mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Wednesday, June 29, 2011

aku sangat berwibawa okay!

sorry guys, lama tak update. busy kalahkan ahli parlimen (ayat cliche, bosan). aku tak da masa tuk hadap lappy pinky terabur screen aku ni. sebab aku busy. kalah menteri (lagi sekali, ahhh). pasal apa aku tak sempat sempat nak hadap lappy pinky terabur screen ni? sebab aku tak punya masa tuk nya.

aku kena jaga dan teman Umie, nenek aku jaga moyang aku. dia sakit. umur lingkungan 90 tahun mungkin (maaf jika tersilap). Nyang aku ni duduk Spore, tapi haritu dia jatuh. lepas tu dia nak bertukar angin duduk JB. aku tolong lah jaga dia dekat Skudai, rumah lama aku sana.

nak dijadikan cerita, aku terpaksa (kasar sgt terpaksa tu, aku ikhlas lah. HAHA) berulang alik juga lah ke sana tiap hari. pagi pagi aku dah pergi sana. lewat petang balik. sebab waktu siang, tiada orang kat sana, tinggal nenek dgn nyang aku ja berdua. pakcik aku kerja. malam pakcik aku ada lah.

tidur pun lewat, sebab sedang berjinak jinak merpati mendapat cinta. lepas tu dah dapat makanan lari. boleh gitu ? HAHAHAHA. takda lah. berkawan biar beribu, bercinta biar satu. (sedapkan hati)

jadi bila dah hari hari jadi driver tidak berbayar kepada umie aku ni, aku penat jugalah kan. memang taklah aku nak mengadap lelama depan lappy. ini pun merajinkan diri. jiwa rasa kosong. lama tak update. takut peminat lari. HAHA.

last but not least, jaga diri ya semua. sebab semenjak dua menjak ni bila malam menjelma kepala ni pusing pening. fuhhh, kalah bola boling spinner nya. sebelah ja ya. tak pun dia tangkap belakang ja.

oh ya, cinta takkan datang kalau tak dicari. selamat malam.

Thursday, June 23, 2011

untuk Adam dan Hawa yang masih tercari-cari jodoh?

selamat tengah hari Encik Khamis. Encik Khamis ni tuk hari Khamis dan tuk orang yang bernama Khamis ya. sekali dua aku bagi. hari ni aku nak cerita pasal apa ? pasal aku, kau dan dia. boleh? HAHA. takda lah. kalau korang sama macam aku, sama apa ? sama macam ni , samar samar lagi mencari jodoh katanya. sama lah tu kan. nak kata single tak single. nak kata couple tak couple. nak kata janda tak janda. nak kata duda tak duda. dah tu apa saja? jawapannya apa pon tak boleh lah. HAHAHAHAA.

okay aku gurau ja. aku nak share something ni. tu pun umie yang share dengan aku pat Facebook. Umie aku tahu aku sedang tercari-cari jalan yang benar agaknya. tu dia bagi semangat sikit. HAHA. jadi baik yang dah ada girlfriend ke boyfriend mahupun yang belum jom kita sama-sama selam tengok macam mana dalam nya makna tu.


bagi kaum Adam,

mahu mencari kaum Hawa ( kalau cari kaum Adam juga, aku tak boleh nak tolonglah )

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. lihatlah pada tapak tangannya. andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. fiirkanlah semasaknya untuk menyuntingnya.

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. lihatlah pada sebujur bibirnya. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. fikirlah semasaknya andai hati masih ingin menyuntingnya. khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. andai tidak redup menundukkan pandangan. fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


bagi kaum Hawa,

andai mahu menerima cinta Adam ( ya cinta Adam, bukan cinta Hawa juga )

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. lihatlah pada aktivit malamnya. andai liar hidupnya tika malam menjelma . fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. kerna maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. khuatir subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. lihatlah pada bahagian kakinya. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu menerima. kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. andai mudah menghamburkan carutan dan sumpah seranah. fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

aku dah sampaikan apa yang aku rasa kita sama sama perlu renung-renungkan. aku pun ada terasa juga. HAHAHA. tapi pendapat aku, setiap orang boleh berubah kan jika ada yang boleh merubahnya dan juga diri sendirilah sebenarnya pendorong utama.

