. tapi yang pasti acara wajib mestilah yang pertama dan kedua sekali. pasti aku terberansang, orang putih kata 'horny'
hari ni tadi aku pergi rumah orang kahwin, anak kawan Umie dengan Abah aku. anak dia ni, collegemate aku juga la. dia kahwin dengan orang da berumur. tu la aku kata kalau jodoh kita, Allah swt sudah tetapkan itulah memang jodoh kita. jaga sahaja dengan sempurna semuanya. lelaki tu pun tidaklah terlihat ketuaanya pun. oklah. so motif kita haruslah makan kan? objektif utama. gambar makan seganlah nak snap. HAHAHA. objektif kedua?
merah dan hitam, satu kombinasi yang hebat.
lepas dari pergi rumah orang kahwin, aku pun pergilah Kahwin, Tunang, Marilah. nama kedai ni lah. kedai dia pun dekat area rumah aku. not bad lah tempat dia. buat apa? hello bukan suka suka lah. takkan la pula sengaja nak pergi sana suka suka hati. haruslah bertujuan.. nak beli barang tuk hantaran. siapa punya? aku punya. tettt.. mari sini aku tunjuk antara gubahan yang memikat hati aku. aku minat tona warnanya sahaja. tehee..
si merah dan si tam.
si tam dengan si ungu pula.
warna kegemaranku.
si hitam dengan si silver.
sekarang ni, si hitam sentiasa menjadi pilihan utama pengantin sebab dengan apa warna sekali pun dia masuk saja, layan kepala. barang barang dekat kedai ni murah murah juga la. berpatutan lah harganya kena dengan gayanya juga. kalau aku, aku beli saja yang da siap senang. tak payah fikir fikir susah. cash and carry :) dalam kedai ni, terselit juga replika pelamin. mula mula dia bilang tak boleh ambil gambar, tapi cuba korang semua bayangkan dia hanya cakap,tolong jangan sentuh. tak ada pun bilang dilarang mengambil gambar. haruslah aku bangkang cakap dia. jadi dia pun meghalalkannya. HAHA. otai tau.
pemenangnya, si merah dan hitam.
memang aku teruja gilalah kalau masuk kedai kedai macam ni, ada lagi kedai lain yang aku teruja juga. nanti lain entry la kalau aku rasa nak angkat itu ceritalah ya. HAHA. ok, lepas da membuat pembayaran barang yang dibeli lalu pulang lah ke rumah. makcik, sepupu, umie, nenek, moyang dan aku pun memulakan operasi mengubahlah konon kononnya. saja ja buat mainan nak tengok macam mana. temanya adalah hijau. jom ikuti hidangan gambar ya kawan kawan.
cehh konon konon.
hasilnya?
hantaran selendang dengan tempat cincin
percayakah anda sebenarnya aku buat benda ni semua hanya suka suka? aku memang minat buat benda benda macam ni semua. hias hias, andam andam. tunggu dan lihat sahaja penyudahnya. HAHA. okayh, aku ambil Bac. Sc (Hons) Tourism Management. ada kena mengena ke? tak ada. jauh sekali. baiklah. da siap semua, kemas masuk dalam plastik. bagi makcik aku bawa balik rumah dia.
entry kali ini panjang. maaf jika bosan. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah pergi. bai.
2 comments:
kalau dah kretip tu kretip jugak..xkira kos apa..hehe
hasil tangan sendiri mungkin lebih puas kan:)
HAHAHA. ya la wani ;p
Post a Comment