mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Monday, February 28, 2011

Mohabbatein

cerita favourite aku nie. mehh layan sesama. kau ingat kau dengar lagu hindustan boleh hiburkan hati kau? layan lagu hindustan ni bikin aku lagi sedih pula ada la. Haha. aku curi curi tanya pasal dia dekat kawan dia. sedihkan? aku rindu sangat. tapi tak tahu nak buat apa. takpa, aku redha ja semuanya.



p.s - aku baru balik vaccay dengan sissy sissy dan brotha brotha semua. they really make my lifes wonderful. thanks. love you all. muah muah :-*

Friday, February 25, 2011

kiniku hanya dapat berdoa. agar bahagia selamanya.

apa yang jadi semalam, hari ini dan hari yang bakal mendatang betul betul mematangkan dan menampakkan bahawa begitu ramai orang yang sayangkan aku. sayang dengan perasaan benar dan suci. bukan mainan atau kata saja.

walau hati ini tidak kuat, walau hati ini rapuh, walau hati ini tisu tetapi dengan adanya mereka semua. aku gagah kan diri tuk terus berdiri dari kesedihan yang diciptakannya. aku tidak akan membuka pekong didada. cukuplah dengan apa yang tertulis, dan ternyata apa yang jadi antara kita. tidak perlu yang lain tahu.

aku tidak pernah menghalang untuk kau membuat sebarang keputusan apa ntah lagi mejatuhkan kau. jadi jika apa yang kau pilih ini rasa bahagia dan puas tuk kau. silakan. aku tidak akan cuba menghentikannya. biarlah selama mana pun rasa itu sebelum ini, tapi jika hati yang disakiti ini tidak mungkin dapat menghilangkan luka yang sentiasa tidak pernah kering dan hilang parutnya.

kau yang meminta dan kau yang mencipta sedangkan aku tidak pernah ingin menerima apa ntah lagi mengiyakannya. tidak mengapa mungkin yang di atas ingin tunjukkan yang mana baik dan buruknya untuk kita. kita terima dan redha dengan ketentuannya.

terima kasih keluarga, umie, abah dan adik adik aku yang sentiasa ada dengan aku ketika aku perlukannya. kakak yang hanya aku ada sentiasa susah senang aku Kak Sara. kawan kawan yang aku kenal mana itu kawan yang boleh dianggap kawan sampai syurga, membuatkan aku kenal siapa mereka yang sentiasa ada tuk aku. mereka tahu siapa mereka seadanya. terima kasih sebab sentiasa bersama aku.

i have my family, my friends thats make me getting stronger todays. and i do love them love all. and thanks a lots.


serious i don't have any idea what is going on now. i'm just cover my pain with a fake smile, putting some sugar on my laugh but the truth it still bitter. :] [;

aku mungkin bukan wanita besi.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan - bukannya lelaki yang sentiasa memberikan kita airmata kerna kesedihan dan kesakitan.

2)Lelaki yang sedia menerima segala TEGURAN - bukannya lelaki yang bila teguran dan rasa EGO nya tercabar lalu mencipta amarah.

3)Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun - bukannya terus menghukum dan membuang jika ada 'tahi' yang berkeliaran disekililingnya.

4)Lelaki yang tenang dan lapang dada - sentiasa bersujud dengan Allah swt terlihat nur nya.

5)Lelaki yang sentiasa berbaik sangka - sentiasa berfikir positif walau apa halangan atau masalah mendatang. bukannya berfikiran buruk lalu turut memburukkan lagi.

6)Lelaki yang tidak pernah putus asa - sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri dan berbalik kepada nombor 4 kerna sentiasa bersujud kepada-NYA.




Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad saw adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.




Dan dimana Kegagahan wanita?




Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan. tetapi pada kekuatan perasaan. perempuan yang gagah adalah :-

1)Perempuan yang menerima sebuah KEHILANGAN - kerna tak perlu diratapi atau ditangisi kehilangan yang terjadi. sebab pasti ada hikmah disebaliknya.

2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan - Allah swt sentiasa ada menolong kita.

