mari berteman
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
nak wordless thursday boleh tak ?
aku malas cerita, tapi kalau korang tengok gambar mesti korang tahu an what's going on? (angguk-angguk pls). intro sikit lah heh ? last Sunday, my lil annoying sister tu masuk Traditional dance competition , Final round you'ols ! kau hadooo ? non hadoo ( tangan aku keras mcm kayu). masuk final pun aku dah bangga. menang kalah belakang kira lah kan. HAHAHAA. (sebenarnya memang kalah pun, num 6 dari 6 sekolah). tapi okay lah kan pasal dah sampai final. lemah gemalai ayunan tangannya, dengan lenggok lenggok punggungnya ibarat bontot kucing berjalan (hahaha). dah tu ja. bai. eh lupa, dia adik aku nya tajuk joget dia suara rakyat kot tak silap aku. konon macam 1 Malaysia lah gitu. harmoni. selamat berjuang Malaysia. Gollllll !
Wednesday, July 27, 2011
Friday, July 22, 2011
tiada terperinci. terus klimaks perginya.
okay sila abaikan muka excited konon. okay finally aku dapat pun buku aku. actually aku kirim kawan aku belikan. lepas tu lebih kurang seminggu ke 2 minggu (tak ingat) buku ni kena peram ja pat rumah dia. sebab aku tak sempat sempat nak ambil. dan, Jumaat lepas (tahu, cerita dah lama baru update. tak sempatlah) aku baru pergi ambil buku ni pat rumah dia. thanks to Ksara pasal teman pergi ambil. lepas aku dapat, aku memanglah excited nak baca. tapi tak dapat juga. belum sempat aku baca, buku ni dah jatuh ditangan adik adik aku. siap offer diri lagi, nak minta aku buku ni (si Cici lah, siapa lagi. dia kan feeling retis) HAHA. memang tak dapat.
selepas 2 3 hari, barulah aku tenteram dapat baca Bogel Menuju Tuhan ni. dan sampai ke hari ini. jujur aku akui yang aku belum sempat khatam lagi. memang masa mencemburui aku sangat. tapi aku nak share vidiyo ni. pat puisi ni, aku dah lepas baca. layan :)
kalau korang rasa nak beli, sekarang buku nie dah ada jual pat MPH. actually, dia bukan buku cerita or novel like usual. dia more tu puisi dengan catatan si Zahiril ni. ada ja dia tulis pat blog. but now dia bukukan semua. RM 30 for me worth it lah. sebab aku minat macam ni. puisi puitis ni. okay bai.
oh ya lupa. hari yg sama aku jumpa Farish Aziz. lepak minum teh o suam dengan dia satu table. ada gambar. malas nak upload. HAHAHHA. comel tahu. nak gomol gomol ja. bai.
Wednesday, July 20, 2011
Tuesday, July 19, 2011
suara hati kosong
lihat bulan. cantik mengambang penuh.
tapi hati kau ? masih kosong.
mana sinar bintang itu pergi.
kalau tidak ke matahari, ataupun menyendiri.
aku punya hati, aku punya kaki.
tapi aku tidak tahu mahu kemana berlari dan pergi.
kenapa tidak dituju pada pandu arah, kan senang.
kadang yang dituju itu pun tiada akhirnya.
bahasa tubuh kaku.
bahasa minda tertutup.
alunan suara terkatup.
alunan muzik terhenti.
jadi tebarkan saja kata sunyi.
jadikan semua hanya mimpi.
lihat bulan. cantik mengambang penuh.
tapi hati kau ? masih kosong.
mana sinar bintang itu pergi.
kalau tidak ke matahari, ataupun menyendiri.
1.36am
Monday, July 18, 2011
bertumbuk pun baik juga semula.
nampak gambar pat atas tu ? lama dah aku dapat hadiah ni 2 minggu ++ lepas. time aku dapat hadiah ni, aku ada pat KL. so ada orang tagged aku la gambar ni pat FB. dia bilang, dia bought this for me. sumpah that time aku rasa terharu, menangis terus ok. terus meleleh airmata aku. (aku memang cengeng) . tahu siapa bagi ? taraaaaa.....
ni adik aku. gambar ni aku nak cakap pose ala ala macam Najwa Latif. mana ? jap..
kan kan ? hee. dua dua pun comel lah. siapa Najwa Latif ? ala dak pompuan pat Youtube yang nyanyi dalam kereta tu. sekarang dia dah boleh tahan fofular lah. okay okay. back to my story.
