mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Saturday, September 25, 2010

perut berparut

jyeah jyeah jyeah !!! eh eh eh, kenapa suka sangat ni Caca RM! pasal, awak semua tahu tak hari ini kita lepas hajat kita dengan ini. taraaaaa.....
sangat teruja. ya la, lama kot idam. hari tu tak jadi masak ;p dan tak sempat juga nak makan kat JB. sampai la ke hari ini, ke tarikh ini. aku dapat. balik kelas, aku tidurkan diri sebentar penat lah. pastu dalam pukul 3ptg macam tu msg Anabanna lalu ajak dia tuk berjalan. tujuan utama memang nak makan lasagne la. tiada lain. siap siap dan menuju lah kami ke SACC Mall terus ke Secret Recipe ya kawan kawan. masa sampai tu hari nak hujan, so time makan memang hujan dengan laju ja mencurah curah, asyhukk ! jom tengok muka teruja ;p
teruja dan terus teruja dan berharap agar biasa masak sendiri
dan makan sepuas puas nya. gitu ?oh ice chocolate with whipped cream . yummy pummy
teheee. dan akhirnya ??????
ALHAMDULLILAH! && balik singgah KFC makan cheesy wedges dan
snack plate tapi kami share la berdua.
HAHAHAHA.

Thursday, September 23, 2010

bukan malang, cuma kurang bernasib baik.

memula sekali aku nak bikin sambungan cari kisah pakcik aku kat bawah ini. pakcik nampaknya da ok even memula dia sukar juga la nak membetulkan diri nya dengan normal, tapi alhamdulillah sekarang dia boleh berfikiran waras. tapi sebelum nak mewaraskan fikiran dia memang agak sukar la. cuba kamu orang semua bayangkan, ada ke patut pakcik update status dia, tanya mana gf dia. kenapa tidur lama sangat. dia tunggu gf dia on9. sumpah aku cakap memang aku sangat kesian kat dia. Ya Allah ya tuhan aku kenapa berat duggan kau berikan kepada pakcik ? tapi orang cakap kalau Allah swt menguji kita maknanya dia masih sayangkan kita dan mahu menguji tahap kita. tapi aku memang tak boleh tengok pakcik macam tu. kasihan sangat. lagi sekali dia update status fb dia tanya mana gf dia. tanya kenapa tidur lama sangat. dia da rindu sangat. puas kawan kawan pujuk mungkin, akhirnya hati dia berlembut juga tuk menerima hakikat. aku msg, call siap lagi nak tahu condition nak make sure dia ok ke tak. dan sekarang mungkin dia memang sudah boleh terima walaupun ianya kan mengambil masa yang lama tuk melupakan.

ok, habis cerita pakcik. dan mari bercerita tentang aku pula. Trip to Genting ? so so ja la. ya la pasal da naik jemu, muak da pergi Genting. So aku mengambil alternatif lain dengan mengambil langkah hanya untuk berehat rehat ja. main la game tapi yang relax relax ja :) tetapi apa yang membuatkan hati aku betul betul kemacuk apabila, aku hilang handphone. masalahnya bukan handphone aku tapi handphone adik kecil aku, yang abah baru belikan.

sorry adik, it wasnt my fault ok. orang yang curi tu jahat. teheee. hati aku kuat kepada driver bas tu pasal, hp aku cicir dalam bas. da tu bangangnya dia, ada ke patut msg aku minta alamat nak pulangkan simcard. jadahnya. aku tak perlukan simcard tu. aku perlukan memory card dengan handphone tu. aku tak reply pun. evendo dia msg aku 2 kali. pasal abah dengan umie cakap jangan layan. biarkan ja. benda da lepas.

