mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Friday, October 29, 2010

gembira hati.

riang hatiku badan bertuah..
terima kasih abah utk itu..
dan umie juga sebab mengalah dengan saya.
wee ;))

shuka shuka shuka
do pm me fer my bb pin heh

Thursday, October 28, 2010

tunggu luar tingkap.

aku rasa otak aku sekarang tak secergas dulu la. apa ilmu masuk keluar semua seperti air yang mengalir dengan derasnya. puas dah aku berbuat dengan jayanya tapi lupa akhirnya. haih! aku harap kalau dalam kepala otak ni ada butang refresh dan ctrl + S pasti aku tidak sia siakan tuk menggunakannya. tensi aku weyh!! rasa otak sangat kosong.

1st paper aku, sangat disappointed tuk aku. menyesal tertidur. kalau da tertidur mmg ke laut la aku kan. soalan senang aku akui itu tapi aku tak boleh jawab. apa punya turrr la Caca RM ni. aku cuba la perah otak habis habisan nak menjawap tapi tetap tak boleh tepu gila. yang aku igt last word aku b4 de pengawas said stop and put down all ure pen are thirdly, fin ...... tu la last words aku. apa benda tu pun aku tak tahu.

dengan rasa hampa, aku pun pulang dan balik JB terus. ambik kau. 2nd paper aku dis saturday. killer gak la tuk aku. ya la psal history. Culinary History and Gastronomical Literature. phewww *lap lap peluh* aku sokmo pergi kelas semua tapi tuk sign attendant ja kot. haih. menyesal pun tak guna semua benda pun da lepas. hadapai dengan senyuman ya adik adik.

ok topic lain plak sekarang, hubungan yang semakin mencecah 3 tahun ini semakin terumbang ambing atas rasa ego yang tinggi masing masing. entah la. sayang tetap sayang. cinta tetap cinta tapi susah tuk melafazkannya. kenapa heh? apa sudah jemukah masing masing atau? tiada jawapan tuk itu. hanya menunggu saja jangan sampai kata pepatah retak menunggu belah kerna aku tidak mahu itu. aku mahu cinta abadi kekal sampai mati. kata kau !!!! HAHAHAHA

selamat malam chenta. kau aku yang punya.

Sunday, October 24, 2010

untung jadi anak AMAN !

Salam, ada blackberry zoom ke dom ke? tak tahu lagi fully touch screen, check function dia ok tak? check harga kat Malaysia berapa. kalau ok hari rabu abah nak beli.

wah hati aku bunga bunga dapat message tu. terasa terbang kat awan awan jap. hahahaha. abah suruh aku tgk either Malaysia o Singapore jual harga murah.. so aku pun bukan pandai sangat bab bab mencari dan menyelongkar & ambil tahu pasal pone. tapi pasal ada peluang ni aku pun apa lagi. HAHAHAA. dan tiba tiba ternampak Cik Hanis Zalikha update blog dia tentang berry berry nie. *click ini untuk bacaan*

terus aku berminat dengan blackberry torch ni. tehee. abah nak yang ini boleh tak? pasal macam menarik ja. LALALALALA. so aku pun msg abah cakap, abah suruh survey harga Malaysia berapa. ya la abah aku ni jenis suka beli barang kat Singapore lebih berbaloi katanya. ok abah t akak survey ini harga dan hantar proposal kat abah dan abah approve ya. jeng jeng jeng.
oh lupa, baby Vaio aka lappy Vaio aku da recover dari sakit tenat nya yang amat lama tak diubati. dan sekarang jyeaah ! cant wait to balik JB nak jumpa dia. heee.
hoi, Isnin first paper. killer gak. tp tak stadi pun takpa la pelan pelan kayuh ya Caca RM janji sampai ke destinasi dengan selamat. HAHAHAHA. memang melampau bunyi kau tu ca. haish !