time aku pergi berjimba haritu, aku tak beli paper pun tuk adik aku. (sumpah menyesal) sebab aku tak tahu nak beli apa. semua benda pun sama ja. tiada yang beza. pastu balik JB, umie bilang rantai tu adik aku belikan guna duit sekolah dia sendiri tuk aku !! (sila menangis dan terharu bersama) . terus aku , alahai bergenang airmata juga lah. time tu dia tengah bikin homework, terus aku kiss dia. heee. terharu gila. bayangkan lah kan, belikan kakak dia rantai pakai duit sekolah dia kumpul sendiri. tak terharu kau. fuhhh !
hal kedua pula, umie juga sampaikan aku. pat sekolah adik aku ada bikin solat hajat lah kan. sebab adik aku ni candidates of UPSR lah this year. apa yang jadi ? balik sekolah dia pun berbual dengan umie dialog , jom layan :
adik: umie, tadi pat sekolah adik ada solat hajat kan. umie tahu apa adik doa ??
umie: apa ?
adik: first adik doa kan, AKAK cepat dapat jodoh yang baik baik, kedua adik doa kan, FAMILY kita happy ja. last sekali adik doa tuk diri adik UPSR 5A. aminn
umie: adik doakan akak ? aminnn.
lepas umie ceritakan aku. sumpah aku terharu (sekali lagi). aku rasa Ya Allah, comelnya adik aku doakan macam tu tuk aku. thanks adik. kakak sayang adik tau. so sweet sangat bila adik kau doakan kau macam tu. okay. mesti adik aku paham kot , time tu aku tengah jiwa kacau. then dia taknak tengok kakak dia sedih sedih. hari hari menangis. sebab tiap malam dia ada pat sebelah aku, lihat, dengar , mungkin juga rasa apa yang jadi dengan aku. i love you adik.
kalau korang nak kenal dengan dak gedik ni. (eh?) HAHA. korang boleh jumpa dia dekat sini:
- Facebook, Fyna Fiona
- Twitter, Fynafynn
- Blogspot, fynafynn.blogspot.com
kau lah teman gaduh, kau lah teman nyanyi, kau lah teman ketawa, kau lah teman nangis. kau lah segalanya. *bigggg huggggggggg, muah muah*
Sunday, July 17, 2011
cintai dan hargailah ia sepenuhnya
sebenarnya mood aku nak update blog lain pasal cerita lain tapi aku terjumpa benda lain. so aku nak share. kalau korang rasa korang takda hati dengan perasaan lepas baca ni aku tak tahu lah nak cakap mcm mana.
klik sini --- > Mis Nuraraa
lepas korang dah baca, mesti korang tahu apa cerita dia. aku? menangis terus. tak sanggup rasa. terus aku terpikirkan si dia. kalau korang punya kekasih, suami dan isteri. tolonglah hargai mereka sebaik baiknya. sebab jangan sampai bila tiba masanya tiba baru kita nak menyesali. aku ingatkan diri aku juga.
arwah ni adik kawan baik aku time PLKN dulu. Al -Fatihah.
Saturday, July 16, 2011
jangan merancang kalau tahu akhirnya ada perubahan.
hoi hoi. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. eh? betul ke? motif? tiada apa. saja ja aku taip tu. pembuka kata sebagai permulaan bicara. chewaah! okay, lepas aku dah hadap hari hari aku dengan berbagai rintangan dan dugaan, badai yang melanda juga aku masih teguh berdiri sepi tanpa alunan hati kasih sesiapa.
cun! ini malam kita cerita pasal benda dah lepas 2 minggu lalu. walau 2 minggu dah berlalu rasanya masih bertamu. wah! macam beria kan ? ok aku dah bosan aka malas nak taip. tadi semangat, sekarang semangat yang hilang. pendekkan cerita.
1 - 4 Julai 2011, berjalan sakan. Jumaat sampai terus pergi AEON Jusco shopping sikit. pastu makan kat Danau Kota sebab nak p Uptown Danau Kota. balik tidur rumah Klulu pat Keramat. pagi Sabtu pergi Genting Highlands, drive. balik turun KL. mandi. pukul 11 p karok pat Redbox LowYatt. sampai pukul 4 pagi. balik tidur. Ahad pagi dah bangun sarapan. tak mandi taw pergi sarapan. HAHAHA. pastu balik mandi sebab nak menuju pergi Senawang. kenduri kahwin Bro Anip. aku first time pergi bumi N9 selain Seremban. pastu aku merengek nak pergi Port Dickson. okay pergi. tukar plan, nak mandi pula. kelam kabut beli baju semua. mandi sekejap ja sebab dah lambat. balik KL, p makan dekat Sekinchan. Isnin balik JB. singgah ofis time practical. semua dah berubah. saja jalan. gomol gomol Abg Bai. HAHA
thanks kat Klulu juga bagi menumpang, Kyan sebab mengepohkan diri, Ksara belanja belanja. semua semualah. yang pasti semua plan bertukar last minute. lain yang di plan. lain yang jadi. cool sgt. HAHAHAA. tp memang syok! *double thumbs up* gambar kalau nak upload semua berarah hidung nanti kalau korang nak tengok. jadi aku pilih ja lah yang mana aku sempat.
