mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Monday, January 31, 2011

hantu, mana hantu? ada hantu. mana mana ??

hye, selamat hari sejuk seMalaysia. serius bumi Malaysia sekarang sedang dilanda musim salji buatan. ok tipu, musim sejuk sudah. sangat sejuk. haruslah aku mandi sehari sekali sahaja. malam tak mandi, cuci muka, gosok gigi dan tidur. tak tahan der. boleh kena kencing manis. bluek! HAHA.

so selama cuti baru berapa hari ni, tiada benda menarik yang dilakukan selain bershopping hari tu dengan mencuci mata dan kejadian semalam. aku pergi tengok teater adik aku lah si Cici tu.. jalan cerita yang menarik dan Cici lakonkan watak Bayu dengan sempurna sekali. comel gila kawan kawan. rugi korang tak datang tengok. pat adik aku ja la comel. HAHA. bertempat di UTM Skudai, kami menuju walaupun hujan lebat. aku malas cerita. standard lah kerna aku sukakan gambar. jadi apa kata kita layan gambar ja? cun tak? terima kasih kawan.
ni bajet pose 'kurus' -_-
they are my pride
Bayu in de house
Bell Ngasri. we all interframe *_*
Anne Ngasri interprame lagi T__T
artis wannabe tu la adik aku.
*clap clap*
Picture of the day jatuh kepada CEPLOS!!
HAHAHAA. guess what kitaorang jumpa si ceplos ni dekat Mcd UTM Skudai. korang tak kenal dia heh? aku pun takda la nak mengikuti cerita dia sangat. tapi sebab gaya dia yang kelakar tu teringat tu. tang rambut dia tu, asyhukkk! ada style.

Sunday, January 30, 2011

dang dang dang.

aku sentap. bai.

jagalah sikit kain kau tu, nak terlucut dah!


'perempuan mengandung'
aku malas tuk menceritakan keburukkan orang dalam ruangan aku, jadi biar aku cerita keburukkan,kehodohan, kepalsuan, semuanya ke ke kepada aku.

kurus aku tiada sakiti sesiapa, gemuk aku tiada masalahnya dengan kamu.
jadi diriku adalah yang terbaik tuk kamu dan kamu.
jangan kau ucapkan kata yang menyakitkan hati kerna tersinggungnya hati ini,
ditelan saja tanpa balas dan berdosalah kamu.
apa hinakah orang yang berada didepanmu ini?
pernahkah dia menutup periuk nasimu, atau pernahkan ia menganggu ketenteramanmu?

mungkin dia dalam kebahagiaan jika ucapkan sesuatu yang menyakitkan hatiku?
mungkinkah ia rasa bangga bila lihat aku terduga?
puas tuk aku telan cakap dan rasa ini,
"eh mcm perempuan mengandunglah, eh kenapa badan mcm di pam pam ni?, eh sihatnya kau sekarang, eh gemuk siot, eh kenapa kau macam ni?, eh dan dan dan lain."
ingat aku minta? adil lah tuk aku dulu pernah rasa kurus, pernah juga rasa gemuk.
jadi mahu apa lagi?

bersyukur sajalah ada lagi orang yang kurang upaya dari kita,
ikut aku, aku da cukup sempurna ni tuk mereka yang tidak dapat melihat dunia,
tuk mereka yang tidak dapat berjalan menghirup udara.

tuk mereka yang sama seperti aku, atau mungkin lebih teruk dari aku, atau aku lebih teruk dari mereka, kita mulakan saja hidup dengan sederhana dan bahagia. biarkan mereka bahagia dengan ayat dan kata mereka. jangan doakan yang sama. tunggu saja masa berganti masa.
dan kita berani tuk teruskan hidup didunia. dan rasakan seperti ambil sahaja cabaran kata orang tu kita lebih bertahan.

Saturday, January 29, 2011

this long distance is killing me



somehow, long distance nya relationship ni ada good ada bad nya. we should know how to handle it. nak kata aku jauh sangat dengan #babylove takda la jauh mana pun. sorang dekat UPM, sorang dekat UiTM. area selangor dan serdang. cuma sorang barat sorang utara. ala sama ja dengan sebelum sebelum ni. kekal ja hubungan. tiada masalah.
(ok, tipu. gaduh manja haruslah ada)

long distance with my family pun boleh. membunuh juga. tu tiap tiap minggu aku balik JB. tak tahan. nasib ini minggu cuti. semangatlah juga rasa. assignment tidak dilupakan. wee. sekarang semua orang ada dekat rumah. dan complete. perlu isikan masa cuti ini dengan ashyukkk ! macam macam aktiviti sudah dirancang. sekarang ni leisure dulu 3 - 5 Februari, as usual fully booked. time for family and chill ! yes. so sebarang pindaan akan diberitahu kelak dan jika inginkan saya, booking tarikh lain ya. (bajet apa ni? artis ke 'mak hayam') HAHAHA.
tu diaaaa, dak bajet dengan iphone4 dia. ya la orang dapat 8 A's. nahh pastu tergagai nak guna. baik juga blackberry aku. (ayat dengki) HAHA.