Tuesday, October 19, 2010

kenyataan ini

tiba tiba kau confess kat aku benda itu, kau tahu tak hancur hati aku. ranap musnah berderai. kau yang aku banggakan. kau yang aku puja. kau yang aku agungkan. ini balasan nya. aku tak mahu tahu cerita akhirnya. cukuplah dengan ucapan kata awalan itu. sampai hati kau melakukannya. sekurang kurang aku perlukan kejujuran bukan penipuan. apa lagi masalahnya. aku tak dapat cari. aku buntu hilang rasa itu. oh patutlah asyik mencari salahku. walau tiada apa pun sekuman salah tetap menegak yang basah. aku dambakan keikhlasan bukannya kepahitan. aku perlukan kebahagiaan bukannya kesakitan. kau boleh hidup dengan dunia kau sendiri. dan aku akan PERGI.

Monday, October 18, 2010

putar hati

Ya tak perlu membuang masa demi aku,
sebab aku bukan apa apa.
pentingkan kemahuan mu dahulu,
dan aku bukan tugu !

oh ya, kenapa begitu ?
tahukan aku tak suka cara itu.
hati sakit,
jadi itu perangai boleh buang dalam laut tak ?

akhir sekali,
jangan emosi dengan tanah ;))

Sunday, October 17, 2010

se-kopi se-tea

hey dunia ! cerah dunia pagi ini. sejuk dengan keadaan yang nyaman. ahhhh, ashyuk sekali. ok, pakai aircond. teheee. eh tak juga, cuaca diluar agak mendung ja. aku da puas tidur, jadi tak boleh nak tidur sangat la. cerita dunia pagi ini dikejutkan dengan sedikit pertelingkahan antara dia dan dia. *maaf terpaksa dirahsiakan* ahhh, mungkin da kena mandrem plus puja la tu si dia. tu psl beria sangat. tapi takpa la,apa blh buat.

dunia, awak tahu tak sekarang saya di JB. cuti untuk study leave. weee, sekejap ja tapi lepas ni memang cuti lama. cuti semester yaww. senyum panjang panjang sampai telinga ya.kisah semester ini tidak berakhir disitu aja, sebab ada sambungannya nanti. jadi tengok saja la apa bakal terjadi. saya tidak mahu berharap terlalu tinggi pada duniawi ini takut tidak tercapai dek akalmu
.cinta? maaf sebab mengabaikannya kamu. mungkin badan ini terlalu penat dan kerap tidur awal tanpa meninggalkan jejak kesan. nasib cinta memahami. walaupun baru terjadi perang besar antara kami, tapi kami bersikap professional dengan mengadilinya tanpa sangsi. tiada penggunaan hakim, tiada simpulan kata peguam dan tiada mata mata saksi. keputusan sepakatnya kata MAAF. itu lebih penting dalam hubungan aku. MAAF itu sangat berharga. walau sejahat dan sekejam mana perlakuan mu itu, ucapkan saja MAAF dan semuanya akan mencair. woot woot.
oh sepanjang menghabiskan waktu bersama sang cinta banyak benda yang berlaku. antaranya tragedi 10.10.10 ketika kejadian aku berada disitu. hanya mampu ucapkan, takziah kepada keluarga mangsa dan AL- Fatihah. masa balik JB on friday haritu, tempat tu da bersih. kerjaraya highway sedang memasang semula divider tu la. haih. sangat ngeri kejadian tu. bersyukur la kepada yang terselamat. ok, seram naik bas !

Wednesday, October 13, 2010

entry kosong

lama tidak bicara, lama tak bersua. hati makin tak keruan bila dia menghampiri dengan sengaja. ok melalut. saja ja melewati pagi hari ini dengan entry kosong, pendek dan ringkas. banyak benda berlaku cuma tidak sempat untuk dicoretkan dan cukuplah jika ia disimpan dalam kotak memori dan kekal abadi dalam hati. jadi sampai mati ia terpalit dengan ukiran bahagia dan gembira.
jadi kepada student HMBT3E,

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun,
Semoga Berjaya Dengan Cemerlang dan Gemilang,
Sama Sama Kita Harungi Badai Walaupun Sepayah Mana.
Daeeeebbbbbbaaaaaakkkk !


p/s: rasa mcm da lama na, xjawap final


Monday, October 4, 2010

kefepefenafatafan.