malam ni, buku lama tutup buku baru buka. aku nak minta maaf dekat semua orang salah aku. semua salah aku. terima kasih.
bai.
Thursday, July 7, 2011
tentang seseorang.
ku lari ke hutan , kemudian menyanyiku.
ku lari ke pantai , kemudian teriakku.
sepi, sepi dan sendiri, aku benci.
ingin bingar, aku mahu di pasar.
bosan aku dengan penat,
enyah saja kau pekat.
seperti berjelaga jika ku sendiri.
pecahkan saja gelasnya biar ramai.
biar mengaduh sampai gaduh.
ada malaikat menyulam jaring labah labah belang di tembok keraton putih.
kenapa tak goyangkan saja locengnya biar terdera.
atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai ?
bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat.
seperti berjelaga jika ku sendiri.
bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat.
seperti berjelaga jika ku sendiri.
soalan matematik ada jawapannya, soalnya hati mana nak cari?
perasaan malam ni sangat bercampur baur. tak tahu kenapa. sangat merundum jiwa. aku tabahkan jua untuk tidak terus terluka. kononnya hati ini sudah terbiasa. tapi apa kan daya aku tetap berduka akhirnya.
apa aku merepek sebenarnya ? aku pun tiada jawapannya. gila ! malam ni mood aku baik. sangat baik. aku approve semua orang yang add aku dekat FB. kenal ke tak kenal ke aku approved. tunggu esok hari aku remove lah. lepas tu. aku unblock orang yang aku block dari FB aku. baik kan mood aku? aku pun tak tahu kenapa. dengan harapan tiada apa apa perasaan sebenarnya.
tiba tiba, aku dapat panggilan dari dia. Dia yang aku sudah lama aku lupakan, abaikan kerna kami sudah tidak punya apa apa. sumpah aku terkejut, terkedu malah juga ter rindu. siapa dia ? dia kekasih lama yang bertakhta dihati, Dean.
masa dia telefon tu,aku tahan nada suara aku untuk menangis dan dari kedengaran dia. aku tidak mahu dia tahu apa yang sedang aku rasakan. apa aku masih sayangkan dia? apa aku masih mahukannya? apa aku masih perlukannya? Dean kol aku dia pat airport, nak gerak pergi Korea. ada game katanya. tiba tiba malam meruntun, dpt panggilan telefon dan dia pergi.
aku doakan yang terbaik tuk kau Dean, moga kau selamat pergi dan pulang. dan andai kau jumpa cinta hati yang baru. aku tahu aku tidak patut rasa cemburu mahupun duka. mungkin kau layak dapatkannya.
jaga diri kau.
Wednesday, July 6, 2011
sampai habis nyawa aku sayang.
ala kenapa tiba tiba malam ni kita feeling rindu rinduan sangat dengan adik adik lelaki kita Aily Rosli dengan Elfiq Rosli ? lepas kita dengar lagu Imran Ajmain ni, hati meruntuh jatuh ke bawah rindu sangat. lelehan airmata suci jatuh ke pipi dengan harapan tiada yang melihat.
harap bila korang dah besar, dah bekerjaya, dah berharta, dah beristeri, dah bersuami korang tak lupa akak. korang tak tinggalkan akak. korang tak abaikan akak. korang tak lupa tuk terus sayangkan akak. macam akak sayangkan korang. korang buatlah yang terbaik tuk diri korang dan keluarga kita. jangan buang masa dengan benda yang tak elok.
akak sanggup ketepikan hal akak tuk dahulukan korang. takpa lah demi adik adik akak. akak sanggup. akak nak minta maaf kalau akak menyakitkan hati korang juga. tak pa la kita sama sama menyakitkan hati tapi kita saling sayang menyayangi kan? jangan pernah tinggalkan akak dan keluarga kita okay?
janji dengan diri masing masing. akak janji!
*airmata ini airmata ikhlas*
Subscribe to:
Posts (Atom)