can i have this cake for my becoming birthday next week. (konon)
credit to: amazingnara.com

oh lupa nak cakap. hari rabu hari tu, kita jatuh taw awak awak. sakit gila. haruslah menangis. siap mengadu teruslah kan. nasib ada kawan kawan tolong. thanks to budak budak rumah. nabila chacha, ana, nisa kebetulan melawat. HAHA. jauh dari perut lagi bak kata nabila tu. tapi perit la. pastu semalam pergi Aeon Jusco Tebrau, ada cina tu langgar kita dengan baby stroller anak dia. luka lagi. terkopek kulit kita taw. minggu ni, aim kaki ja semua. tu la kaki kuat jalan sangat. tuhan bagi balasan. -_-
ni gambar semalam. nampak mcm da okay. tp sebenarnya perit woo. sakit sangat. yang penting kasut tu. HAHA. mcm jatuh motor merempit pun ya juga aku tengok ni. ;p

p.s -tetiba rasa entry ni tiada kaitan.

Tuesday, January 25, 2011

hentikan penderaan ke atas kanak kanak.

hye, last weeks kan aku balik pasal rasa macam da lama betul tak balik. padahal baru seminggu. mengada la kau. so, tak da aktivit menarik pun berlaku. abah takda outstation, tinggal aku, umie, Fyna. si Cici sibuk training teater dia tu pasal lagi seminggu ja tiba sebelum hari kemuncak. GoodLuck adik. so hari Sabtu yang dingin. tiada apa yang mahu dilakukan. Fyna sekolah. lepas aku kemas rumah. aku turun dapur "tengok" umie masak. aku berbual la. oh ya, umie siap online sambil masak. pasal abah tengah online. sangat romantik gitu :))

hati aku ni pula memberontak nak pergi rumah makcik aku, nak jumpa anak anak buah la senang cerita. kangen bangat deyh. tetiba aku dapat phone called. sepupu aku called, dia bilang anak dia asyik tanya aku ja. rindu aku. "Cik Ca ada tak ibu, puteri rindu Cik Ca la. " HAHAA. sangat comel. seperti juga aku wahai puteri puteriku. aku merindui mu. lepas umie siap masak semua aku pun ajak lah umie menuju ke Pasir Gudang. tralala tralili tralulu.

tapi aku tak terus pergi Pasir Gudang, pasal aku ajak umie singgah KSL City. Shopping Mall Happening Now! Baru buka la konon. saja ja nak berjalan menghabiskan duit. bila aku balik tengok resit apa yang aku beli aku pun tak tahu. tak nampak apa pun. aku rasa macam murah ja masa ambil semua. pastu tgk resit. menyeal pun tak ada guna ya kawan kawan.
da puas berjalan, umie pun da bising. pasal sudah kelewatan petang. nanti jam berapa pula nak pulang. maklumlah tiada orang lelaki. wee. aku pun bergeraklah. plus puas lah hati Fyna dapat kena belanja Tutti Fruitti. aku naik muak da. tiap tiap hujung minggu dapat. kemaruk betul. sampai rumah ubu haruslah makan time. asal pergi rumah ibu ja perut anda takkan kosong. fuhh! terbaik. lontong goreng, sedap. siap ada kuih sagu lagi. wee. kenyang, puas dan berahi. oppss. menunggu kesampaian puteri puteri haruslah bermain dulu dengan anak ibu Yaya kecik kelemut ni. geram betul. HAHA.
dan sesudah sampai mereka. puteri puteri. kenapa panggil puteri? memang nama mereka semua ada puteri. budak paling rindu aku ni, bijak mulut dia. kesian dia rindu Cik Ca dia :)
siap dapat kiss lagi. *muahmuah too*
hah, kan semua da dapat Cik Ca. wee. Yaya kepanasan. sepsi sedikit. HAHA. ok bai semua.