cerita akan datang sila tunggu dengan perasaan yang berdebar debar ok. dan tolong mainkan dengan drum roller pls. *drrrrrr, dddrrrrr, drrrrrrr, gechengggggg!* nantikan. terlalu banyak sangat kerja, event, test, assignment dan yang sewaktu dengannya. exhausted ! ;(( tag kat bawah ni untuk event baru lepas ni. penat sungguh. tuhan saja tahu. tak cukup tidur dan rehat sekarang sedang membuat assignment ok, mahu sambung. bai. *tak sampai sebulan tag da ada 2, event sokmo. phewww*

lambat dan awal ucapan

Adik sorry for the late wishes. for this space la kayh. others space da banyak wish kan. wink. wink. so let me introduce you all my LiL Sis yang nakal plus i love to dengki and kacau-ing her. HAHA
tu dia terselah kegedikkannya. so adik kakak :
HAPPY 11th BIRTHDAY
1st Oct 2010
i you baby.



nota kaki pd adik Afiq,
GOod luck in your PMR.
akak wish u all de best and
insyaallah u can do it, i know you.
amin amin amin

Saturday, September 25, 2010

perut berparut

jyeah jyeah jyeah !!! eh eh eh, kenapa suka sangat ni Caca RM! pasal, awak semua tahu tak hari ini kita lepas hajat kita dengan ini. taraaaaa.....
sangat teruja. ya la, lama kot idam. hari tu tak jadi masak ;p dan tak sempat juga nak makan kat JB. sampai la ke hari ini, ke tarikh ini. aku dapat. balik kelas, aku tidurkan diri sebentar penat lah. pastu dalam pukul 3ptg macam tu msg Anabanna lalu ajak dia tuk berjalan. tujuan utama memang nak makan lasagne la. tiada lain. siap siap dan menuju lah kami ke SACC Mall terus ke Secret Recipe ya kawan kawan. masa sampai tu hari nak hujan, so time makan memang hujan dengan laju ja mencurah curah, asyhukk ! jom tengok muka teruja ;p
teruja dan terus teruja dan berharap agar biasa masak sendiri
dan makan sepuas puas nya. gitu ?oh ice chocolate with whipped cream . yummy pummy
teheee. dan akhirnya ??????
ALHAMDULLILAH! && balik singgah KFC makan cheesy wedges dan
snack plate tapi kami share la berdua.
HAHAHAHA.

Thursday, September 23, 2010

bukan malang, cuma kurang bernasib baik.

memula sekali aku nak bikin sambungan cari kisah pakcik aku kat bawah ini. pakcik nampaknya da ok even memula dia sukar juga la nak membetulkan diri nya dengan normal, tapi alhamdulillah sekarang dia boleh berfikiran waras. tapi sebelum nak mewaraskan fikiran dia memang agak sukar la. cuba kamu orang semua bayangkan, ada ke patut pakcik update status dia, tanya mana gf dia. kenapa tidur lama sangat. dia tunggu gf dia on9. sumpah aku cakap memang aku sangat kesian kat dia. Ya Allah ya tuhan aku kenapa berat duggan kau berikan kepada pakcik ? tapi orang cakap kalau Allah swt menguji kita maknanya dia masih sayangkan kita dan mahu menguji tahap kita. tapi aku memang tak boleh tengok pakcik macam tu. kasihan sangat. lagi sekali dia update status fb dia tanya mana gf dia. tanya kenapa tidur lama sangat. dia da rindu sangat. puas kawan kawan pujuk mungkin, akhirnya hati dia berlembut juga tuk menerima hakikat. aku msg, call siap lagi nak tahu condition nak make sure dia ok ke tak. dan sekarang mungkin dia memang sudah boleh terima walaupun ianya kan mengambil masa yang lama tuk melupakan.

