anak dara tak elok tidur lewat, orang tua tua cakap. nanti tua tak cantik, muka sembap aka tidak bermaya tahu. tak perlu tunggu tua, sekarang pun boleh tengok juga permukaan hakiki muka dan badannya. ya la, kalau sudah tidur lambat jangan ditanya jam berapa pula bangunnya. selagi tidak berdentum guruh dilangit dengan bunyi yang laser maka tidak menjelma la ia menjunjung titah.
entry ini kosong dan pendek sahaja, mengisi masa lapang tuk menidurkan diri dengan aman dan damai walaupun perut berkeroncong menyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabiah. jangan dilayan rasa itu wahai Caca RM. biarkan ia bernyanyi janji kau tidak mahu terhidrasi. alasan Pak Kamsan betul.
ini ada satu info berguna, kalau kita tidur lewat sahaja jerawat akan tumbuh di bahagian bawah mulut atau lebih dikenali dengan dagu. aku percaya itu semua. sebab aku telah mengalaminya sepanjang tidur lewat aku. memang ada sahaja. sebab jerawat tumbuh kita tidur lewat. jadi kamu orang semua jangan la tidur lewat, nanti naik jerawat. macam aku da. tak cantik, tapi comel ada. HAHAHA.
selingan iklan sedikit, aku rindu kau la bang. doa kau bahagia ja la. kadang sentap juga tengok gambar gambar kau. tapi apa boleh buat. kita memang tak pernah tertulis tuk bersama dan hanya sebagai kawan biasa atau mungkin tak perlu bersama tuk hari sebelumnya juga. aku tetap tak boleh lupakan kau walau apa pun. tapi aku boleh terima hakikat semuanya aku redha. moga kau bahagia bersama si dia yang kau puja, moga kau ceria bersama si dia juga. kau boleh lupakan janji dan kata kata kau dengan aku, dengan keluarga aku. aku anggap kau hanya bercanda.
selamat malam dunia.
No comments:
Post a Comment