3)Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan - walau dalam hati tak siapa yang tahu.

4)Perempuan yang tidak meminta minta agar dipenuhi segala keinginan - sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.





Kegagahan perempuan berdiri diatas teguh iman. seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.





sabda Rasulullah saw:

"sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat"

Surah Al Ahzab: Ayat 71

Sunday, February 20, 2011

kita ada header baru. HAHA. ala kita nak bikin header canggih macam Hamis Zalikha, Ailyl Rozanna tu semua tak pandai. pasal tak khatam lagi. cikgu kita meninggal masa ajar ABC dulu. (#SoMalaysian) HAHA. cukuplah dengan header yang terpampang muka kita ja tu. kalau bosan nanti tukar balik semula la heh. ok bai.

Saturday, February 19, 2011

aku bercerita bukan tuk berbangga

firstly aku nak cakap apa yang aku nak cerita or update entry kali ini, sungguh tiada kena mengena atau ada kaitan dengan sesiapa. tapi untuk jadikan pengalaman sesama kita yang bernama manusia. jadi kalau nak terasa or apa, sorry ya la sebab #SoMalaysian kan. tak boleh buat apa la. redha.

sebenarnya nak cerita benda lama. ya memang aku cukup benci dengan kau. apa yang kau buat aku sangat kejam sebab aku rasa aku tak patut diperlakukan macam tu. tapi kau langsung tidak memberi sebarang impak pada aku. tidak hairan sangatlah kehilangan kau walaupun aku rasa kau lah 'jantan' paling kejam masa tu. sumpah seranah, mak hamun menjadi doa sejahtera tuk kau la setiap hari. tapi aku abaikan saja perasaan tu. aku buang kau terus dalam fikiran, buang kalau langsung dalam senarai kawan aku dalam mukabuku, langsung blocked, terus buang kau dalam ingatan, terus buang nombor kau dalam senarai telefon bimbit aku. memang tidak layak langsung tuk dikenali atau diingati. betul !

tapi akhirnya kau juga mencari aku semula, aku bangga? tidak sama sekali. cuma aku agak terkejut tuk apa cari aku kembali? aku sudah punya kehidupan aku sendiri. cinta aku lebih agung tuk kekasih hati aku selama ini. oh ingin berkawan semula. ya aku memang tidak sejahat dan sekejam yang disangkakan. kan aku da bilang yang aku mmg tidak reti untuk membenci orang selama hidup aku. cukup lah dijadikan semua itu kenangan yamg mematangkan hidup aku sebagai dewasa mendatang.

menyesal? oh ingat kau tiada perasaan. terkejut aku bila kau bilang macam tu. rasa bersalah? oh murninya rasa salah kau tu. sangat ikhlas kelihatan. malu dengan diri sendiri sebab buat aku mcm tu? oh bagusnya kau penuh penyesalan dalam diri. tahu malu dengan parents aku? pergilah minta maaf dengan mereka. mereka ok saja. cuma mereka memang menjaga aku dengan baik dan tiada rahsia antara aku dengan mereka. semuanya aku ceritakan. tu yang buat kau malu kan? tak pa la, benda da lepas. jangan dikenang. semua telah aku beri penjelasan, jangan kau pikir aku pula terhegeh hegeh dengan kau. memang tak kuasa aku.

tapi aku sambut dan terima ikhlas perkenalan semula ini. aku malas nak pikir benda lepas. cukup lah. kau pun bahagia dengan kehidupan kau, aku dengan kehidupan kita. anggap macam tiada apa pernah berlaku antara kita. dan kita hanya kawan baik sewaktu zaman anak kecil kita di tadika itu. tak lebih dari itu ok. dan maaf aku tetap akan blocked kau dari FB aku sebab aku tak mahu kau ada dalam hidupan aku disitu. cukuplah hubungan kita disitu.

tapi terus terangkan aku cakap dengan kau, what you gives you get back dengan what comes around, go's around. kau boleh terima kau pun malu dengan itu. terima kasih.
lagu langsung tiada kena mengena. aku suka mereka berdua. dari zaman AF (eh AF la.) HAHA. go baby go.

