mari berteman

penggunaan 'aku' lebih sempurna bagi penceritaan dan penulisan. da view tu, mehh la follow. no worries, InsyaAllah following back. maaf & terima kasih.

Monday, December 20, 2010

nak tunang dah. gubah dulu hantaran tu

kahwin? kalau sebut kahwin siapa yang tak mahu. aku yakinlah semua orang impikan yang terbaik tuk perkahwinan masing masing. aku? jangan kau tanya, semua sudah bersedia. fizikal? haruslah terlebih lebih sedia. mental? tiada jawapan tuk tu, sampai bila kita nak cakap yang kononnya mental kita belum bersedia. gamaknya, tak kahwin la kita. HAHA. so baby boo aka babylove, bila kita nak kahwin?

jadi, cerita entry kali ini mengisahkan tentang hal hal berkaitan ini lah, tapi tidaklah terlalu terperinci hanya pendahuluan sahaja dulu. wow! aku ada satu penyakit, yang aku akan menjadi excited atau lebih klimaks jika dengar perkataan nasi orang kahwin. confirm aku akan siap punya lah. sebab apa aku suka pergi rumah orang kahwin: firstly sebab aku dapat makan nasi orang kahwin. me likey. secondly, aku nak tengok pelamin orang. ushar ja dulu macam mana pelamin orang pastu ambil gambar. thirdly, aku nak tengok bilik pengantin tapi kadang malas juga aku nak masuk dalam bilik pergi tengok so terkecuali la juga kadang kadang. tapi yang pasti acara wajib mestilah yang pertama dan kedua sekali. pasti aku terberansang, orang putih kata 'horny'

hari ni tadi aku pergi rumah orang kahwin, anak kawan Umie dengan Abah aku. anak dia ni, collegemate aku juga la. dia kahwin dengan orang da berumur. tu la aku kata kalau jodoh kita, Allah swt sudah tetapkan itulah memang jodoh kita. jaga sahaja dengan sempurna semuanya. lelaki tu pun tidaklah terlihat ketuaanya pun. oklah. so motif kita haruslah makan kan? objektif utama. gambar makan seganlah nak snap. HAHAHA. objektif kedua?
merah dan hitam, satu kombinasi yang hebat.

lepas dari pergi rumah orang kahwin, aku pun pergilah Kahwin, Tunang, Marilah. nama kedai ni lah. kedai dia pun dekat area rumah aku. not bad lah tempat dia. buat apa? hello bukan suka suka lah. takkan la pula sengaja nak pergi sana suka suka hati. haruslah bertujuan.. nak beli barang tuk hantaran. siapa punya? aku punya. tettt.. mari sini aku tunjuk antara gubahan yang memikat hati aku. aku minat tona warnanya sahaja. tehee..
si merah dan si tam.

si tam dengan si ungu pula.
warna kegemaranku.

si hitam dengan si silver.

sekarang ni, si hitam sentiasa menjadi pilihan utama pengantin sebab dengan apa warna sekali pun dia masuk saja, layan kepala. barang barang dekat kedai ni murah murah juga la. berpatutan lah harganya kena dengan gayanya juga. kalau aku, aku beli saja yang da siap senang. tak payah fikir fikir susah. cash and carry :) dalam kedai ni, terselit juga replika pelamin. mula mula dia bilang tak boleh ambil gambar, tapi cuba korang semua bayangkan dia hanya cakap,tolong jangan sentuh. tak ada pun bilang dilarang mengambil gambar. haruslah aku bangkang cakap dia. jadi dia pun meghalalkannya. HAHA. otai tau.
pemenangnya, si merah dan hitam.

memang aku teruja gilalah kalau masuk kedai kedai macam ni, ada lagi kedai lain yang aku teruja juga. nanti lain entry la kalau aku rasa nak angkat itu ceritalah ya. HAHA. ok, lepas da membuat pembayaran barang yang dibeli lalu pulang lah ke rumah. makcik, sepupu, umie, nenek, moyang dan aku pun memulakan operasi mengubahlah konon kononnya. saja ja buat mainan nak tengok macam mana. temanya adalah hijau. jom ikuti hidangan gambar ya kawan kawan.
cehh konon konon.
hasilnya?
hantaran selendang dengan tempat cincin

percayakah anda sebenarnya aku buat benda ni semua hanya suka suka? aku memang minat buat benda benda macam ni semua. hias hias, andam andam. tunggu dan lihat sahaja penyudahnya. HAHA. okayh, aku ambil Bac. Sc (Hons) Tourism Management. ada kena mengena ke? tak ada. jauh sekali. baiklah. da siap semua, kemas masuk dalam plastik. bagi makcik aku bawa balik rumah dia.

entry kali ini panjang. maaf jika bosan. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah pergi. bai.