aku doakan sesiapa yang membaca entry ni bertemu jodoh idaman dengan seseorang yang soleh dan solehah. doa tuk diriku juga. insya- Allah apa yang kita ikuti tu perkahwinan kita bahagia sampai ke syurga (Faizal Tahir sikit, hee :D ) kahwin jangan lupa jemput aku ok ? bai. Dan cinta Allah itu paling Agung *senyum*

Tuesday, June 21, 2011

hanya aku dan kau yang mengerti.

hidup makin bosan,
corak hidup mula tiada warna ceria,
makin pudar dengan asap dunia yang kotor,
manusia pula semua bercerekarama,
tiada yang menunjukkan kepercayaan dan kesetiaan dengan jayanya,
mana pergi tatasusila kita sebagai manusia?,
kenapa tidak diteruskan saja rasa rendah diri sampai bila-bila,
apa takut diri dihina?,
bangkitlah semangat waja,
janganlah biar jiwa ditanam dengan rasa hina yang calar,
jangan biar mereka memijak kita,
jangan biar mereka rasa kita tidak bermaya,
kerna kita juga bisa melawan mereka dengan satu pena.

'kau' tahu siapa 'kau'

Saturday, June 18, 2011

Lasagna kasih Umie dengan Caca RM.

hidup untuk makan atau makan untuk hidup? korang sendiri pilih. untuk aku makan tu salah satu hiburan aku. makanan juga kembalikan semangat aku. juga eratkan hubungan aku satu family mungkin. sebab kami satu family pun suka makan, dan cuba sesuatu makanan dan mana mana kedai atau restoran yang menjadi pandang pertama. ok semalam aku dengan umie masak sesuatu. mengisi masa lapang dengan mencuba ia. tapi aku nak cakap satu benda.

kepada peniaga-peniaga diluar sana janganlah menipu pembeli korang. lebih lebih lagi peniaga melayu, islam. ya agama ISLAM. tak berkat korang tahu tak. aku cakp benda ni bukan suka suka. selalu memanglah aku tak ambil port sebab benda tak jadi kat aku. tapi bila kena kat aku, aku tak menyalak lah. sebab aku penyabar (konon). HAHA. hari tu umie dengan aku pergi KIPMART Tampoi beli barang basah. pendekkan cerita, tekak aku nak makan sup ekor. so aku request beli la ekor. so umie mintak sekilo, abang tu bagi dah siap peket sekilo katanya. RM 23. beli, jual. lafaz tu pun berbunyi. esoknya nak masak. umie timbang tak sampai sekilo pun. 750 gram sahaja. ya! aku tak tahu lah nak cakap apa. harap berniaga dengan jujur dan kita pembeli pun berhati hati.

jom lah tengok aku masak apa,
ingredients
1st layer after letak Meat sauce
done with a cheese sauce
buatlah sampai habis
bakar 45 minit
jemput makan, bismillah.

aku masak Lasagna wei, gambar ni aku susun ikut susunan la. 1st try mana ada perfect kan? not bad lah. at least aku puas hati. cun ? kalau korang nak try kan. korang google ja. cari resepi pat internet. macam yang aku bikin. ala korang tak payah nak ikut sangat pun, ubah ja ikut suka korang. aku suka mushroom so aku letak mushroom. hee :D

ala senang juga lah nak bikin, hati kena ikhlas sama sabar. cheese sauce guna cheese, full cream milk dgn butter. for the Meat sauce, daging kisar dgn sos prego tu ja lah. sini aku bagi link for the recipe. korang klik lah heh. Fatin Liyana: Resipe - Lasagna , myAnakTekak . all the best.

p/s: berat turun tak nampak pun turun nya mana. (beng o!)

Thursday, June 16, 2011

ujian tahap pertama dalam proses tuk berjaya.