Thursday, February 17, 2011

syurga dibawah tapak kaki ibu

salam, kita tahu kita tak kuat. gembeng pun ya. tapi entahla, semalam nak tidur kita menangis. menangis sangat sangat. sebab kita R I N D U umie kita. :(( sangat sangat rindu. melampau kan menangis. sebab rindu sangat. umie tak sihat, demam plus kena food poisoning. tapi sekarang alhamdulillah da baiklah kot.

kita memang tak boleh jauh langsung dengan umie kita, tiap tiap minggu kita balik JB. tak kiralah time belajar diploma sampailah belajar degree ni. tiap tiap minggu balik. kos pemulangan diri ke JB bukan satu jumlah yang kecil, tapi entahlah. tak lengkap ja rasa tak balik. tapi minggu lepas kan kia tak balik. cuti lama pula tu. sangat rasa menyesal, tu la sebab nya jadi macam ni sekarang. macam meroyan pun ada.

bak kata bestie aku si El, baliklah ca oi. merana betul aku tengok kau. kesian. hakikatnya memang merana pun. tak sanggup sangat rasanya. hari balik JB la kot. redah ja sesorang. Adik aku ada kelas katanya. sigh!

sumpah aku rindu masakan umie. kat JB nak makan apa order ja, buka mata semua hidangan dah tersedia. maka makan lah engkau dengan lahapnya. tapi dekat sini? tekak rasa nak makan apa tahan ja lah. nak masak tak pandai. kalau pandai masak pun tak mungkin kan dapat rasa macam umie. makan ja lah apa yang orang sediakan. takkan nak ikut tekak kau ja ca. bukan tak bersyukur tapi itu memang kenyataan. tak boleh diubah walau sampai bila bila.
akak rindu umie ! :'(

Wednesday, February 16, 2011

Saturday, February 12, 2011

kadang yang hina itu peneman kita. title tak boleh pergi

aku memang betul betul dalam mood ber - entertainment, bunyi jahat nya nak meronggeng ja. bersuka ria, berhibur tanpa fikir masalah lepas dan yang akan datang. memang sangat aku! memandangkan kereta aku adik aku Si Cici (artis wannabe lah konon) ambil sebab nak pergi audition Akademi Fantasia (aku tak tahulah kalau dia tipu aku) so hujung minggu aku tiada kereta. Khamis malam dia da ambil. memang terima kasih adik. akak tak suka gf kau. eh salah salah. HAHA (statement gurau) akak kenyang dan patah kakilah tak ada kereta.

nasib Jumaat semalam, Eliana Elle mengajak aku untuk berhibur. aku tahu kalau aku duk rumah pun takda benda aku nak bikin. pukul 9.15 pagi da bangun. mandi dan siap. aku keluar dengan budak rumah El, yang aku bukan lah kenal sangat dan tak rapat selain si EL ja. aku bikin muka tapai, on saja. fuhh!

apa aku buat? makan saja hari itu. penuh perut dengan makan! makan! makan! dari KL - Kampung Baru makan. nyaman.. oh lupa main boling juga. hampir bertahun lamanya meninggalkan sukan yang dulu menjadi pujaan aku. akhirnya main juga. sampai rumah aku rasa nak meletup da perut aku, kekenyang ke ularsawaan. mandi dan terus gedebussshh tidur. mari dapatkan selingan gambar sahaja. tiada mood untuk memasukkannya.
sebelum & selepas. licinnnn !







picture of the days.
aku memang bawa charger BB aku kemana-mana. sebab penggunaan internet membolehkan kemorosotan bateri pone aku. so, aku memang aku bikin muka selamber ja nak charge pat memana. sorry TS guna plug korang, tapi aku rasa aku bayarkan tuk setiap pembelian barang di dalam TS ni. HAHA. duduk tepi tong sampah pun aku redha. so tittle aku merujuk kepada cerita ini sebenarnya. HAHA. ok. choi.