Sunday, December 19, 2010

robot pun tahu habis bateri


Salam readers. isi masa lapang seperti biasa menunggu waktu tidur. aku baru balik dari Family's BBQ. OHSEEEEMMMMM !! pasal kenyang perut. macam macam ada. sebut saja, semua pun ada. marshmallow bakar bakar pun ada. pasal JB kan sekarang tengah sejuk so I berangan ala ala orang putih la sekejap. HAHAHA. berangan.

bila sebut pasal cuti, adoii pening terus rasa kepala. so sebelum cuti melabuhkan tirai begitu juga dengan tahun baru yang bakal menjelma. kita orang da ada plan dan macam macam jenis hiburan yang bakal mendatang. jadi apa yang perlu kita buat hanya enjoy ya.

hujung hujung cuti ni memang sibuk mengalahkan Perdana Menteri, konon. mari sini aku draf kan apa yang bakal terjadi pada hari hari mendatang bagi aku dan keluarga aku. Malam Sabtu ni da berlalu sudah kan untuk Family's BBQ.
22 haribulan, kita orang ada Family Day dekat A'Famosa Melaka for 3 days 2 nights. Family Day ni tuk family belah abah ja. kita orang bikin family day sama sama, nak mengeratkan lagi la hubungan tu. so on 24 haribulan kita orang kena balik Johor sebab Paksu aku pula tunang for the next day nya. lihat bertapa rushing nya kami. 25 haribulan kan, paksu aku tunang. lepas hantar tunang. aku dengan family kena gerak pergi Mersing pula untuk Family Day, kawan kawan kerja abah untuk 2 hari. kami pergi Pantai Penyabung. fuhh ! kelas kau maria.

harap semua nya berjalan lancar, dan kami sekeluarga diberikan lindungan dan kesihatan yang kuat. aminn aminn. so kita tunggu dan lihat sahaja ya.

Saturday, December 18, 2010

sama juga rasa.

re-blog from Syazana

tak baik biar orang mengandung mengidam kempunan

malam malam macam ni kalau orang mengandung minta yang bukan bukan kalau tak diberi kempunan pula. takut bila baby dilahirkan air liur baby meleleh ja sebab masa dalam perut mengidam nak makan sabun buku tak dapat. nak salahkan siapa? salahkan ibu mengandung. tu pasal la orang tua tua pesan masa muda ke sebelum mengandung jangan cakap atau fikir bukan bukan nak makan. nanti masa mengandung buat susah ja. ini kes orang mengandung.

macam mana pula dengan orang yang tak mengandung macam aku ni? sapa nak tolong jawabkan? masalah yang dihadapi sekarang adalah, tiap malam mesti mengidam nak makan itulah, nak makan inilah. tapi bila tiba siang hari, semua lupa. langsung tak ingat. memanglah tak ingat, jam berapa kau bangun Caca RM? jadi masa kau juga singkat, itu salah satu daripada puncanya.

motif karya malam ini, cuma ingin menyampaikan hajat dihati. kelaparan sudah menjadi tajuk utama la tuk entry malam ini. cuma diselang dengan pemikiran bahagian makanan yang perlu diambil dan dimasukkan ke dalam perut ini. rasa seperti dicarik carik perut meminta mintanya. ada duit semua pun jalan. tiada duit tutup mata buka telinga telan air liur sudah.

cuti semester kali ini, hidup atau perut sangat mewah dengan Pizza Hut. Extreme Cheesy tu, fuhh. terangkat habis. bagi penggemar cheese macam aku. kata Umie masin, bagi aku masuk tekak nyaman sekali. Mcdonalds juga menjadi peneman cuti. tapi apa yang aku mahu? aku mahukan Big Apple Donut dari bulan bulan yang lepas. aku bermasalah atau apa? sedangkan rumah aku dekat saja dengan Jusco Bukit Indah, dan aku selalu saja ulang alik pergi sana. lalu depan kedai sekali siap. tapi tak beli. lepas tu balik rumah terkenang. adoi.

dan malam ini, tiba tiba perut seperti ingin mendapatkan sushi. marilah wahai makanan jepun ku sayang. aku merinduimu. mari kemari. walau apa pun jadi. semua ini harus didapati sebelum pulang ke kawasan belajar. nak beli pakai duit umie dengan abah. bila da balik nak beli pakai duit sendiri atau duit poket rasa sayang sangat. boleh pakia beli benda lain. otak pintar.

baiklah, sama samalah kita jayakan usaha murni aku ni. yang aku tahu malam Sabtu ni, aku ada BBQ dekat rumah Tok Hayat aku. makan time. i liokeeee. makan perut kenyang hati senang. timbang pun sekarung la oi.

tehee.