Friday, January 21, 2011

bicara pasal cinta lelaki perempuan tiada bezanya

semalam aku up satu status ni dekat facebok, dan ia mendapat sambutan hangat. aku benar benar maksudkannya. tiada gurauan ok. entah kenapa semalam aku #sentap pula pikirkan ia, padahal lama da kisah ini berlalu. bertahun lama. ini bukan cinta pertama aku. yang itu lama da terkubur. biarkan ia. tapi semalam aku duk belek la gambar budak ni dekat facebook. macam tak percaya pula aku pernah ada hati dan menaruh harapan pada dia. aku dan kawan aku simpan perasaan yang sama tapi dia lebih bernasib baik. HAHA. jom sergah..
HAHAHA. kan aku da cakap. yang like nya bukan main ramai lagi. aku tak tahu la maksud like bagi mereka tu sebab mereka suka ayat aku atau mereka juga berada dalam situasi yang sama. yang penting aku cinta sejati sama abang taff aku lah. tiada lain. (ayat menjaga hati! ) ni ada cerita baru. pagi tadi aku nak hantar abah aku, dia kena outstation. kitaorang tak hantar kat airport sbb abah naik dari Spore. so hantar kat bandar ja. before pergi kitaorang breakfast sesama. aku, umie, abah adik aku si cici. si fyna sekolah. jadi kami berempat sahaja.

nak dijadikan cerita. kitaorang ceritalah pasal lagu kat bawah ni.

tiba tiba ada orang sentap. dekat meja makan tu dia menangis, sampaikan ke dalam kereta. aku, umie dengan abah da gelak sakan da ni. HAHA. hati tisu la der ni..
kadang kita memang susah tuk lupakan kisah lama cinta kita. jadikan ia sebabgai kenangan abadi dan jangan membenci kerna semua orang punya hati. cintailah sepenuh hati agar tiada rasa mati. aku tak salah sesiapa jika ada perpisahan dan semua orang berhak untuk rasa sedih dan menangis pilu. kerna kita manusia biasa yang dicipta oleh-nya dengan rasa bicara.

Teater Primadona Perahu Mimpi.

hey, hari ni aku nak ajak orang Johor lah keutamaanya tuk menonton pementasan teater amal Primadona Perahu Mimpi. ianya adalah anjuran Unit Kebudayaan Dan Kesenian, UTM & Pusat Pemulihan Dakam Komuniti (PDK) Dun Nusajaya , Grup Inspirasi Unik juga kerjasama antara Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Johor dan juga Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan. ia bersemperna dengan program amal Cahaya Kasih

bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru. bertarikh 28 & 29 Jan 2011 jam 8.45 malam. pas menonton boleh didapati dengan harga RM 100, RM 50 dan RM 20. jika berminat tempahan tiket boleh dilakukan dengan menghubungi Suraya (012-734 2665) atau Joe (019- 788 7781)

teater ini berfungsikan "Teater Puisi Tari" dan bersendikan tradisi. antara barisan pelakon yang dikenali ialah Bell dan Anne Ngasri. pelakon yang lama dalam industri lakonan. jadi orang Johor dan orang orang yang berminat dengan teater. why not kita pergi dan lihat bagaimana pementasan ini berlaku. aku pergi support adik aku juga. yang muda dalam poster kat atas tu, huh tu la adik aku. (HAHA)

last but not least, sorry jika ada sebarang kesilapan dalam informasi yang diberi. aku cuma nak membangkitkan rasa semangat teater dalam diri kalian semua. terima kasih dan jumpa disana. kalau nak tahu lebih lanjut juga boleh call or PM aku dekat facebook atau mana mana yang berkaitan ok. Caca RM.

Thursday, January 20, 2011

i've reblog it from

balik sarang baru aman.

semalam aku balik JB, tak bilang umie dengan abah. saja ja bikin surprise. memang surprise pun. HAHA. best best. aku suka dunia aku ini. sepos weekends ni ada KPKP *cara aku* ala maca ceramah lah macam tu. aku memang decide tak mauh pergi. tahu tahu benda tu cancel. lucky me la. HAHA. gambar ni memang aku ambil sendiri semalam. HAHA. takda kerja ;p

17 jam tuk baju merah itu. Fuhh!