eh eh, macam redha ja la erti kata lain. HAHA. takpa,mesti abah nak belikan akak berry berry an? HAHAHA. aku pun tak tahu la apa ke goyang sangat hari semalam. i tot i already lost my jed ring yang abah belikan tu. sekali da balik berjalan semua, aku cari la kat bilik. tu dia, bawah katil. aku pun tak tahu macam mana boleh ada bawah katil. agaknya aku mamai ke apa, aku pergi buka dan main campak ja. HAHAHA

takpa, benda da lepas. jadi marilah kita mulakan hidup baru. esok aku ada quiz mandarin ya kawan kawan. tapi tak stadi apa pun. takda mood la. hati asyik merintih ja. rasa seperti ingin menangis walaupun memang da menangis kot tadi itu pun lepas umie kol. tak mahu menangis umie dengar nanti umie risau pula. umie pun da tertanya tanya tadi kenapa hari ini senyap ja, takda kol or msg. entahlah aku pun tak tahu kenapa. aku rasa macam aku bukan aku yang sebenar sekarang ini. bersabar sikit dan mungkin aku akan temukan jawapannya.

baiklah. goodnight everibodi. bai

Monday, September 20, 2010

arwah selamat dikebumikan. amin

sebelum ini aku pernah cerita, cerita macam ni. ada kaitan la tentang hidup dan mati. tapi kali ini jadi dengan orang yang dekat dengan aku. jadi aku rasa down dan menganggu emosi aku juga. cerita sebelum ini: sila klik link ini.

aku da balik JB semalam malam, dan mengalami sedikit pertelingkahan kecil besama kekasih sebelum tidur. lalu dibiarkan saja perasaan tu sampai tertidur. bangun pagi, kekasih kejut dan kami buat seperti tiada apa yang berlaku. Aku pun pergi kelas begitu juga kekasih. ada masa terluang kami msg, kelas start kami berhenti menghantar sistem pesanan ringkas. oh ya aku lupa makan lunch tadi. habis kelas terus balik da sampai bilik baru teringat. so tak pergi makan malas. lalu on9, dan kemuncaknya pun tiba....

status Abu Darda' merangkap pakcik kekasih aku. tapi kitaorang kira ngam la. statusnya berbunyi begini : Al-Fatihah buat kekasih hatiku Selena Tan(Leyan Hana) yang telah pulang ke Rahmatullah malam tadi..i owez luv u syg. :(

serius aku terkejut gila terus aku tanya dia, aah dia cakap. meninggal pasal Cancer Paru Paru. actually doctor da cakap dia 70 % da pulih. so pakcik da ok la, lega. sekali entah macam mana si gf ni agaknya terlalu excited pasal sepupu dia nak kahwin so maybe penat sangat tu punca yang mungkin boleh dirungkaikan. arwah meninggal dekat Brunei dan bawa balik Kota Kinabalu dan lepas Zohor tadi selamat dikebumikan. Alhamdulillah. Al Fatihah.

aku bagitahu pakcik suruh tabah, sabar dengan semua ni. pakcik nasihatkan aku suruh hargai orang yang sayang kita selagi ada. dia doakan aku dengan kekasih jangan gaduh gaduh dan kekal sampai kahwin. amin amin. apa yang wat aku sedih sangat bila pakcik cakap last dia dengar suara gf 2 hari lepas, pastu pakcik nak sangat balik pergi cium dahi gf buat kali terakhir. terus aku menangis sangat sangat.

aku yang turut terasa kesedihan pakcik terus call kekasih, tp kekasih ada kelas so aku menangis sesorang ja. sampai kekasih call semula aku terus aku cakap aku, sayang dia, aku tak mahu hilang dia. aku nangis semahunya. kekasih tanya kenapa, aku cerita baru dia tahu. terus dia msg pakcik tenangkan pakcik. ya la pakcik tak pergi kelas menangis ja. dengan aku aku sekali menangis sampai tertidur petang. bangun terus aku cari kekasih. aku takut hilang dia. aku tak sanggup.

jadi pada korang semula pat luar tu, hargailah kekasih selagi dia ada dan cintailah mereka sepenuh hati. jadi korang sedekahkan la Al-Fatihah pada Leyan Hana. terima kasih. moga rohnya ditempatkan di golongan para para soleh dan solehah. amin.

i love you boo.

kerja berjalan.

layan, yang pasti aku sempoi ja. takda aku beria sangatlah pasal takda perasaan yang teruja pun. aku ikot ja dak dak kelas aku nie.teheee.