Thursday, February 10, 2011

sesungai sebatu sekhamis sebumi

unplanned moments are always better than planned ones. yes right. when we plan something with fully hoping, insyaallah memang tak jadi. but if kita tak plan, mula la meriah. this semester, banyak sangat dengan cuti. ada kelas yang aku baru sekali ja pergi. ponteng nya lain, cuti nya lain. memang menarik, tertarik. tapi apa yg jadi for this week, kelas aku hanya ada hari Isnin dengan Selasa. Rabu cancel, Khamis cuti apa ntah. UiTM ada mesyuarat benda ntah, Jumaat as usual memang tiada kelas. (kerang busuk gayanya) minggu depan Selasa cuti lagi, Maulidur Rasul. lamakan cuti aku? dan aku tidak balik JB sebab aku malas nak drive walaupun hati memberontak tuk pulang. tiada masalah pun nak balik kalau nak, tapi sebab rasa MALAS sgt nak drive. masalah betul. rasa penat semacam ja. so kelas tak, merehatkanlah hati dan minda.

Rabu kelas cancel, pergi beli extansion baru pasal lamanya meletup. (boom, rosak) Malam pergi makan Pizza Hut, berdua ja dengan Secterary Fasha Sandha dalam Samson & Delila (aku lupa tajuk dia) nahh order makan macam 4 orang la. lapar betul. pasal tak ambil lunch, breakfast maggie ja. habis. alhamdulillah.

and what happen today, itu la unplanned nya activity. aku pun meriah ja. memandangkan cuaca yang panas, aku dengan budak budak rumah mengambil keputusan mandi sungai. habis mandi sungai apa terjadi ??? nanti aku cakap ending nya. HAHA. memang terbaik tuk kenangan Puncak Alam ini.
aku panjat tangga pat Batu Caves tu, fuhh memang terangkat kening dan bulu bulu aku semua. penat nak mati ya ampun. act, dia nampak tinggi sebenarnya. tapi tidaklah tinggi mana. cuma keadaan tangga dia yang curam tu buat aku yang gayat ni memang gigil lutut la nak sampai. walaupun aku ni obes tahap permulaan, selamat gagah gigihnya sampai juga ke puncak atas sana. gayat woi! tapi tu satu pengalaman la kan. belajar tempat orang, kalau tak explore tempat tempat menarik rugilah. macamlah aku khatam explore Kuantan dulu. Sungai Panching pun tak pernah pergi apa ntah lagi Sungai Lembing. yang aku tahu Permatang Badak - Kolej - Megamall - ECM - Teruntum - Kedai Abg Hip Hop - Nasi Kukus - JB. HAHA. terbaik.
aku salute la ini Macha, dengan 2 kotak air mineral gigih mendaki tangga dengan penuh jaya. fuhh anda hebat. kalau dia tahu aku ambil gambar dan cerita pasal dia mesti dia bangga kan? maklumlah demi sesuap nasi sanggup lakukan kerja yang halal. tepuk tangan cha. kau memang hebat. kat sini banyak moyet juga tau, monyet liar kot. ya la main rampas rampas ja makanan dengan minuman orang. tak da sivik betul. penat kita nak naik atas sampai separuh jalan air kena rampas dengan 'kastam'. mendidih ja tekak member T_____T

aku nak tanya semua dan ingin mendapatkan kesahihan dan bukti, kata kawan aku yang patung emas yang besar dekat Batu Caves tu. yang mana ? ala yang besar tu! hish susah sangat, ni kat bawah gambar dia..
huh nampak tak? patung emas tu la yang dia akan H I L A N G kadang kala pada jam 4 pagi macam tu la. ada kebenaran ke? kemana ia menghilang? apa yang terjadi. so tu pasal aku tanya korang semua apa cerita disebaliknya? kalau tahu pls bagitahu aku. komen pun boleh. kalau nak tahu lebih lanjut apa kata kita usulkan pada Uncle Seekers. biar dia ada kerja sikit, dari duk cerita pasal cerita cinta dia ja. oppsss. sorry uncle. (gurau mainan tidur)

yes you.

sorry.