mari ikuti kesinambungan cuti hujung minggu aku. wee. sabtu dah balik lewat malam. jam 8.30 pagi ahadnya pula, aku membangunkan diri. sebab nak pergi dating. HAHA. nak keluar sedikti dari kepompong. bosan wei duduk puncak sana. budak budak ni pun nak ikut. memandangkan semalam lewat pulang ratu sabah pun tidur pat rumah juga. so siap siap kitaorang park kereta dekat KTM Sg. Buluh. menujulah ke Kuala Lumpur, segi tiga bermuda. memang rare pagi pagi da gerak. wee. destinasi pertama aku pepagi terus pergi tengok movie. HAHA. pastu baru mulakan perjalanan. HAHA. janji happy. gambar menceritakan segalanya. mari...
lepas tengok movie kitaorang pergi makan Kenny Rogers Roasters, penuhkan perut sebelum berjalan jalan mencuci mata dan menghabiskan duit dengan lahapnya. itu aktiviti dia dan aku. #babylove aku ada satu memang penyakit, bershopping mengalahkan perempuan. kadang kitaorang masuk kedai baju yang sama pastu dalam tu kitaorang separate sebab masing masing nak cari barang sendiri. HAHA. lepas tu mencari juga nak tanya okayh ke tak. sesuai ke tak. lepas tu hilang. dan aktiviti ini berterusan sehingga ke hari ini. HAHA. kami tidak punya masalah bosan menunggu sebab orang ni shopping so kena tunggu bagai semua la. no no no :D perut sudah kenyang, inilah masanya. tralala, tralili,tralulu, tralele.
testing testing
snaptu dulu tunggu orang.
tu diaa kalau boleh satu pavi tu dia nk beli kan ?
okayh sudah penat berbalik lah kami ke Times Square. #babylove kalau da datang time square tak pekena hot and roll dia memang tak boleh. favourite tu katanya. perut pun da lapar balik. seharian berjalan, mahu tak penat kan. aku pun layan. haruslah dapat upah. tutti fruitti satu. memandangkan kedai sebelah sebelah. memang lah aku tamak. dua dua aku nak. so aku beli hot and roll juga pastu tak habis sebab da rambang mata nampak Tutti Fruitti. tolak kasi abang taff.abg taff pat pat Tutti Fruitti ni kurang sikit. takpa t aku ajar juga dia makan. ngaummmm, telan juga. habis kau. HAHA.
khusyuk tu dapat makan itu.

malam pun melabuh tirai. diri perlu berpisah dan hati sentiasa bersemai tanpa tirai. aku bahagia bersama denganmu. pertemuan terakhir di KL Sentral. sebab aku kena balik Sg. Buloh ambil kereta dulu. perpisahan tanpa titik noktah. sebab aku pergi macam tu saja. rushing kejar train. sedih. pilu. airmata jatuh juga. rasa sangat kecil hati ini sebab berlalu tanpa ucap kata selamat jalan. aduhh! malang tidak terhenti distu sahaja. bila aku sampai Sb. Buloh on the way balik, accident. dummm!! motor langgar aku. serius aku terkejut. india pula. habis la sekaum datangnya. tiada nada ugutan darinya tapi cuba tuk menghalang aku dari report polis. memang taklah. mesti lah aku report. jam pagi baru setel semua nya. #babylove datang sebagai penyelamatlah kononnya. kena report dekat damansara. kalau da 10 orang tunggu dekat luar balai, mana tak gigil kaki kau dengan kami 4 orang sahaja perempuan. ambil!! siap nak cari gaduh dalam balai lagi. haish! payah bila berinteraksi dengan lain pemahaman ni. kita mahukan yang terbaik tapi kau? apa apa pun aku selamat sampai rumah jam 3 pagi. esok haruslah tak bangun pergi kelas. sangat mengantuk.
thanks for everything boo. i love you because of who you are not because of your money or else. perasaan shayunk ini sama seperti hari pertama kita jumpa dan semakin bercambah bunga bunganya. HAHA. hari tu keluar semua mendapat tajaan dari awak, dari hujung kaki ke hujung rambut. terima kasih tuk itu semua. tiada balasan yang mampu saya berikan tapi hanya cinta. bai.

Tuesday, January 18, 2011

Umie bangga punya aku. HAHA

hey, salam readers. chett !! firstly aku nak bilang yang, yes i did it ! YES YES YES. apa yang aku da berjaya? HAHA. bila umie wall aku dekat FB bunyi macam ni:

"tahniah Caca sebab berjaya tak balik tuk minggu ni, umie bangga ada anak macam akak."

aku tak ingat sangatlah ayat dia. tapi lebih kurang gitu la yang aku ingat. motif sangatkan ayat umie aku tu, menganjing sangatlah bunyinya umie. alah, lagipun akak tahu akak memang boleh hidup la. weik weik. aku relax ja. walaupun. adoiii! merana bai. sabar ja lah. macam macam jadi kot. jom check it out....

kelas aku sampai khamis ja kan? khamis nya aktiviti aku da cerita previous entry. click ini tuk tahu. begitu lah cerita Khamis. Jumaat memang tiada yang menarik yang terjadi. membekukan diri dirumah dengan ketiduran, kebaringan, ke'online'an, kegelimpangan dan ke ke an an lain lainnya. memang loser gilalah hidup. sangat seperti tidak terurus. end of story about friday. memang LOSER. HAHA.