Saturday, September 18, 2010

mulut berbau

Hari ni umie masak spagethi. tapi aku nak lasagna !!! pls pls. selalu makan kat Secret Recipe ja, plus maksu aku pandai masak juga. yummy yummy. nak nak nak ! baik esok cuba masak. HAHAHAHAHA. nantikan. kalau rasa give up, start engine kereta, park kereta, order dan makan. itu jalan terbaik dari yang terbaik. eh confident tu penting dulu yang penting juga nawaitu thu :DD

Friday, September 17, 2010

menjadi ia

sebenarnya tiada cerita nak update sangat. tapi rasa bosan dan mahu menaip kala dipagi Jumaat ini. hari raya sekejap ja kan sudah berlalu selama seminggu (ok, cuti kau pun ca da semakin datang) adoi. Raya kali ini tidaklah semeriah sebab aku tak berjalan sangat pun. hanya menunggu pengunjung datang berkunjung ke rumah saja. Abah takda, so nak pergi beraya macam tak shiok la tanpa abah. abah mana? oh abah seperti biasa outstation dan kali ini ke Myammar. dan untuk destinasi seterusnya bekerja selepas pulang ialah K O R E A. okayh Caca RM sangat jeles. pls abah nak ikot. duit PT cukup tak nak pergi sana abah bawa. HAHAHAHA.
patah balik cerita raya la. aparaaa. memandangkan tidak kemana mana dan hanya menerima tetamu, meriah pelbagai juadah tersedia. tak menang tangan kami. da macam open house walhalnya. oh ya! merka datang bawa rahmat ;)) kalau tak ada makanan dirumah, pas makan kuih jom lepak mamak dengan umie walau da jam 1 pagi ajak kawan kawan aku. korang la sapa lagi. hee :D mereka di bawah ni kawan sekolah rendah saya. siap penghantaran ke rumah tu balik. HAHAHA.
sekarang pula mengira masa untuk balik Shah Alam. eh eh eh! apa tu ? HAHAHAA. (menangis sebenarnya) tak balik tak boleh ke? bersusun assignment aku menunggu tuk di submit tapi raya dulu.pastu menangis la kau. tapi redah kasi pecah. KATA KAU !!!! hish.
oh ya, jam Guess? abaikan untuk membeli. eh buka tiada duit heh. HAHAAHA. umie da offer da nak belikan. dan kami da pergi da ke Butik Guess itu. pakai sekejap ja la tuk merasa wat lepas hajat. omg! mmg betul kata kekasih, imitations pun boleh dapat. tak mahu la. sangat sangat boleh nampak if aku beli so tak beli. cari design lain pula. sabar sikit ya ca. semalam la jalan jalan ngan umie, cici, fyna. afiq xda g jalan dengan kawan dia. kitaorang pergi Jusco Tebrau, makan Sushi King. Wink. yummy yummy. pastu jalan soping la apa lagi. da tu tak puas, pergi Plaza Angsana pula, soping lagi. ada ja barang nak beli. HAHAHA. tak cukup dengan itu, pergi The Zone pula. asyhukkkk. dan balik melayan tetamu. wee.
eh eh, da jadi sebuah cerita la. HAHAAHHAAHAHA. layan ;)) eh eh! kenapa tulisan saya tak keluar kaler kaler heh ?

Tuesday, September 14, 2010

pulangkan rasa itu.

kenapa keadaan seperti ini?
ibarat sorang di Malaysia dan sorang di London.
terasa kah jarak itu wahai panglima sakti gagah perkasa?
dalam erti kata yang lain, aku ke timur dan engkau ke barat.



jadi,
lu pk la sendiri.