ok, habis cerita pakcik. dan mari bercerita tentang aku pula. Trip to Genting ? so so ja la. ya la pasal da naik jemu, muak da pergi Genting. So aku mengambil alternatif lain dengan mengambil langkah hanya untuk berehat rehat ja. main la game tapi yang relax relax ja :) tetapi apa yang membuatkan hati aku betul betul kemacuk apabila, aku hilang handphone. masalahnya bukan handphone aku tapi handphone adik kecil aku, yang abah baru belikan.

sorry adik, it wasnt my fault ok. orang yang curi tu jahat. teheee. hati aku kuat kepada driver bas tu pasal, hp aku cicir dalam bas. da tu bangangnya dia, ada ke patut msg aku minta alamat nak pulangkan simcard. jadahnya. aku tak perlukan simcard tu. aku perlukan memory card dengan handphone tu. aku tak reply pun. evendo dia msg aku 2 kali. pasal abah dengan umie cakap jangan layan. biarkan ja. benda da lepas.

eh eh, macam redha ja la erti kata lain. HAHA. takpa,mesti abah nak belikan akak berry berry an? HAHAHA. aku pun tak tahu la apa ke goyang sangat hari semalam. i tot i already lost my jed ring yang abah belikan tu. sekali da balik berjalan semua, aku cari la kat bilik. tu dia, bawah katil. aku pun tak tahu macam mana boleh ada bawah katil. agaknya aku mamai ke apa, aku pergi buka dan main campak ja. HAHAHA

takpa, benda da lepas. jadi marilah kita mulakan hidup baru. esok aku ada quiz mandarin ya kawan kawan. tapi tak stadi apa pun. takda mood la. hati asyik merintih ja. rasa seperti ingin menangis walaupun memang da menangis kot tadi itu pun lepas umie kol. tak mahu menangis umie dengar nanti umie risau pula. umie pun da tertanya tanya tadi kenapa hari ini senyap ja, takda kol or msg. entahlah aku pun tak tahu kenapa. aku rasa macam aku bukan aku yang sebenar sekarang ini. bersabar sikit dan mungkin aku akan temukan jawapannya.

baiklah. goodnight everibodi. bai

Monday, September 20, 2010

arwah selamat dikebumikan. amin

sebelum ini aku pernah cerita, cerita macam ni. ada kaitan la tentang hidup dan mati. tapi kali ini jadi dengan orang yang dekat dengan aku. jadi aku rasa down dan menganggu emosi aku juga. cerita sebelum ini: sila klik link ini.

aku da balik JB semalam malam, dan mengalami sedikit pertelingkahan kecil besama kekasih sebelum tidur. lalu dibiarkan saja perasaan tu sampai tertidur. bangun pagi, kekasih kejut dan kami buat seperti tiada apa yang berlaku. Aku pun pergi kelas begitu juga kekasih. ada masa terluang kami msg, kelas start kami berhenti menghantar sistem pesanan ringkas. oh ya aku lupa makan lunch tadi. habis kelas terus balik da sampai bilik baru teringat. so tak pergi makan malas. lalu on9, dan kemuncaknya pun tiba....

status Abu Darda' merangkap pakcik kekasih aku. tapi kitaorang kira ngam la. statusnya berbunyi begini : Al-Fatihah buat kekasih hatiku Selena Tan(Leyan Hana) yang telah pulang ke Rahmatullah malam tadi..i owez luv u syg. :(

serius aku terkejut gila terus aku tanya dia, aah dia cakap. meninggal pasal Cancer Paru Paru. actually doctor da cakap dia 70 % da pulih. so pakcik da ok la, lega. sekali entah macam mana si gf ni agaknya terlalu excited pasal sepupu dia nak kahwin so maybe penat sangat tu punca yang mungkin boleh dirungkaikan. arwah meninggal dekat Brunei dan bawa balik Kota Kinabalu dan lepas Zohor tadi selamat dikebumikan. Alhamdulillah. Al Fatihah.

aku bagitahu pakcik suruh tabah, sabar dengan semua ni. pakcik nasihatkan aku suruh hargai orang yang sayang kita selagi ada. dia doakan aku dengan kekasih jangan gaduh gaduh dan kekal sampai kahwin. amin amin. apa yang wat aku sedih sangat bila pakcik cakap last dia dengar suara gf 2 hari lepas, pastu pakcik nak sangat balik pergi cium dahi gf buat kali terakhir. terus aku menangis sangat sangat.