Friday, December 17, 2010

Pertandingan Peace ya.

hye reader, petang petang ni aku merajinkan diri tuk join contest by one Ezan Idma which is a Peace Contest. tetiba rajin ja nak join, saja ja membuang masa waktu petang dengan berfaedah. ok lets see
syarat-syaratnya:
1. mcm biase la. follow la blog Ezan Idma.

2. mesti ade blog dan mesti rakyat Malysia ya. si blogger lah.

3. letak banner contest ini di entry anda dan di sidebar berlink kan blog ni.

4. tagkan kawan.

5. tinggalkan link pada blog Si Ezan

6. tarikh tutup 1 Januari okayh.

7. hadiah? mystery gift from EZAN IDMA.

mehh lihat gambar peace mana yang aku pertaruhkan untuk kali ini. macam nak menghantar nyawa ke tali gantung yob aku rasa. HAHAHA. merepek.

nahh, gambar ni memang diambil tunggang terbalik bukan aku pepandai ja rotate nya ok. aku pun suka ia tertunggang langgang begitu. takpa yang penting si Ezan Idma ni nampak peace aku. chow.

tag:
Fyna Rosli
Atiqah Mazlan
Anna Faz Sam, yang lain nak bikin pun boleh silakan.

tumbuh bahagian bawah

anak dara tak elok tidur lewat, orang tua tua cakap. nanti tua tak cantik, muka sembap aka tidak bermaya tahu. tak perlu tunggu tua, sekarang pun boleh tengok juga permukaan hakiki muka dan badannya. ya la, kalau sudah tidur lambat jangan ditanya jam berapa pula bangunnya. selagi tidak berdentum guruh dilangit dengan bunyi yang laser maka tidak menjelma la ia menjunjung titah.

entry ini kosong dan pendek sahaja, mengisi masa lapang tuk menidurkan diri dengan aman dan damai walaupun perut berkeroncong menyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabiah. jangan dilayan rasa itu wahai Caca RM. biarkan ia bernyanyi janji kau tidak mahu terhidrasi. alasan Pak Kamsan betul.

ini ada satu info berguna, kalau kita tidur lewat sahaja jerawat akan tumbuh di bahagian bawah mulut atau lebih dikenali dengan dagu. aku percaya itu semua. sebab aku telah mengalaminya sepanjang tidur lewat aku. memang ada sahaja. sebab jerawat tumbuh kita tidur lewat. jadi kamu orang semua jangan la tidur lewat, nanti naik jerawat. macam aku da. tak cantik, tapi comel ada. HAHAHA.

selingan iklan sedikit, aku rindu kau la bang. doa kau bahagia ja la. kadang sentap juga tengok gambar gambar kau. tapi apa boleh buat. kita memang tak pernah tertulis tuk bersama dan hanya sebagai kawan biasa atau mungkin tak perlu bersama tuk hari sebelumnya juga. aku tetap tak boleh lupakan kau walau apa pun. tapi aku boleh terima hakikat semuanya aku redha. moga kau bahagia bersama si dia yang kau puja, moga kau ceria bersama si dia juga. kau boleh lupakan janji dan kata kata kau dengan aku, dengan keluarga aku. aku anggap kau hanya bercanda.

selamat malam dunia.

parti buih, goyang goyang


salam readers. Salam 1Malaysia. ok Malaysia, kamu orang semua da tengok video yang aku post kat atas ni tak? aku bukan tuhan tuk menghukum dan aku juga bukan tuhan untuk mengukur kesalahan manusia. tapi aku punya hak untuk bersuara sebagai seorang rakyat Malaysia. if nak ikut hak sebagai Islam aku tahu mesti ramai yang akan blame aku semula atau mengutuk aku sebab aku juga belum cukup sempurna tuk bergelar seorang Islam yang suci bersih. seperti ayat cliche, aku tidak layak ke syurga mu aku juga tidak mahu ke nerakamu wahai tuhan.

so, once kamu orang semua da tengok video ni. aku nak tanya apa pendapat korang tentang nya? aku akui lelaki ini sangat berani mengaku yang dirinya itu gay. sangat memberangsangkan pemikiran berani beliau. tapi bagi aku, dia seorang muslim tak perlu untuk lakukan ini semua. untuk apa? ya memang kita kubur lain lain tapi kenapa mesti melakukan sebegitu. untuk dapatkan pulisiti murahan atau apa?

manusia memang tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang kita ada. malah ada saja rungutannya untuk menjdi begitu sempurna. sama dengan ja yang bercakap ni pun. tapi apa yang buat aku tak puas hati dengan video ini ialah lelaki gagah berani berusia 32 tahun ini sangat daring melafazkannya dengan tanpa segan silu. bukankah lelaki sepatutnya menjadi ketua keluarga dan membahagiakan hati perempuan. aku bukan bersikap diskriminasi atau apa kerna aku juga mempunyai kawan dan berkawan dengan golongan seperti mereka. aku bisa menerima mereka apa ada nya. cuma kadang kala aku terfikir, apa kurangnya kami ni perempuan sehingga kalian sanggup tuk mencari kaum sejenis dengan kalian. apa kurangnya hot kami ni? ya la lain orang lain seleranya

maaflah jika entry kali ini menyinggung perasaan sesiapa dan aku juga tidak menujukan ia kepada sesiapa. tepuk dada, tanya selera. cuma sekadar mengisi masa lapang. maaf jika ada yang tersinggung. minta diampun dari hujung kaki ke hujung rambut. tiada paksaan malah dengan hati terbuka.

jadi, saya gay saya okay. sekian.