Friday, September 10, 2010

takda gambar hanya ucapan

lintas langsung dari kampung halaman. Caca RM ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA ya.
bak kata adik aku, nk bikin ayat sedap sedap berlagu merdu tak pandai jadi cukup la sekadar hiasan.
ampun maaf dipinta, maaf zahir dan batin.
salah silap, kasar bahasa, gurau senda, tepuk tangan, gaduh manja, gaduh kasar, makan hati, angkat kaki, tinggi suara, dan lain lain. maaf maaf la ya.
terima kasih.


pesanan ringkas: tadi siang sebelum balik ke kampung*balik kampung pas buka* puas la aku mencari jam Guess yang diidamkan, sebab umie dan abah aku nk sponsor. hampehh semua takda pasal baru punyakan. dan peringatan dari sang kekasih plak, tak cantik jam tu. kat uptown pun da boleh dapat. membazir ja. oh sangat sedih. tapi betul juga. takpa kita tengok dulu macam mana. selera manusia sentiasa berubah rubah :))

Wednesday, September 8, 2010

howdy !

CRAVING fer this new era season ..
and ofcoz la kaler pepel menjadi pujaan hati.
ada sesiapa nak tolong belikan tak ? atau aku nk kena kumpul duwet raya ni, baru dapat beli ? ala, jam Guess yang lama tu macam da buruk ja. so kenala tukar. wee. terima kasih la kalau awak nak belikan. HAHA.

persiapan ini.

Hari raya semua bagai nak gila, bila puasa buat tak tahu saja :)) cehhh ! biasa la tu, hari raya semua orang menggila. shopping shopping till dropping. aku ? tak raya pun shopping. tapi pasal sale hari raya lebih menggila so dengan aku aku sekali gila. persiapan aku? semua sudah tersedia. baju raya tadi baru beli, padahal da pergi KL fer shooping tetap balik juga beli kt JB. kami la sang perempuan. shopping lain pula kat KL tu. HAHA. jom ikuti rentetan hari dan perjalan kami ;))

hari Jumaat malam selepas bertungkus lumus pada siang hari nya menjawap test, aku dengan gigih menunggu family aku datang menjemput aku. sepatutnya perjalanan yang mengambil masa 3 jam menjadi berejam rejam pasal abah ego. HAHA. konon jalan betul ja baginya. da la aku buka makan maggie ja, punya la nak berbuka bersama. hmmmmf. akhirnya sampai. terus aku yang merelakan hati membawa kereta sebab tidak mahu membuang masa dan menuju ke kepong tuk ambil si Cici pula. da sampai g makan dekat Gombak. lapar wok ! lepas tu terus menuju ke Pusat Bandaraya dan check in hotel. booooommmmmm, tidur terus sebab jam menunjukkan jam 1 lebih pagi sudah. oh ya pada masa yang sama, hari nya hari jadi aku. menggelupur sekejap. HAHA.
*nak lari topik jap* aku nya birthday aku dapat free call la bagai, aku rasa kalau orang lain mesty da menggelupur dok call orang sana sini. tapi aku ? HAHAHA. tak tahu nak call siapa. dan paling lama aku call seminit ja. scandal mandal? oh malas la membuang masa. bf? puas da bercakap sampai tak tercakap. HAHA. lastly, habis gitu ja free call aku. ok back to de real stori.