aku yang turut terasa kesedihan pakcik terus call kekasih, tp kekasih ada kelas so aku menangis sesorang ja. sampai kekasih call semula aku terus aku cakap aku, sayang dia, aku tak mahu hilang dia. aku nangis semahunya. kekasih tanya kenapa, aku cerita baru dia tahu. terus dia msg pakcik tenangkan pakcik. ya la pakcik tak pergi kelas menangis ja. dengan aku aku sekali menangis sampai tertidur petang. bangun terus aku cari kekasih. aku takut hilang dia. aku tak sanggup.

jadi pada korang semula pat luar tu, hargailah kekasih selagi dia ada dan cintailah mereka sepenuh hati. jadi korang sedekahkan la Al-Fatihah pada Leyan Hana. terima kasih. moga rohnya ditempatkan di golongan para para soleh dan solehah. amin.

i love you boo.

kerja berjalan.

layan, yang pasti aku sempoi ja. takda aku beria sangatlah pasal takda perasaan yang teruja pun. aku ikot ja dak dak kelas aku nie.teheee.

Saturday, September 18, 2010

mulut berbau

Hari ni umie masak spagethi. tapi aku nak lasagna !!! pls pls. selalu makan kat Secret Recipe ja, plus maksu aku pandai masak juga. yummy yummy. nak nak nak ! baik esok cuba masak. HAHAHAHAHA. nantikan. kalau rasa give up, start engine kereta, park kereta, order dan makan. itu jalan terbaik dari yang terbaik. eh confident tu penting dulu yang penting juga nawaitu thu :DD

Friday, September 17, 2010

menjadi ia

sebenarnya tiada cerita nak update sangat. tapi rasa bosan dan mahu menaip kala dipagi Jumaat ini. hari raya sekejap ja kan sudah berlalu selama seminggu (ok, cuti kau pun ca da semakin datang) adoi. Raya kali ini tidaklah semeriah sebab aku tak berjalan sangat pun. hanya menunggu pengunjung datang berkunjung ke rumah saja. Abah takda, so nak pergi beraya macam tak shiok la tanpa abah. abah mana? oh abah seperti biasa outstation dan kali ini ke Myammar. dan untuk destinasi seterusnya bekerja selepas pulang ialah K O R E A. okayh Caca RM sangat jeles. pls abah nak ikot. duit PT cukup tak nak pergi sana abah bawa. HAHAHAHA.
patah balik cerita raya la. aparaaa. memandangkan tidak kemana mana dan hanya menerima tetamu, meriah pelbagai juadah tersedia. tak menang tangan kami. da macam open house walhalnya. oh ya! merka datang bawa rahmat ;)) kalau tak ada makanan dirumah, pas makan kuih jom lepak mamak dengan umie walau da jam 1 pagi ajak kawan kawan aku. korang la sapa lagi. hee :D mereka di bawah ni kawan sekolah rendah saya. siap penghantaran ke rumah tu balik. HAHAHA.
sekarang pula mengira masa untuk balik Shah Alam. eh eh eh! apa tu ? HAHAHAA. (menangis sebenarnya) tak balik tak boleh ke? bersusun assignment aku menunggu tuk di submit tapi raya dulu.pastu menangis la kau. tapi redah kasi pecah. KATA KAU !!!! hish.
oh ya, jam Guess? abaikan untuk membeli. eh buka tiada duit heh. HAHAAHA. umie da offer da nak belikan. dan kami da pergi da ke Butik Guess itu. pakai sekejap ja la tuk merasa wat lepas hajat. omg! mmg betul kata kekasih, imitations pun boleh dapat. tak mahu la. sangat sangat boleh nampak if aku beli so tak beli. cari design lain pula. sabar sikit ya ca. semalam la jalan jalan ngan umie, cici, fyna. afiq xda g jalan dengan kawan dia. kitaorang pergi Jusco Tebrau, makan Sushi King. Wink. yummy yummy. pastu jalan soping la apa lagi. da tu tak puas, pergi Plaza Angsana pula, soping lagi. ada ja barang nak beli. HAHAHA. tak cukup dengan itu, pergi The Zone pula. asyhukkkk. dan balik melayan tetamu. wee.
eh eh, da jadi sebuah cerita la. HAHAAHHAAHAHA. layan ;)) eh eh! kenapa tulisan saya tak keluar kaler kaler heh ?