Hello kawan! semalamkan Wordless wednesday, jadi aku just posted a picture. hari ni aku nak cerita apa motif sebenar posted picture tu. okay, cuti semester aku 4 bulan. aku tak kerja. aku tak buat apa pun. berjalan ke sana ke mari itu memang kaki aku. kaki jalan. kaki ronggeng. tapi jalan aku ni bukan ronggeng ke sana ke mari mencari lelaki. HAAHA. merepek. sudah cerita. *berkhayal*

kalau dapat kurus sikit pun jadilah. tp kalau dapat kurus macam dulu lagi syurga. kalau kurus senang nak dibawa kesana kemari. confident level tinggi. kalau kurus umie dengan abah senang hati. *ah, banyaklah kau punya kalau. bangunlah dari berkhayal tu*

gambar aku semalam, *tekan ini* gambar time belajar dekat Kuantan dulu. pehh berat pun maintan. tapi sekarang? aku bukan nak mengeluh sekarang ni pasal berat badan aku, tapi aku nak share something yang aku cuba buat selama 2 minggu ni. memang lah kita tak boleh nak terus paksa. tapi at least kita cuba kan ?

untuk pengetahuan korang aku turun berat badan aku 3kg dari berat sebelum ni *aku taknak sebut berapa, malu lah* HAHAHAHA. aku nak kejarkan berat badan aku yang dulu. kalau dulu memang aku boleh kurus, kenapa sekarang tak kan?

apa aku buat ? aku memang pemalas. cukup pemalas. makan pun boleh tahan. tapi hati kita tahan kita. nafsu, minda kita ada tuk kawal semua nya. jom tgk apa aku buat. aku nk share ja. walhal nya pun aku bukan seorang doktor. dan kalau cara aku ni tak sihat, maaflah. sekurang-kurangnya aku mencuba.

  • sehari aku minum 1.5 liter air *paksalah diri minum sampai muntah. minum lebih pun ok*
  • bangun awal pagi kemas rumah hari hari, walaupun terpaksa kena bebel dulu dengan dengar omelan mak korang.
  • turun naik tangga. *aku bawa penyapu, lepas tu btg mop pula*
  • jgn skip breakfast. hari hari aku hadap nasi lemak daun pisang. fuhhh!
  • makan nasi ja. jgn salahkan nasi. nasi tu tak bersalah. ambil dlm kuantiti sederhana
  • malam jgn makan. *tp aku mkn juga, ambil sikit ja lah* HAHAHA.
  • malam ganti dengan benda yg ringan ringan.
  • petang aku main badminton *walaupun tali raket badminton aku putus, aku gigih. HAHA*

lain aku lupa lah. nanti kalau aku ingat aku update lah. korang rasa berbaloi tak aku bagi tips ni kat korang?? HAHAHA. kalau korang rasa tak boleh pakai atau apa kan. baik tak payah ikutlah. aku tak syor *ayat syor ni pun aku tanya Kak Sara, mcm mana nak eja. lama na cuti* korang ikut. baik korang ikut saja nasihat doktor. amalkan pemakanan seimbang dan sihat. kalau aku memang betul betul turun berat badan aku barulah korang betul betul boleh ikut. dan dalam usaha diet aku ni, aku tidak menyeksa diri aku okay. sebab aku dah janji lepas balik diving aku betul betul nak kuruskan badan aku. so aku kena kotakan janji aku. okay? selamat.

inginkan berat badan yang ideal dan bentuk badan yang menawan? on diet dan hantarkan ke diri sendiri. ya, terima kasih.

Monday, June 13, 2011

entry ini entry bergabung. nak tuju lagu boleh?

okay entry kali ini aku namakan entry gabungan. ala macam Akim Ahmad *pujaan* dengan Stacy tu nyanyi lagu Jahatnya Cinta sesama. HAHA. pasal apa gabung ? pasal entry ini entry ucap selamat. tapi bukan kenduri doa selamat atau entry selamat malam. yeah! korang kan tahu aku ni macam mana, tahap rajin aku sangat disanjung tinggi untuk mereka cerita. kalau time kelas, uii rajin aku update jangan dikata. kalau Abg Nara. tp bila cuti? berkahak lah! so cakap banyak takda guna. HAHA.