keesokkan hari, yes harinya menjelma. pada siang hari berpuasa kami mengagahkan diri ke Jalan TAR. uii na kau, memang tak tertahan lalu kami pun berpatah balik dan ke SOGO. oh, lautan manusia. ramainya macam semut da aku tengok. pening kepala aku. Shopping barang adik adik aku dan kami pun menuju ke Bukit Bintang. ya jangan lupa ya kami mengunakan pengangkutan awam. jimat masa, tenaga dan bahagia. HAHAHA.
ya mencari berhenti di tengah jalan dan pose ya bebeh! HAHAA. pada awalnya aku mengenakan long pants untuk berjalan jalan. tapi setelah sampai di Berjaya Times Square aku tewas. kepanasan dan ketidaktahanan. menggelupur cari short pants. terus masuk dalam Giordano dan mencari, nasib ada. ambil. RM 98 takpa la demi kesejahteraan hidup didunia sementara. HAHA. kita kena lah berada dalam keadaan selesa. ;p
oh ya gambar diatas setelah selesai pembelian short pants dan menukar terus ;) kira umie kira duit tu. HAHAHAH. dan tawaf satu TS tu, abah pun mengajak pulang tuk berbuka takut tak sempat so kami pun balik semula ke Pusat Bandaraya memandangkan hotel pun kt sana kan. so naik lagi pengangkutan awam yang laju itu dan pose lagi ;)
buka puasa ? harus lah kekasih turut serta bersama baru bermakna upacara iftar itu. malah turut membawa adik ipar sekali. lain benor rupa adik dengan si abang. HEE. lepas makan semua berjuanglah kami ke Jalan TAR. phewwww *lap peluh di dahi* memang menguji. dah la hujan, redah saja la. Umie suka lah berjalan kat situ pasal barang dia semua ada. da siap semua menunggu masa untuk pulang ke bilik hotel dengan gigih.
balik lah balik setelah semua barang umie da dibeli, baju melayu sang lelaki sudah dibelik juga di butik Aniz. lalu beransur lah kami pulang, sang kekasih mana? lama sudah pulang. HAHA. hadiah birthday dari sang kekasih i liookeee so chumeyl. balik mandi dan tidurkan diri. esoknya bangun kami ke Maju Junction pula saja berjalan, dan balik. dalam perjalanan balik singgah sebentar di Nilai 3, Negeri Sembilan. saja berjalan. tak pernah pergi. okayh okayh ja lah.
kami tak tawaf semua pun. tetiba malas menyelubungi diri lalu balik ke JB terus. jyeaah ! Hello Jb, im back for Hari Raya :)) sampai sampai terus masa berbuka ngam ngam. kami pun pergi berbuka puasa bersama. penat. balik mandi dan lepak terus ketiduran. dan hari ini, pun kami seharian berjalan. asyhuuukkkkk !!

oh ya tema tahun ini ialah, MERAH mak ngah dan PURPLE. wee ;))

pesanan Penaja: kuiH raya umie da siap bikin, dan siap dimakan oleh anak anak kesayangan semua. jadi aku ditugaskan tuk menolong tuk membuat kuih lagi. TQ

Monday, September 6, 2010

entri untuk diri sendiri.

lewat 2 hari entri ini dipos atas sebab kesibukkan diri bershopping di Kuala Lumpur bersama keluarga. okayh, itu cerita entri lepas ini. sekarang ialah masa untuk saya sendiri.

dilahirkan di negeri Johor pada 4 September 1988
dan pada 4 Sept 2010,
aku nak ucapkan :
Nur Fazlia Rosli
Selamat Hari Lahir,
Panjang Umur murah rezeki,
Dikurniakan kesihatan yang baik di samping keluarg tercinta,
Moga tenang hadapi hari hari mendatang,
Berjaya dalam kehidupan dengan cemerlang.
dan lain lain yang diimpikanlah ya.
HAHA.
thanks fer those who r wishing me.
;>
*tenkiu awak tuk hadiah tu, chumeyl la*
i heart you ;)

Friday, September 3, 2010

tenang tenang air dikali. bangun pagi gosok gg


Jumaat - 3 Sept 2010.

weyh korang apa barang da nak raya sebok pegi kelas lagi. orang da cuti la, da ada yang balik kampung *sighs* sedapkan hati. tapi aku ? uii na kau. 2 test sedang menunggu selepas ini. gigih tak gigih pelajar UiTM Shah Alam - B. Sc (Hons) Tourism Management nie. HAHA.

weyh, aku nak balik kampung la. malas nak hadap test nie. da larh test mandarin ngn eco. *ala senang aja* HOHO. kerja kuat dapatlah bikin, kerja lembap otak kau tepu. jadi selamat berjaya ya kawan kawan yang sama sama senasib dengan aku. terimalah dengan hati terbuka.
motif gambar ? oh ya! kawan kawan ;))

lepas test bagai semua umie abah datang ambil aku dan keluar dari Shah Alam ini selama 2 minggu. sebelum balik JB sap kok lu, HAHA. Shopping la kat KL, umie ajak. tu lagi wat semangat aku kobar kobar. phewww ! jadi Malaysian,
SELAMAT HARI RAYA.
*teng te te te net tenet tet ~ muzik latar*
thank you .
*posisi gambar yang cuba menutup jerawat dihidung*
;))