Thursday, December 16, 2010

Wednesday, December 15, 2010

orang buta nampak jalan. ajaib?

hello readers, salam 1Malaysia. tiada cerita menarik untuk di post bersama tapi hanya ada cerita yang boleh diambil kira membuang masa untuk bacaan semua. sangat ayat bunga bunga.

lewat malam semalam, mood aku baik untuk keluar malam dengan si Jambri ni. siapa Jambri? Jambri adalah makhluk tuhan paling seksi tang bontot. AHAHA. *sorry kalau kau baca* takda la. dia boleh dianggap kawan lelaki yang rapat dan baik juga la dengan aku. cuti semester pandai dak ni cari aku, luangkan masa bosan dia. HAHA. sama dengan ja dengan yang tukang cakap ni.

jam 10 lebih, dia message aku ajak lepak minum. aku on saja la. tiba tiba mood sangat rajin. cuci muka, gosok gigi dan tukar baju aku pun tunggu dia. dia sampai jam 10.30, 10.40 malam la begitu. nak dijadikan cerita, kami pusing satu JB. tak juga minum. sampaikan ke Teluk Senibong Permas Jaya cuci mata sahaja. siap naik jambatan Permas Jaya tu. aku pula yang rasa sangat teruja jalan Jb ni. ya la, orang buta jalan.

lainnya banyak habiskan masa dalam kereta, bual, gelak berdekah. jam da menunjukkan pukul 2 pagi, haus. tapi still tak boleh decide nak lepak mana. tekak da haus ni. apa lagi blur. da tu, menuju ke Mcdonalds. hoii, kau memang suka kan bawa aku menternak lemak malam malam buta ni. haish !!

padahal, untuk makan tengahari aku prosperity burger telah menjadi santapan aku. lewat malam aku ni, rasa rugi sangat kalau makan nugget dengan french fries. ahhhh! aku balum hentam makan Spicy Chicken Mcdeluxe. brrrrpppp, alhamdulillah.

tak cukup dengan bualan dalam kereta, sambong dekat Mcd. nahh kau mengumpat siap pula tu. memang masuk kepala kalau si Jambri ni dengan aku. da kenyang abis makan. tetiba datang segerombolan anak ikan. aku da menggelupur tak tahan. kacak kacak semua anak ikan mak. aku terus surrender, ajak Jambri "pergi" sebelum aku terus horny. HAAHA. bayangkan jam 3 pagi baru aku balik. dan kami hanya menghabiskan masa kebih kurang 5 jam bersama dengan 4 jam dalam kereta dan 1 dekat Mcd. *anggaran kiraan*

balik aku cuci muka gosok gigi terus mentidurkan diri. babylove takda da. da fly pergi Brunei ada game. rindu. dah janji nak balik kan? kita tunggu awak.

nak share juga la gambar ni satu. baru ada rasa orennnn ! HAHAHA

Tuesday, December 14, 2010

pantang org bersalin

baiklah, readers entry kali ini agak garang. kalau terasa atau pun menyampah sila pergi sebelum aku betul betul mengamuk jadi hulk yang color hijau tu. rooooaaarrrrr. bukan minta duit pun. kita ni konon konon la kan. haram.

jangan tanya aku kenapa asyik nak marah ja macam orang mengandung. semua pun punca dari kau. abaikan aku. buat aku rasa sedih dan tidak dihargai. argghh. kenapa begitu? susah sangat ke nak berlagak romantis sekejap. adoii. jatuh air muka?

aku baru nak feeling feeling bagi kau video Sabhi Saddi - Nadiku. harapan hancur bila dapat balasan macam tu. bagi la lebih sikit. memang la aku meroyan, pasal aku nak feeling oversea dengan kau. esok kau nak fly da. kau ada game kan. apa penghubung kita? internet. tu pun kalau kau ada masa nak online. kalau kau da penat, haram la. menanti aku. tolong lah layan perasaan manja aku ni sekejap. sekejap pun tak apa la. bukan susah pun.

come on, dunia makin maju tapi rasa cinta tetaplah kena bunga bunga. jangan nak kapak sangat. macam tu tak asyik la. kau kadang romantik, kadang macam nak petik ja hidung kau. sungguh tawan.