apa cerita selamat nya ? okaylah. selamat pertama adalah. *drum roll pls* Selamat Ulangtahun Sayang. siapa sayang? 9. Jun tarikh keramat dimana dia dilahirkan oleh ibunya dan aku juga terbongkang lahir ke dunia sebab dia. siapa lagi kalau bukan, UMIE ! yeah! HAHAA.
aktiviti yang dilakukan? harijadi tu jatuh pada hari Khamis, so abah ambil cuti lah. kitaorang takda la celebrate bagai nak rak kan. HAHA. biasa biasa ja. memandangkan semua pun ada pat rumah. so macam biasa, awal pagi dah kena kejut. siap. lalu pergi makan makanan indonesia. Nasi ayam penyet dekat Restoran Ayam Penyet Endang, terbaik! sangat. dah kenyang, ingat nak layan #KLGangster lah kan. sekali pergi City Square nahh kau #BBNU beratur ramai gila. pening kepala. cancel. apa lagi. masuk Singapore, shopping! Yeah! macam tak pernah pula kau masuk Spore kan. padahal, relatives kau pun kat sana. deng deng! mana ja pergi kau shopping? sempat singgah IKEA. puaskan hati. tengoklah muka berlagak dia dapat shopping kan. HAHA. aku siap bikin kan photoshoot tuk adik adik aku lah dalam IKEA tu. layankan. malam, abah ada game. so lepak kat club. bunyi macam real. HAHA. padahal mcm golf club macam tu lah. ada gym, bowling alley, swimming pool, etc. adik adik aku swim. aku ?

okay, move to de next selamat is.. Selamat Pengantin Baru for my couzy.
p/s: tuk umie, hadiah akak tuk umie, umie tunggu ja nanti akak hadiah kan umie menantu juga heh. HAHAAHA! Mesti umie suka guling guling. HAHAHAA. ok. bai !

Saturday, June 4, 2011

saat bergelar penyelam skuba.

sebenarnya aku ada janji nak update cerita pasal aku time ber title kan "DIVER" . based on aku punya previous cerita ni hah. tekan ini. lepas tu aku lupa. okay lah mari lah aku cerita sikit. boleh ? aku ambil lesen aku dekat Pulau Aur. dunia sana sangat cantik. perjalanan 6 jam dari jeti Mersing memang berbaloi tuk kau bila kau sampai sana. tenang, cantik. subahanallah. aku tidur dalam feri, terjaga, tak sampai lagi, tidur lagi, terjaga pun tak sampai lagi. sampai dah tak boleh nak tidur. bayangkan jauhnya tu. so August 2009 akulah diver muda. HAHA. ini memang satu impian aku tuk ambil lesen ni. aku bayar lesen ni *bukan aku bayar abah* boleh tahan lah jumlahnya. so tuk 1st dive ni tiada gambar dalam air. nebes dia kalahkan orang nak kahwin aku rasa. memang aku rasa jiwa separuh nyawa. jadi seperti biasa aku memang pemalas. layan gambar ja lah heh. HAHA.

kalau before this, aku dah update cerita pasal ni. sorry lah. mungkin aku lupa. bukan tuk berbangga. lagipun nak cari entry lepas bukan senang. so chill k. kita layan. cara ? ;D

Thursday, June 2, 2011

Aksi Marabahaya dalam Laut.

Hello Jun, saya kembali untuk anda semua. End of May aku tuk tahun ini berakhir dengan happiness. aku puas hati dengan apa yang jadi. terima kasih Allah, kerna membenarkan aku tuk terus hidup dan merasa dan berkongsi ciptaan-mu. so aku nak cerita apa aku buat kalau aku bahagikan pada part 1, 2 or 3 ok tak ? sebab kalau cerita panjang sangat orang boring. kan lari pula peminat i. HAHA. ke nak aku bahagikan pada atas darat dan dalam laut. hello hello Caca RM, awak cakap apa ni ? oh lupa lah nak intro. sorry guys. aku pergi Pulau Tioman last week.awal subuh pagi bertolak sebab feri jam 6 pagi sabtu. first time i pergi Tioman ni. before this aku pergi Pulau Aur. ambil lesen dekat sana. aku juga dah pergi Pulau Perhentian, trip class. aku lepak Tioman sampai Isnin. pergi mana ? Salang. buat apa ? diving !! yeah

layan gambar boleh der der, ter ter semua ? thank you. i love you lah. gambar kalau letak semua masaklah. jadi ambil yg terbaik saja. HAHA. cun? Aku tunjuk aksi marabahaya dalam laut ja lah heh. Aku pergi 30 meter dalam. Tgk kapal karam yg dah jadi tukun. Fuhh! Jom ?


p/s: Aku tak pakai wetsuit pun. hee. wetsuit aku mengalami masalah "kekecutan" AHAHA. sumpah best juga bila tak pakai wetsuit ni. rasa otai abis. HAHA.