Friday, August 27, 2010

menatap dalam karam

kerja aku kalau on9 mesti on facebook la kan, itu satu kemestian. pastu aku mesti akan blogwalking ala senang cerita stalk ja blog sesapa yang aku nak pergi then singgah. sometimes aku tinggalkanlah footprint, kadang blah gitu ja. menarek ke tak menarek itu belakang cerita janji aku datang menambahkan bilangan counter count korang. HAHA. kalau da membaca adalah yang menusuk sanubari dengan memberi keinsafan sementara, ada juga sekadar hiburan waktu senggang.

tadi aku baru lepas bersiar siar kat blog kawan aku nie, while aku baca blog dye,*click ini tuk cerita selanjutnya* mengikut kefahaman aku 'abg' yang dimaksudkan macam kekasih hati dia. tapi sekarang 'abg' da tak ada lagi didunia ini. 'abg' da meninggal dunia tanpa diketahui sakit nya dan dengan secara mengejut. jadi pada Masnina, sabar ya. setiap apa yang berlaku ada hikmah nya. harap Mas tabah tuk hadapi masa masa yang mendatang. Al - Fatihah..

motif sebenar cerita yang ingin disampaikan ialah, bertapa kuatnya Mas menghadapi kejadian Allah itu. sebab jika aku ditempat dia, aku berani cakap memang aku kan lemah selemahnya. kerna kehilangan orang yang begitu aku sayang atau cinta. oh tidak sama sekali hati ini akan kekal teguh berdiri. malah ia akan rapuh dan dimamah hari. belum tentu aku akan pulih dengan waktu yang sekejap. semuanya kan berlegar legar didepan mata dengan berputar putar kenangannya.

jika diizinkan Allah swt, biarlah aku yang pergi dahulu daripada mereka mereka. kerna aku benar benar tidak sanggup tuk menghadapinya. dengan keadaan berlutut ku panjatkan doa dengan menadah tapak tangan

"Ya Allah, kau panjangkan umur keluargaku bersama kekasih hati ku agar kami bisa merasa bahagia hinga ke akhir hayat. kau berikanlah mereka kesihatan yang baik serta sentiasa bimbing mereka agar tidak terhanyut dengan dunia mainan yang kau ciptakan ini. dan tempatkan kami di antara orang orang yang beriman pada hari kami akan dihidupkan semula. aku mohon padamu, Ya Allah"

amin amin amin ya rabbal alamin.

masa untuk T E R B A N G


terasa diri ini nak mengepak nie. jadi aku sedang menunggu masa ja untuk terbang ya. chip chip chip chip ! bila terbit mentari, dengan tidak membuang masa aku akan terus saja . . . .


pasal rasa macam lama sangat jiwa ini terkurung disini, dengan macam macam hal yang berlaku. aku tak suka. rasa macam boleh tak aku uruskan semula semua supaya menjadi kehendak aku, ataupun berhenti dari segalanya ini. oh dunia sangat kejam terhadap manusia kerna manusia sendiri juga kejam sesama mereka sendiri. macam mana? jadi aku tak suka rasa diri ini sangat . .


jadi depakan tangan, kepakkan ia, kembangkan jari, lalu gerakkan ia seperti T E R B A N G. fuuuuiiiiii !

Tuesday, August 24, 2010

feeling really unappreciate.

sesi luahan perasaan bersama Nur Fazlia Binti Rosli....