Tuesday, September 14, 2010

pulangkan rasa itu.

kenapa keadaan seperti ini?
ibarat sorang di Malaysia dan sorang di London.
terasa kah jarak itu wahai panglima sakti gagah perkasa?
dalam erti kata yang lain, aku ke timur dan engkau ke barat.



jadi,
lu pk la sendiri.

Friday, September 10, 2010

takda gambar hanya ucapan

lintas langsung dari kampung halaman. Caca RM ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA ya.
bak kata adik aku, nk bikin ayat sedap sedap berlagu merdu tak pandai jadi cukup la sekadar hiasan.
ampun maaf dipinta, maaf zahir dan batin.
salah silap, kasar bahasa, gurau senda, tepuk tangan, gaduh manja, gaduh kasar, makan hati, angkat kaki, tinggi suara, dan lain lain. maaf maaf la ya.
terima kasih.


pesanan ringkas: tadi siang sebelum balik ke kampung*balik kampung pas buka* puas la aku mencari jam Guess yang diidamkan, sebab umie dan abah aku nk sponsor. hampehh semua takda pasal baru punyakan. dan peringatan dari sang kekasih plak, tak cantik jam tu. kat uptown pun da boleh dapat. membazir ja. oh sangat sedih. tapi betul juga. takpa kita tengok dulu macam mana. selera manusia sentiasa berubah rubah :))

Wednesday, September 8, 2010

howdy !

CRAVING fer this new era season ..
and ofcoz la kaler pepel menjadi pujaan hati.
ada sesiapa nak tolong belikan tak ? atau aku nk kena kumpul duwet raya ni, baru dapat beli ? ala, jam Guess yang lama tu macam da buruk ja. so kenala tukar. wee. terima kasih la kalau awak nak belikan. HAHA.

persiapan ini.

Hari raya semua bagai nak gila, bila puasa buat tak tahu saja :)) cehhh ! biasa la tu, hari raya semua orang menggila. shopping shopping till dropping. aku ? tak raya pun shopping. tapi pasal sale hari raya lebih menggila so dengan aku aku sekali gila. persiapan aku? semua sudah tersedia. baju raya tadi baru beli, padahal da pergi KL fer shooping tetap balik juga beli kt JB. kami la sang perempuan. shopping lain pula kat KL tu. HAHA. jom ikuti rentetan hari dan perjalan kami ;))

hari Jumaat malam selepas bertungkus lumus pada siang hari nya menjawap test, aku dengan gigih menunggu family aku datang menjemput aku. sepatutnya perjalanan yang mengambil masa 3 jam menjadi berejam rejam pasal abah ego. HAHA. konon jalan betul ja baginya. da la aku buka makan maggie ja, punya la nak berbuka bersama. hmmmmf. akhirnya sampai. terus aku yang merelakan hati membawa kereta sebab tidak mahu membuang masa dan menuju ke kepong tuk ambil si Cici pula. da sampai g makan dekat Gombak. lapar wok ! lepas tu terus menuju ke Pusat Bandaraya dan check in hotel. booooommmmmm, tidur terus sebab jam menunjukkan jam 1 lebih pagi sudah. oh ya pada masa yang sama, hari nya hari jadi aku. menggelupur sekejap. HAHA.
*nak lari topik jap* aku nya birthday aku dapat free call la bagai, aku rasa kalau orang lain mesty da menggelupur dok call orang sana sini. tapi aku ? HAHAHA. tak tahu nak call siapa. dan paling lama aku call seminit ja. scandal mandal? oh malas la membuang masa. bf? puas da bercakap sampai tak tercakap. HAHA. lastly, habis gitu ja free call aku. ok back to de real stori.