hargai ja la selagi orang yang kita sayang ada didepan mata. jangan nanti ia pergi baru nak tangisi. ini bukan sekali. ini bukan perigi tapi hakiki. bai

Monday, December 13, 2010

keadaan lebih terkawal

hai readers apa khabar semua. ok sebenarnya cerita kali ini tidaklah havoc mana sebab saja untuk berkongsi dengan anda semua. kala bosan melanda. haha. ok sila teka apa Caca RM buat semalam? Ahaaa.. aku memasak ok. *silatutupmuka,malu* nak kata hebat masak sangat pun takda la kan. baca saja entry lepas yang dapur hampir terbakar tu. ok apa yang aku masak semalam adalah ....
begedil bedegil Caca RM.

jom kongsi apa yang aku da buat. mungkin dengan gambar saja, kamu orang semua faham mungkin. aku tahu aku bukan tukang masak yang sejati atau sebenar. tapi entahlah sejak akhir akhir ini fikiran melayang tuk memasak saja. ya ya ya. jom tengok.
click to enlarge picture k.

aku tak plan pun nak masak benda alah ni. sekali bangun pagi terus bersuara dengan umie ckp nak masak begedil la. lalu pergi pasar, memandangkan umie pun nk beli lauk lain. so sambil menyelam minum air. lauk yang umie masak tuk hari yang sama adalah: Asam Pedas kepala ikan, kangkung goreng belacan dan ayam goreng campur begedil bedegil aku. mmg sedap perut aku.

ok mesti korang tertanya tanya mana hasilnya begedil aku kan. ok aku malu. sebenarnya tak jadi sangat. rupa buruk, rasa pun kurang enak. HAHAA. orang kadang kata, rupa buruk rasa sedap. tapi kali ini, kata tu tak boleh pakai. tapi kau tetap bedal ja. pasal tak mahu membazir, amalan syaitan. takpa first time try bukan. tak semua yang pertama kali kita cuba sempurna. tu pasal ada pepatah, gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya. jangan risau aku tetap akan cuba juga masak lagi makanan kegemaran aku ini. daeeebbbaaaaakk !!

okaylah supaya korang tak kempunan aku upload la juga gambarnya. tutup mulut ok.
gambar ikhsan google. HAHA.

korang juga boleh dapatkan resepi Begedil Daging ni dengan klik ini. yang semalam aku buat tu aku dengan umie punya resepi sendiri. main tabur ja. yang macam tepung dekat gambar atas tu bukan tepung ya, serbuk perasa. HAHAHA. enjoi. daa

becoming ...

Saturday, December 11, 2010

aku pun boleh la berenang.

first of all, kalau kamu orang semua rasa aku punya entry kali ini annoying, kamu orang boleh pangkah (x) dekat ruangan atas belah kanan sana ya. kerna cerita ini rekaan semata mata dan tiada kaitan antara yang hidup dan mati. terima kasih.

pagi tadi dan sebelum tidur semalam, tiba tiba aku berangan dengan penuh azam dan iltizam nya mengatakan yang aku mahu menjadi seorang penulis blog yang professional dan terkenal. sangat berangan kan bunyinya kawan kawan? tapi takpa janji aku tidak malu tuk meluahkannya. jujur dengan diri sendiri la maknanya kan.

aku pun tak tahu kenapa perasaan itu tiba tiba meluap-luap sgt nak jadi seperti:

ok, memang la tidak layak untuk menjadi seperti mereka, aku siapa mereka siapa kan. erti kata lain aku bukan siapa siapa. first blog tu, Kak Hanis Zalikha. cantik orangnya, model pula tu. ok skop pencderitaan blog dia tidak la terlalu kepada satu skop saja. konon macam dia model, takda la dia cerita pasal dunia model atau tips tips kecantikan sahaja. dia juga tetap cerita tentang kehidupan seharian dia. tu pasal aku rasa macam menarik tertarik ja nak terus dan terus membaca blog dia.

yang kedua pula, orang kampung aku tu. orang JOHO. sis ailyl ni pun sama, suara comel macam doraemon *dia sendiri mengaku* blog dia pun ada juga bagi tips tips, kalau dia bosan ada juga dia post video. juga dalam blog dia ada penceritaan tentang kehidupan seharian dia. aku suka la nak membaca.

kenapa tiba tiba aku rasa nak jadi blogger mcm diaorang? bukan sebab populariti, ke-famousan atau apa ya. cuba kamu semua bayangkan, bila korang tulis sesuatu kat blog kemudian orang baca dan suka. apa perasaan korang? mesti happy kan? aku tak kisah la jika ada yang benci dengan cara dan penulisan aku. tapi aku nak buat happy dan aku juga tumpang happy. jadi kalau korang rasa angan angan aku ni penuh dengan kejeninan, terima kasihlah.

p.s-aku tahu hari ni, aku cakap nak jadi blogger terkenal, esok lusa aku akan ubah pikiran aku.