boleh tak aku nak cakap yang selama ini, aku berbohong yang aku bahagia, nampak happy dekat SHAH ALAM nie, sedangkan hakikatnya aku merana. tuhan saja yang tahu hati ini. semua orang nampak, lihat, rasa aku bahagia dengan hilai tawa, senda gurau, riuh rendah yang aku pamerkan. hakikatnya tahukah anda yang aku menangis setiap hari di kamar tidurku. disetiap sudut pabila aku keseorangan. kenapa mesti begitu? aku tahu aku lemah, sebab aku Tak Punya Sesiapa Disini. sungguh aku katakan aku kosong. aku lemah. aku sendirian. aku tak punya sesiapa. mereka datang dan pergi. mereka tidak pernah sentiasa bersama. ya la aku sesorang ja yang survive as a student kat sini fer batch aku. kawan kawan lain mana? 4 orang ja kawan aku yang betul betul memahami. tapi mereka semua tiada disisi macam kawan kawan lain yang ada sekarang. mereka semua sudah lama bersama, tiba tiba aku nak masuk macam janggal ja rasanya. sebab aku tidak pandai tuk menarik perasaan tu, pasal aku tidak mahu dicop menyibuk, menyusahkan orang dan yang sama waktu dengannya.

boleh tak nk cerita something, tadi buka puasa lambat jam 7.45pm baru minum air pasal Q kat KFC panjang berjela. kenapa tak minum air yang KFC sediakan? macam mana nk ambil t orang potong Q kita. kalau ada Abby dan Ana plus Cekya mesti da riuh.da tolong menolong. so dalam keadaan macam tu, air mata aku menitis dengan tiba tiba. rasa kosong sangat jiwa ini. tak punya sesapa. dan tiba tiba teringat umie. kalau sekarang mesti dengan umie. dan terus aku ambil keputusan macam maw berhenti saja belajar dan balik. boleh tak macam tu?

td ada test juga. hancur ke laut. ya la pasal jiwa pun tak betul. rasa sgt teruk diri ini, dan tidak layak untuk berada disini. enta kenapa la dengan aku nie. haish. adakah aku yang bermasalah atau apa? ke masih belum boleh sesuaikan diri lagi? tak tahu. aku tak tahu. lepas abis test aku kelam kabut balik sesorang kejar bas. nasib ada Iqa Doh dengan Umi, jalan sampai bus stop. bus full. aku tak sempat nak naik, tp cepat cepat diaorang panggil naik juga. terima kasih. aku igt itu. tiba tiba memang ingatla sangat. kawan suka senang cari, kawan duka semua pun lari. takpa la selagi aku boleh berjuang sendirian, mencuba yang terbaik. walaupun sukar.

terima kasih pada yang betul betul menganggap aku kawan. dan terima kasih juga pada yang hanya tahu membenci dan mementingkan diri sendiri. bukan berdendam tapi ingat tak semua orang suka kita. walaupun kau baik mcm malaikat la konon dihadapan mereka. aku boleh balas la. kalau kau terasa maaflah. tapi aku bukan mcm yang lain, berpura pura. da tak suka da la. belakang orang tu ngumpat bagai nak abis air liur. depan orang tu uii na kau, manis mulut macam strawberi. terus ciom mulut. mcm haram la tu. tak kira la kau atas umur aku ke, bawah umur aku ke atau sama umur aku. kalau aku tak suka memang tak ok.

sekian terima kasih kerna sudi membaca luahan hati Nur Fazlia. tak suka aku? so do not waste your time hating me, because im not interested to know bout it. okayh?

Saturday, August 21, 2010

senyum sumbing

jyeah jyeah. umie datang ambil aku kt Shah Alam tuk balik cuti raya. jyeah jyeah. pasal umie nak shopping. LALALA. suka suka suka. tak perlu naik bas. dan memandangkan hari yang aku akan dijemput umie adalah hari kelahiran aku. woah woah! sangat bahagia. nantikan la ya.

Friday, August 20, 2010

maaf seribu kali

hari ini hati serba tak kena tak tahu kenapa. okayh nak cerita benda ni. kepada mangsa saya sangat la meminta maaf dan menyusun sepuluh jari kerana keadaan yang tidak disengajakan ini. janji saya memang tak sengaja apa ntah lagi nak menganaiya. memang tak perasan sebab tu tidak mengaku tp bila dipikirkan balik, memang saya la tu. sebab menumpang tempat awak. mungkin awak marah dalam hati, mungkin juga berkecil hati tp percaya la memang tidak terniat nak buat mcm thu kat awak. nanti kita ganti heh, kita tak mahu hilang kawan, gelak tawa, tgk muvee sesama kat lappy lepak atas katil awak. harap awak maafkan Ca.bila part ca ja awak tak kesah, bila part dia awak menyinga plak. HOHO. terima kasih awak. OKB wannabe, bertambah lagi kehutangan aku dengan PTPTN.
terima kasih la atas ihsan itu ya.
adoi.