Wednesday, February 9, 2011

ibu jari membengkak, holiday kt US kan. HAHA

tengok gambar sudah. HAHA. ayat nak gempak kan pergi US last post entry, padahal US juga ok UNIVERSAL STUDIO Singapore. memang gerek seyh, tak menang kaki la kitaorang. jam 10 pagi da masuk, sehari suntuk okayh. sampai ke malam jam 10 malam. memang masa tuk dia tutup. pastu lepak luar kat Sentosa tu sampai jam 12 malam. menggelupur wei. memang heaven gila. korang kena pergi juga. kalau tidak rugi tau. jadi tuk apa dia buat kalau tak pergi. memang layan abis. balik ingat nak masuk Casino, nak ushar la mana mana port kan. pasal Malaysian an FOC entering it. tapi tak boleh guna passport, passport dalam kereta. aku, cici dengan dean ja kot yang nak masuk. blah, jalan jalan 3 orang main air pancut. kita orang pusing satu Sentosa tu without shoes. kaki ayam. pasal penat sangat da. apa apa pun, thanks to Abah dengan Umie melayan kitaorang. love ya. nak layan gambar gambar lain? ---> 'US' together in giggling mood ;D

Tuesday, February 8, 2011

cuti cuci mata,

Hey, Malaysian. Singaporean, Brunei-an, and Johorian (aku bajet satu dunia lah baca, bagi mereka yang faham Bahasa Ibunda - Malaysia T__T) lama tak update blog (ayat yg sgt common #somalaysian) HAHA. Chinese New Year eve + Mid Semester Break = bravo pak tam !!! mengamcam. berjalan, bercuti sakan. assignment semua karamkan dulu. mana pergi adik manes?? jeng jeng jeng. hari biasa tiada aktiviti, berjalan sakan window shopping menjadi rutin utama aku dan keluarga. ia nya satu terapi bagi kami sekeluarga. aku sukakan terapi ini. mencari tempat makan yang menarik pun menjadi terapi juga keluarga pemakan dan pemangsa ni. jom layan sebelum tajuk besar mengisi ruang bicara ini.
seafood time bebeh! jyeaaahhhh.. sambungan selepas ini. saya pergi US bersama keluarga, dan hati cinta. wee :)) bahagia rasanya.

Thursday, February 3, 2011

harap butakan saja mata nya.

(yang atas tu tuk ingatan diri sendiri sebenarnya.)

"tersentak lamunan, bila diri ini disentuh oleh seseorang, ku cuba damaikan hati yang kian berkecai, agar perasaan sedih aku ini tidak nampak" - kau dalam anganku by Azie

mesti korang tahu kan tu ayat apa? aku memang tak pandai tuk sembunyikan perasaan aku. bukan aku raih simpati dengan airmataku. bukan ku meminta pujuk rayu dengan nada sayu ku. maaf aku bukan sengaja. kalau boleh undur masa aku pilih yang terbaik tuk ku dengan tidak menyakiti mu. dan berharap tuk tidak mengenalimu. kau masih punya bau yang sama. bau yang kekal di tubuhmu. aku rindu bau itu. maaf sekali lagi

Tuesday, February 1, 2011

biar mati anak, jangan mati adat. da tu anak kau mati kau suka? adoi :p

korang view vidiyo (video) bawah ni. amacam? kewl (cool) tak? aku pun tak berkenan sangat kalau ayat mcam tu. dan aku memang tak suka ayat macam tu. sometimes si tuttt selalu kena tegur,marah, nganjing dengan aku sebab dia suka guna ayat mcm tu. tersedarlah dia sekejap, lepas tu buat balik. grrrrrr! sabar ja lah dik non.
ala, orang kata chillex lah. zaman da maju, kita kena ubah cara kita. hello!! ok, memang kena ubah tapi bukannya perubahan seperti itu. yang merosakkan bahasa jiawa bangsa. chewaah! so guys, lets go. do something yang really mean untuk bahasa kebangsaan kita. bak kata pepatah dulu, biar mati anak jangan mati adat. tapi bagi aku, 2 2 janganlah mati. sebab siapa tak sayang anak wo? adat tu pelihara ja la molek molek. ok, chow!