Friday, December 10, 2010

nasib baik ja, kalau tak boleh mati lemas.

ok, aku tipu. yang aku belum mandi lagi. sedangkan entry bawah tadi bilang aku nak mandi kan? umie da menjerit jerit suruh mandi. kejap ya umie ku sayang. hanya kamu... *FT sikit*

sebenarnya nak cerita yang result sudah keluar. UiTM standard la, kalau tak server down, link check result hilang. aku chillex. sebab jenis aku, dari zaman diploma lagi kalau result keluar malam ni atau hari ini. aku takkan check dan dan tu juga. sebab dah masak sangat dengan masalah yang akan dihadapi nanti. jadi chillex dulu, enjoy enjoy *tak puas puas enjoy* , makan makan dan sewaktu dengannya lah. esok lusa baru check.

bila result da keluar, semua duk heboh,bising la server down apa lagi. aku buat dang ja la an. okayh pagi tadi sedang lena nyenyak dibuai mimpi. one of my classmate BBM me. Dayahmad yang comel itu, dia bilang ca result da keluar. dayah da tgk, tgk thru email. aku tengah tidur terkejut la kan.

jadi, aku bangun duduk kejap tepi katil dan on lappy baby pinky aku ni. hati da mula tak keruan. tiba tiba UiTM bikin sistem baru bagitahu result thru email. asal tak send thru alamat rumah sekali. kan senang. HAHA. da on semua, aku pun log in la email. taraaa ~~~~~

apa yang aku nak sampaikan ya kawan kawan sebenarnya, apa yang aku duk perhatikan diri aku ni. aku selalu menerima nasib yang baik. tak kira la apa jua. *kadang adalah juga nasib tak baik* aku nak simpulkan yang aku sebenarnya bukan seorang yang pandai atau bijak macam budak budak lain yang siap dapat ANC. phewww aku tuk tu, menangis la gamaknya. aku cuma percaya yang aku sebenarnya tak pandai tapi cuma selalu diberi nasib yang baik.

tapi dalam nasib baik tu kena sedar diri juga la aku tuk usaha keras sikit. supaya boleh capai apa yg orang lain boleh capai. bukan duduk saja.

sekian, terima kasih.

pulang la ke sarang

perhatian perhatian, hari siang aku tak pernah ada dirumah. aku dengan umie akan keluar tuk mentawafkan diri seluruh Bandar JB ini untuk kebahagiaan hati dan perasaannya. membuang masa saja. maaflah pada seseorang yang aku mungkin janji mungkin juga tidak untuk keluar bersama dengan kau. aku sibuk, bz omputih kata dengan kejayaan aku sebagai pelesit kota. HAHA. nanti bila betul betul ada masa, kita keluar ok. aku akan pulang ke sarang, waktu malam. maknanya jam malam ada sudah aku dirumah. tapi penat la. tak larat nak keluar lagi kan. ok, cakap cakap ni pun, aku nak keluar lepas ni. mari mandi dan bersiap ya. sayonaraaaaa...

p.s- result da keluar.

soal jawap

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
handphone, selimut busuk dan bobob tuk tidur.

Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
bayar deposit cuci gambar konvo

Di mana tempat korang ingin melansungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
pat rumah. tema purple harus ada. comel comel juga ya.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
merona dalam hati ada taman der.

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai syurga

Di mana korang selalu berjumpa kekasih korang?
tuk tahun ni banyak pat KL

Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
seventeen. *ok mak 17 lagi nok*

Apakah nama penuh korang?
nur fazlia binti rosli

Antara emak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
kembar saya haruslah umie.

Namakan orang yang korang betul betul nak jumpa dalam hidup korang?
Akim Ahmad. ala yang akademi fantasia tu. HAHAA

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
tidak kalau pat umah. pat kolej ya.

Di manakah tempat korang betul betul nak pergi?
China *pilihan sy berbeza bukan*

Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk lebih dihargai rasanya. kalau dapat cium, tadah saja. AHAHA

Beritahu tiga benda tentang orang yang tag korang?
lembut ja orgnya, kechik halus, pemalu

Lima benda yang korang sangat sangat sayang dalam hidup korang?
family, #babylove, berryberry, lappy sony vaio, bobob bushyuk.