keesokkan hari, yes harinya menjelma. pada siang hari berpuasa kami mengagahkan diri ke Jalan TAR. uii na kau, memang tak tertahan lalu kami pun berpatah balik dan ke SOGO. oh, lautan manusia. ramainya macam semut da aku tengok. pening kepala aku. Shopping barang adik adik aku dan kami pun menuju ke Bukit Bintang. ya jangan lupa ya kami mengunakan pengangkutan awam. jimat masa, tenaga dan bahagia. HAHAHA.
ya mencari berhenti di tengah jalan dan pose ya bebeh! HAHAA. pada awalnya aku mengenakan long pants untuk berjalan jalan. tapi setelah sampai di Berjaya Times Square aku tewas. kepanasan dan ketidaktahanan. menggelupur cari short pants. terus masuk dalam Giordano dan mencari, nasib ada. ambil. RM 98 takpa la demi kesejahteraan hidup didunia sementara. HAHA. kita kena lah berada dalam keadaan selesa. ;p
oh ya gambar diatas setelah selesai pembelian short pants dan menukar terus ;) kira umie kira duit tu. HAHAHAH. dan tawaf satu TS tu, abah pun mengajak pulang tuk berbuka takut tak sempat so kami pun balik semula ke Pusat Bandaraya memandangkan hotel pun kt sana kan. so naik lagi pengangkutan awam yang laju itu dan pose lagi ;)
buka puasa ? harus lah kekasih turut serta bersama baru bermakna upacara iftar itu. malah turut membawa adik ipar sekali. lain benor rupa adik dengan si abang. HEE. lepas makan semua berjuanglah kami ke Jalan TAR. phewwww *lap peluh di dahi* memang menguji. dah la hujan, redah saja la. Umie suka lah berjalan kat situ pasal barang dia semua ada. da siap semua menunggu masa untuk pulang ke bilik hotel dengan gigih.
balik lah balik setelah semua barang umie da dibeli, baju melayu sang lelaki sudah dibelik juga di butik Aniz. lalu beransur lah kami pulang, sang kekasih mana? lama sudah pulang. HAHA. hadiah birthday dari sang kekasih i liookeee so chumeyl. balik mandi dan tidurkan diri. esoknya bangun kami ke Maju Junction pula saja berjalan, dan balik. dalam perjalanan balik singgah sebentar di Nilai 3, Negeri Sembilan. saja berjalan. tak pernah pergi. okayh okayh ja lah.
kami tak tawaf semua pun. tetiba malas menyelubungi diri lalu balik ke JB terus. jyeaah ! Hello Jb, im back for Hari Raya :)) sampai sampai terus masa berbuka ngam ngam. kami pun pergi berbuka puasa bersama. penat. balik mandi dan lepak terus ketiduran. dan hari ini, pun kami seharian berjalan. asyhuuukkkkk !!

oh ya tema tahun ini ialah, MERAH mak ngah dan PURPLE. wee ;))

pesanan Penaja: kuiH raya umie da siap bikin, dan siap dimakan oleh anak anak kesayangan semua. jadi aku ditugaskan tuk menolong tuk membuat kuih lagi. TQ

Monday, September 6, 2010

entri untuk diri sendiri.

lewat 2 hari entri ini dipos atas sebab kesibukkan diri bershopping di Kuala Lumpur bersama keluarga. okayh, itu cerita entri lepas ini. sekarang ialah masa untuk saya sendiri.

dilahirkan di negeri Johor pada 4 September 1988
dan pada 4 Sept 2010,
aku nak ucapkan :
Nur Fazlia Rosli
Selamat Hari Lahir,
Panjang Umur murah rezeki,
Dikurniakan kesihatan yang baik di samping keluarg tercinta,
Moga tenang hadapi hari hari mendatang,
Berjaya dalam kehidupan dengan cemerlang.
dan lain lain yang diimpikanlah ya.
HAHA.
thanks fer those who r wishing me.
;>
*tenkiu awak tuk hadiah tu, chumeyl la*
i heart you ;)