Saturday nite fever. jyeah! siang seperti biasa. awal pagi aku sudah membangunkan diri. sebab nak cuci baju. pakai washing machine ya u olss. no tangan tangan ni. kasar nanti tangan i ni. HAHA. aku memang nak basuh pepagi, nak jemur bawah matahari. baru best. terima kasih sebab bau cadar saya bau mama bak kata mia. HAHA. so da bangun pagi lepas menjemur. haruslah aku mentidurkan diri aku semula. HAHA. mandi siap semua, memang selesa. sampai lah ke petang.
apa jadi dengan malam? tekak aku mahu makan secret recipe. so aku pun ajaklah si Artis wannabe aka Tania, Si Teacher Shida wannabe aka Anney dan harus ada Si Ratu Sabah. HAHAHA, kitaorang isi malam kitaorang dengan Secret Recipe dan? mari hayatinya. gigih jugalah nak mecari area Puncak Alam ni. so kitaorang pergi Klang sana. fuhhh! jam malam juga la hanis karok ja da pukul berapa pastu lepak minum dekat kedai kereta. unik kedai dia. siap ada trek semua bagai. jom lah layan...
bukti la konon pergi karaoke.

p/s: cerita hujung minggu aku belum berakhir

Saturday, January 15, 2011

takut hantu daripada takut orang.

hye, happy weekeend all. im still here. yes, still alive with pride. HAHA. ayat kau memang cool weyh. *sangat* what happen with this weekend ?? sangat adventure kehidupan disini. sangat mencabar minda dan sangat memainkan perasaan. sabar ja lah aku.

okayh, tak payah tunggu weekend. malam khamis tu ja aku da bikin pengembaraan. memang daring gila. HAHA. jam 1 tengah malam menonton wayang. dimana?? AC disini.... takda la jam 9.30 mlm tanpa perancangan yang tersusun dan hanya ingin menjemput si Ratu Sabah saja. tapi da berkumpul lain pula jadi nya. aneh. balik rumah semula siap siap. brooommmm menuju ke Shah Alam. ingat nak tgk dekat Jusco Bukit Raja saja la kan. harapan. fullhouse. da larh meredah jalan gelap. mak aikk. gigih. sedih menyelubungi diri. berbekalkan dengan harapan ingin menonton juga. buat keputusan pergi Sunway Pyramid yaww. da kul 11 lebih malam tak silap aku. sampai juga. khamis malam jumaat der. layan..
kul 12 tengah malam tetap masuk panggung. cerita apa? Khurafat. aku memang penakut. jadi kadar ketakutan dia, haish. boleh kena kencing manis. menakutkan. ala kalau da penakut tu tengok cita hantu sikit pun da memang takut. penakut sekali lagi. tutup mata, muka segala benda yang akan telihat aku tutup. ada part orang menjerit aku tak menjerit. pasal tutup mata. HAHAHA. sama dengan ja dengan ratu sabah tu. kitaorang pergi 5 orang. 5 5 pun penakut. tak boleh harap. HAHA. abis movie kul 2 macam tu. calibutla balik puncak semula. kang kalau da subuh subuh, embun jantan keluar kang lagi bahaya. HAHA. takut hantu, bukan takut orang. bengong.
balik rumah sampai pukul 3 pagi. phewww terus menidurkan diri. memang penat. nasib tak mimipi yang indah indah. HAHA. esoknya haruslah bangun lambat bukan ? we gonna see what's next okayh. nie baru khamis malam jumaat. how about Jumaat? Sabtuday? and Sunday. weee.

Friday, January 14, 2011

Kita bakoooor ja umah kak limah tu. AHAHA.


aku suka lagu ni. rasa macam comel ja Abg Awie ni nyanyi. HAHA. pat yang terus memancoooorrrrr tu aku suka. HAHAHA

hiburan adik adik.



lokasi: Sek Men Sains Kota Tinggi, Johor
guling guling aku gelak perangai adik adik aku ni. HAHAHAHHAHA