Lima lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
Barakallah
Hush hush
Cinta antara kita
Aishiteru
one in a million

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
4 September, enta tak sambut kot.

thank you peah chumeyl tag. rajen rajen la tag heh. wee

Monday, December 6, 2010

hye , anyone ?

im craving for.
tutti frutti la.
jom kawan kawan?

oh ya, kat JB pun da ada Tutti Frutti taw.
kelas kau mariaaaaa

baca ni:

Sunday, December 5, 2010

tepuk tangannnn !

tadi kan kawan lepas makan. saya tak tidur and guess what im doing. HAHAHA. saya pergi jogging taw tadi dengan adik saya si Elfiq, unbelieveable!! nak buka pekong lagi ni, ini lah KALI PERTAMA ya aku jogging dekat tanah Taman Perling JB. ok tipuu, tanah Johor Bahru dalam seumur hidup aku. HAHAHA

tak caya ni buktinya:
abaikan eyeliner, pakai sebab nk ngurat apek apek kat sini. takla kan saya g jemputan kahwin. malas nk bersihkan dulu. dan jangan tanya berapa round saya pergi :D
jyeah! esok kita g lagi kayh.

dapur da hangus, kena pindah dapur baru

hello readers. *ok mcm compiden ja ada reader will read blog aku* compiden kena ada der. actually aku tak ada la hot story nk share with you guys. cuma i nak membuka pekong i didada sendiri*curl*

hari ini hari Ahad, Sunday. cuti sekolah pula tu so banyak la jemputan kahwin yang perlu di attend kan. aku bangun pagi, lepas tu breakfast umie da siapkan. hidangan yang semua goreng beriraman which is wedges goreng, nugget goreng, hotdog goreng. kenyang. sebab aku memang pulun habis habisan. sedangkan aku tahu yang aku ada kenduri kawan nak pergi kan?

so lepas da kenyang, aku pun menaikkan diri ke atas. kemas bilik, gosok baju dan mandi lalu
bersiap sedia tuk pergi. ni da siap cantik cantik la. eh kita nak bagitahu satu rahsia. kita pakai baju kurung umie kita. HAHA. tu sebab kita sayang umie kita, sebab kita boleh share everything dengan dia, baju, masalah, happiness, apa apa ja la.
*tp baju kita pakai ketat sikitla*

ok terkeluar jalan cerita, aku pun mensampaikan diri ke rumah kawan aku. abang si Jambri kahwin. disambut oleh Jambri la. Sapa lagi. makan, makan dan makan. maklumla aku ni kalau nasi orang kahwin sumpah horny. aku boleh abaikan orang orang sekeliling dan makan dan terus makan. sampaikan Mak Hindun yang dtg tegur aku. *maloo*

da kenyang salam kokot, dan balik. aku memang malas nak masuk Spore hari ini, ada wedding couzy umie. aku malas ikot. so Mak, Umie, Abah dengan Fyna pergi. Aku ambil keputusan untuk tidak ikut.

baru bapa jam diarang pergi, aku da kebuluran. rasa perut ni macam tidak diisi waktu tengahari nya. lapa. tahan lagi dan.....

tu dia, im having my "HANGUS" spicy drummet with hot choc on my bed. HAHAHA

aku memang pandai masak tahu tak, champion masak..... NASI, sahaja. lauk pauk out of credit terus. aku memang suka memasak, tgk tv siaran memasak aku la raja kalau menonton. tapi endingnya mesti aku kan cakap " umie try la masak macam ni" HAHAAHA.

aku tak tahu la aku takot sangat dengan minyak panas. nak kata ada sejarah hitam sangat tak ada la. tp meletup letup tu standard la. goreng telur pun aku takot. kalau orang susah aku goreng ke apa apa la ada kaitan dengan minyak panas ni, terus aku mcm seriau. macam nak tercabut nyawa ja aku rasa.

da da balik semula pada cerita ayam ni. aku lapar jadi aku goreng la ayam tu. da siap goreng aku bawa naik atas, masuk bilik dan makan atas katil. *okay sangat takda rules kan* pemalas namanya tahu. dont try this at home ya kids. ;p
muka terpaksa. serius sedap weyh. *bluerk*sambil tiarap pula tu makan. =.=
tengok kan da kata sedap. tinggal tulang taw. yummy yummy.
siap da makan semua. tinggal tulang da. tengok tu ada nama saya sekali taw. AHAHAHA. jadi perut da kenyang. aircond da on. muka pun ada sinyummmmmm...
jom la tito. HAHAHA. ok la bai. saja ja nk post kegembiraan haruslah dikongsi bersama. HAHAA. lately ni, aku suka post entry yang semuanya ada gambar kan? ok tak ada kerja la jawapnya.

p.s- rezeki dari Allah swt. jadi bersyukur ya kawan II.