Thursday, August 19, 2010

kenapa heh? kenapa?

kenapa heh? hati aku masih belum bersedia dengan test - test , assignment - assignment yang diberi? yang aku tahu aku pergi kelas sign attendant dan nampak lecturer aku bernyanyi dalam sepi. ting, habis kelas keluar dengan senyuman. nak kata aku tak bersedia da berapa lama da ni aku kat sini, da sebulan la takkan tak bersedia sebagai student pula. walhalnya bukan la lama sangat aku meninggalkan zaman diploma aku berlalu. aduhh. jadi kepada Caca RM usaha lebih sikit, da habis senang la kehidupan kau kat sini kau tinggal alunkan saja irama gamelan domba tu kat ilmu yang di ajar. jangan nak musyhkil sangat la akhir kata.

bai.

Wednesday, August 18, 2010

ceritera pagi ramadhan :))

minggu pertama puasa da balik, berbuka bersama keluarga tercinta. cuci mata bagai semua. pastu balik KL berbuka bersama tersayang pula. minggu kedua berpuasa TAK BALIK ! sebab ada urusan dengan warga pinjaman Ahlong ;p

oh keadaan disini semakin terkawal walaupun homesick tu tak pernah hilang, tiap minggu akan balik tp kalau ada urusan seri paduka tak balik dan rasa sedih menyelubungi hati yang lara. bulan puasa hari hari duit aku RM 10 habis macam tu ja tuk berbuka. nanti balik bilik kira sama sama dengan Mas aka roomate aku apa ja yang dibeli. HOHO. ngadu dengan umie nasib umie tak marah sebab alasannya 'akak makan semua tu habis la umie, tak buang pun'. umie bilang kalau makan habis tak apa. HAHA. makanan dekat sini mahal la. teringat Fatin cerita dia beli begedil RM2.50 phewww!

tiket bas? tak beli lagi dan masih dalam dilemma. aku boleh ja nak beli bila dan ada kesah disebalik itu. Cuti aku bermula 3 Sept, tapi malam 3 Sept tu aku ada test Ekonomi jadi tak boleh balik hari Jumaat. so aku pun decide nak balik 4 Sept, bual dengan umie. umie pun on. bila berjumpa sang kekasih bilang dengan dia tiba tiba die menentang keras. aku mcm pelik la kenapa. oh rupa rupa nya dengan ingatan dan amaran dia tebal '4 Sept kan birthday awak!!, kita nak celebrate!!' HAHAHA. so janji aku tak ingat langsung pun birthday aku. maklumla nak sentiasa nampak muda. HAHAHA. lalu aku terus call umie cakap benda yang sama, 'memang la, da kenapa tak ingat birthday sendiri' oh umie pun tahu rupanya. HAHA. jadi aku balik 4 Sept mungkin lewat malam :))

pagi ni, aku terjaga nak bangun. dalam keadaan terkejut dan mamai bangun tiba tiba teringatkan tentang test test dan assignment yang menghantui diri. janji aku terkejut teringat menda tu tiba tiba terbangun. terus dengan perasaan bersalah lalu mengeluh ! haish. dan rasa mahu pergi jauh ja tinggalkan semua dan balik semua telah tersedia siap. HAHAHA. tahu tak boleh. memang kena hadap. takpa la, hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi. hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik baik saja. *tibatiba*

minggu ni tak balik jadi kepada maksu, boleh ambil saya dan kita berbuka yang sedap sedap tak sabtu nie? AHAHHAAA. ;p *tak malu* plus saya nak tidur rumah awak juga. bosan tidur sini. nak tidur atas katil empuk ;p nak tgk tv. astro beyond :))

baiklah, sekian. selamat selamat ya semua . selingan sementara menunggu waktu berbuka!
aku shayunk kau la Cik Tak Tam