Friday, December 3, 2010

rasa cinta

3 years, 3 weeks and 3 days

tengok ja angka pat title atas tu mesti da dapat agak kan. hari ini aku dengan rajin nak update pasal angka tu. pasal hari ini genap aku bersama cik katak aka babylove 3 years 3 weeks and 3 days.

comel kan angka tu. so i just wanna wish you boo, i do love you in whateva situation, and nobody can change my love for you. because you are the only one for me. trust me, ill be forever with you. i do love you. *kiss kiss*

aku ada bikin album konon konon cinta kitaorg, aku selalu taruk gambar dalam album tu since our first date till today. so sweet. and now album tu da bertukar tangan pada babylove aku. diacuba ambil alih kerja itu. tapi takpa aku nk share juga gambar kitaorang time 1st date. phewww
.
first date on: 18 Feb 2008
venue: teluk cempedak
padahal kita orang da kapel lama da, tapi hari ni kitaorg decide tuk jumpa. sebab aku bz dengan study aku. dia bz dengan game. so he just been gamble datang tengahari dan pulang petang dari kl ke kuantan. gigil mak nok masa jumpa tuk. sejuk tangan.
aktiviti: sesi suaikenal di tc sahaja. hahaha. makan makan dan balik la ya.
time aku diploma dulu, babylove aku ni rajin juga la ikut trip trip apa yang ada. kalau tak ikot memang r merajuk*gedik* time aku organize trip nasib dia ikot. pembimbing dan penguat semangat aku sangat. ya la rasa disayangi konon konon ada bersama ja la kan. jom terjah..

trip Hora Hooray Holiday yang aku organize:


kitaorang juga ada bikin holiday sendiri. we decide to go to Genting Highlands for 2nd time. 1st time trip aku tu. ni kitaorang pergi sendiri sendiri. jangan pikir kotor weyh, Anabella and Abby Molly ada juga ya. pergi balik hari ja. lepas tu turun lepak KL juga :)
ok da malas. ada lagi trip yang dia ikot. malas pula tiba tiba. pastu aku pun update gambar mcm takda hari esok lusa yang perlukan. HAHA. takpa la kalau aku rajin adalah Part II punya heh.

last but not least.
i love you boo.

Thursday, December 2, 2010

STARLITE.

You wish I'd hurt ,
but I'm as free as a bird and
I'm happier now.

kaki memanjang saja.

hari hari aku bangun tidur lewat, pasal tidur lewat. mandi dan bersiap keluar cari makan. itu saja kerja aku hari hari. tak hairan la juga kalau aku ada dekat rumah, memang tak lekang bontot la jawabnya. berjalan sokmo. dalam masa satu hari boleh pergi 3 tempat berjalan jalan. memang mencuci mata.

sudah 2 3 minggu ni tekak nak makan pizza saja. bukan pizza ja, big apple donut pun ya gak. adoii. budak nak membesar jangan dihalang kang merajuk pula. tehee. jadi miss utama tuk makan pizza, tapi umie sudah menyelam minum air. ajak pergi Plaza Angsana pasal nak beli shawl, nahh kau borong sampai 4 helai. masyaallah. :D

mari explorasi gambar.
dapat makan pizza bagi kiss la tu ;p
ni hantu garlic bread, mushroom soup letak tepi.
manis anak dara aman aina ni. HAHA.
extra cheesy lava hawaiiaan. nahhh yummy for Caca's tummy.
ni ada kan, tak sampai sesaat tuk korang
tingggg!
da habis, maaf anda kelewatan. HAHA.
blurrrp *kenyang*

lepas da kenyang umie sambung ajak pergi Jusco Bukit Indah. memang meriah, lepas lagi hajat nak makan Big Apple Donut da berkurun lama. bayangkan dari masuk UiTM sampai sekarang tak cekik benda tu. HAHAHA. sebenarnya nak belikan hadiah tuk Uncle Mazlan aka BFF abah. jadi sambil makan order air sekali la, dengan aku aku siap shopping juga.

mari menonton keratan gambar.
lately ni, i always be a co-pilot. best juga rasanya. sebab boleh.
snap snap snapping :D
gedik santai.
muka kena tolak troli. konon ada sinyumm
pakai atau kenaaaaa. HAHAHA
Kakak ni buat kerja seperti perempuan melayu terakhir,
tp sayang tiada senyuman yg terukir.

ya awak hebat boleh sentuh pokok krimas tu.

ok pengumuman, aku tak beli pun donut sebab im too fulled. sangat sangat weyh. memang tak boleh da. rasa macam malas da nak membeli, takpa la rumah dekat dengan jusco bila bila boleh pergi.. lepas da membeli keperluan semua, tiba tiba umie bersuara lapar. nahh kami mencari kedai untuk dinner pula. walhalnya perut aku masih kenyang dengan pizza ni. so aku decided tuk berkongsi makanan ja dengan Fyna. dan sekarang aku rasa LAPAR. haha. Sekian, bai.

nanti kita update gamba lain dalam ada baby dodo kita heh kalau rajin. pat atas ni semua gamba dari baby berry berry kita ja.